Tuesday, October 27, 2009

al-Ijabah 34 – Cawangan Rumah al-Ijabah di Kuala Selangor

26 Oktober 09, jam 12.00 tengah hari, saya menghadiri mesyuarat akhir penubuhan cawangan Rumah Anak Yatim dan Hafiz al-Ijabah yang dengan izin Allah akan ditubuhkan di Kampung Kuantan Kuala Selangor.

InsyaAllah, dengan izinNya, ia akan mula beroperasi pada Januari 2010. Konsep yang akan dipakai sama seperti di Subang Jaya ini, iaitu kita akan menekankan pelajaran dan pembentukan syaksiah. Mereka juga akan menghafal al-Quran.

Setakat ini, anak Ijabah, ada yang pernah diuruskan ke Turki dan sekarang ada yang berada di Mesir, menyambung pelajaran ke sana. 

Selain dari kekosongan untuk pelajar seramai 10 orang berumur 7 tahun dan 10 orang berumur 13 tahun, kita membukan lagi 20 orang anak yatim lagi bagi sekolah rendah sahaja tidak mengira umur bagi cawangan Kuala Selangor ini.

Saya menjemput sidang pembaca yang mengenali anak-anak yatim untuk bersama menjadi warga al-Ijabah.

Untuk permulaan, poskan surat mati ayah, surah beranak anak, dan i/c penjaga ke alamat:-

No. 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, 40 100, Shah Alam Selangor

Atau faxkan ke nombor :-

03- 5880 1886

Selain itu, kita mempunyai kekosongan jawatan bagi guru tahfiz dan penjaga anak yatim bagi cawangan Kuala Selangor ini.

1) Guru Tahfiz Utama merangkap penjaga - gaji RM 1500

2) Guru Tahfiz 2 merangkap bahagian disiplin - gaji RM 1300

3) Guru Tahfiz pembantu merangkap bahagian kebajikan gaji - RM 1000

Saya juga mengalukan jika jawatan (1) dan (2) adalah suami/ isteri

Syarat bagi guru adalah orang yang berdedikasi dan mempunyai semangat mahu berjuang membela anak-anak yatim dan orang susah, tegas tetapi penyabar, amanah dan berkasih sayang.

Bagi yang berminat, boleh poskan atau faxkan resume, sijil yang berkaitan ke alamat dan nombor di atas.

Jika ustaz-ustaz yang belajar di pondok, cukup hanya resume sahaja.

Temuduga akan dijalankan nanti.

Semoga satu hari nanti, konsep rumah anak yatim dan tahfiz yang kita lagangkan ini dapat dikembangkan ke seluruh Negara.

Semoga Allah terus membantu kita, amin….

“Mencari Kepulangan Yang Diredai”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Oktober 09 jam 8.24 pagi

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...