Saya memandang papan tanda di tepi jalan. Untuk ke Shiraz, ada dalam 100 km lagi.
Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Marvdasht. Dalam kegelapan malam, kami masuk ke persimpangan jalan untuk ke Mardavast. Rupanya kami ke satu pekan kecil bernama Sholestan.
Jauh ke dalam. Ali, pemandu kami memberhentikan kereta.
“Aaa, ada pun orang nak tanya.” Kata Ali.
“Kamu semua duduk di dalam kereta, biar saya tanyakan, jangan cakap apa-apa, jangan sampai mereka tahu kamu orang luar” kata Ali.
Lama Ali berbual dengan mereka. Akhirnya mereka semua datang pada kami. Mereka semua datang pada kita. Bersalaman.
Mereka mula berbual-bual dengan kami. Ali menjadi tukang terjemah. Agak lama berbual, mereka semua merasa senang dengan kami. Mereka menawarkan untuk kami tinggal di rumah salah seorang dari mereka.
Kami mula berbincang sesama sendiri. Jam sudah menghampiri jam 12.00 tengah malam.
Akhirnya semua bersetuju.
Kami sambung berbual sementara seorang lagi menyiapkan rumah untuk kami.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu mereka bukan Islam. Mereka adalah penyembah dewa dan api. Agama mereka dinamakan Zarastustra.
Mereka menunjukkan melalui telifon bimbit lambang-lambang sembahan Zaratustra.
Ali berkata pada saya:-
“Muhamad, kalau kamu tak selesa tak apa, kita cari hotel”
“ok, ok, saya tak apa” kata saya.
Rumah telah siap sedia. Kami dijemput masuk.
Semua ahli rombongan mempunyai rasa yang sama. Suspen dan tertanya-tanya, kenapa baik sangat.
Tuan rumah menyediakan tempat tidur kami. Kami berbual-bual dengan mereka.
Tidak sangka, masa sekarang, masih lagi terdapat orang memuja api.
“Ok, Muhamad, nanti ketika perjalanan ke Yazd, kita akan singgah di kuil Zaratustra ini. Dan kita akan lihat api yang mereka jaga selama hampir 1500 tahun” kata Ali.
Jika mereka menjaga api itu hampir 1500 tahun, mungkinkah api ini yang pernah terpadam ketika kelahiran Nabi saw seperti yang terdapat di dalam kitab Dibaie.
Zaratustra wujud di Iran sejak lebih 1000 tahun sebelum masihi. Ada yang berpendapat bahawa Zaratustra adalah seorang Nabi, tetapi ajarannya telah diselewengkan.
Mereka menyembah Ahura Mazda. Terdapat beberapa kuil agama ini di Iran dan masih ada yang menyembahnya.
Mungkinkah Zaratustra adalah seorang Nabi yang ajarannya telah diselewengkan? Entahlah, saya pun tak tahu atau ia memerlukan kajian yang agak panjang.
Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad, Rasullullah saw menyatakan bahawa:-
Para Nabi itu bersaudara, umatnya berbeza sedangkan risalahnya satu.
Allah mengutuskan para Nabi untuk mengajak manusia kembali mengenal Allah. Kemudian, setelah ketiadaan Nabi, maka manusia kebanyakkannya lalai dan lupa. Lebih malang lagi, mereka mengubah agama yang dibawa oleh para nabi mereka.
Kemudian akan diutus lagi.
Setelah diutuskan Rasullullah, tidak ada nabi lagi selepas baginda. Maka para ulamaklah menjadi rujukan kepada umat. Nabi saw bersabda di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi:-
“Ulama itu, waris para Nabi”
Sekarang pun, telah ramai orang menyelewengkan agama. Jadi, hendaklah kita sentiasa mendampingi para Ulama, semoga, Allah akan terus memelihara iman kita.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Dubai International Airport
6 Oktober 09 jam 1 pagi.
Mereka menghampir kami
Kenangan bersama mereka di pekan Sholeston
Setelah siang, barulah kami perasan bahawa kami berada ditengah-tengah pergunungan
Kuil penyembahan di Naqsh-i Rustam
Kuil penyembahan mereka di Yazd. Di sini terdapat api yang dijaga selama 1500 tahun
Kisah api di sini
Kuil Zaratustra di Azerbaijan
Api yang dikatakan tidak padam selama 1500 tahun padahal ia telah dijaga sebelum itu lagi. Apakah api sembahan ini yang pernah terpadam ketika kelahiran Nabi saw seperti yang terdapat di kitab ad-Dabaie, Wallahu alam...
5 comments:
Ustaz salah tajuk sebenarnya...
Zarathustra atau Zoroaster ini adalah kaum penyembah Ahura Mazda dan bukan penyembah api.
Api tu simbolik seolah-olah simbolik salib kepada orang masihi.
lebih kurang ler tuuh..org bodoh menjaga Tuhannya agar tdk terpadam..Tuhan patut disembah bkn dijaga..ciankan mereka2 yg buta hati tuuh..? HAS
Zoroaster atau Zarathustra d percayai seorg pujangga dan ada yg menganggapnya Nabi Parsi dahulukala. Beliau mendkwa pernh melihat bayangan Tuhan yg dgelarnya sbgi Ahura Mazda n agama yg diasaskn beliau dkenali sbgi Zoroastriamism. Meninggal pd 551 B.C. Ustaz DAA trgkn d fasa2 awal artikel ni dan memg citernya sgt mnarik. Seram tgok api yg menggila 2..weird jgak sstgh org Parsi ney ek? HAS
patut sykt keter mazda jual keter dorg kt sini.. sure laku!
Menarik perjalanan Ustaz ni, harap2 satu hari nanti cita2 saya utk membuat kembara sejarah mcm ustaz ni tercapai insyaAllah. Nak tambah pada yang tak tahu, Zoroaster ni penganutnya ada la dalam 200,000 org, dan kitab utamanya Avesta diakui banyak textnya telah hilang oleh penganutnya sendiri, adakah text yg dimaksudkan berpunca drpd suhuf atau kitab utama agama samawi? Malahan para ilmiah juga mengakui origin agama ini mungkin berasal agama warisan Ibrahim a.s. Wallahuaalam
Post a Comment