Tuesday, October 13, 2009

al-Ijabah 29 - Haaaaaaaaah.....

Sejak sampai dari Iran pada Selasa 6 Oktober 09 minggu lepas, saya dihujani dengan tugasan yang teramat banyak, hingga, tidak banyak artikel yang dapat dikongsikan bersama.

Ketika ini, Selasa 13 Oktober 09, saya dalam perjalanan ke Medan Indonesia pula untuk beberapa urusan. InsyaAllah, akan pulang pada Jumaat 16 Oktober 09 nanti.

Hari ini, Alhamdulillah, sahabat dari Darul Ukhwan dan saya menghadiri mesyuarat di Majlis Aids Council untuk membincangkan mengenai perjalanan Rumah Aids Darul Ukhwah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan sokongan dari Majlis Aids diucapkan jutaan terima kasih.

Sebelum bertolak petang tadi, saya sempat singgah di Rumah al-Ijabah untuk memastikan perjalanannya semua ok sebelum bertolak.

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang diamanahkan.

Saya rasa, saya dapat bertolak dengan lebih tenang malam ini.

Hampir-hampir sahaja jantung saya terkeluar kerana terkejut apabila saya dihubungi oleh Abang Azizi.

“Ustaz, kita ada tugas besar ni. Ada satu rumah anak Yatim di Sungai Buluh. Mereka kena notis keluar dalam sebulan, semua ada 40 orang. Ustaz.., boleh tak kita ambil budak-budak ini ?

“Haaaaaah……”

Spontan ucapan itu keluar dari mulut saya.

Rasa-rasa pembaca pun boleh merasai secara impati perasaan saya ketika ini. Kalau setakat jaga makan mimum seperti orang lain tak apa. Kita jaga anak-anak kita semua segi hingga pelajarannya. Dah pernah pun diurus hingga ke Turki dan Mesir untuk belajar. Apabila membicarakan mengenai penjagaan akademi, maka kosnya, agak tinggi. Sekarang pun, sudah melebihi RM 30 000 sebulan untuk dicari bagi keperluan mereka sekarang ini.

“Mmmmmm….”

Saya berfikir, tidak tahu ingin member jawapan secara spontan perkara seperti ini.

"Aaaaa......"


"Tak apa ustaz, insyaAllah, rezki ada" kata Abang Azizi yang dah macam ustaz sekarang.


“Oklah bang, insyaAllah rezeki ada”

Jawab saya Nampak macam yakin, tetapi sebenarnya, Allah saja yang tahu.

“Ok, kalau macam tu, saya uruskan nanti” jawab Abang Azizi.

Entahlah, jawapan yang saya berikan, adakah ia pasti atau tidak. Ia hanya berbekalkan keyakinan bahawa, anak yatim, Allah yang membela mereka, kita hanyalah insan-insan yang dilalukan rezeki mereka.


Semoga tugasan yang bakal menunggu sekembalinya dari Medan ini dibantu Allah, dan semoga Allah terus mempermudahkan apa yang diuruskan. Agar, menjadi bekalan di hari sana.

“Mencari Kepulangan Yang diredai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

LCCT

13 Oktober 09 jam 9.20 malam

3 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Memang saya akui, ustaz terlalu sibuk, seperti tak cukup 24 jam yang Allah bagi, dengan macam2 amanah yang perlu dipikul. Alangkah baiknya jika dapat dibahagikan tugasan-tugasan tertentu kepada wakil yang betul2 layak untuk mentadbir. Mudah-mudahan Allah merahmatimu.

..nOWa.. said...

semakin ramai anak2 ustaz..perlu kakitangan pengurusan yang semakin ramai dan mantap agar amanah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya..saya doakan semuanya berjalan lancar..insyaallah..

Anonymous said...

Oh besar sungguh tanggungjawab Ustaz & rakan2. InsyaAllah, Allah permudahkan.

Semoga Berjaya!

-Kris-

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...