Tuesday, October 27, 2009

al-Ijabah 35 – Ke Arah Yang Lebih Besar

Hari ini 26 Oktober 09 jam 3.30, saya dijemput untuk menghadiri mesyuarat di tingkat 28 Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Saya bersama Abang Azizi bertolak dari Shah Alam jam 2.30 petang. Sampai di Maybank, Haji Othman (yang membantu kita membuat Air Mineral UADC) telah sampai dan akan bersama di dalam mesyuarat petang ini.

Agenda hari ini ialah membincangkan system autodebit bagi sesiapa yang ingin bersama-sama menyumbang aktiviti Yayasan al-Ijabah

“Setakat ini ada beberapa Yayasan sudah bekerjasama dengan kita, antaranya Yayasan al-Jenderami” kata En. Yusli Yahya pegawai Maybank.

“Oh, Ustaz Hafiz ye” kata saya.

Yayasan al-Jenderami lebih dahulu ditubuhkan dari kita dan saya juga selalu ke sana dahulu. Sahabat kita di sana ada perkampungannya dan berbagai aktiviti yang telah dibuat di sana.

Pegawai ini memberitahu, banyak pertubuhan amal yang sudah bekerjasama membuat program autodebit, tetapi kebanyakkannya bukan dari pertubuhan Islam.

Program autodebit yang dijalankan membolehkan sesiapa yang ada akaun di Maybank untuk bersama-sama membuat saham akhirat bagi potongan terus dari bank.

Bukan amaun yang penting, tetapi keikhlasan dan istiqamah.

“Memang semua kita mahu membuat perkara baik, tetapi, jika ia diuruskan dengan professional, ia akan lebih laju lagi” kata salah seorang pegawai Maybank ini.

Setekat ini, ada beberapa urusan yang berkiatan dengan orang Islam yang telah bersama-sama di dalam Maybank2U dan autodebit. Urusan ini termasuklah pembayaran zakat fitrah dan zakat bagi beberapa Jabatan Agama Islam di beberapa buah negeri.

“Jika semua ok, insyaAllah, dalam bulan Disember 09, kita boleh mulakan sistem ini” kata pegawai ini.

Saya berterima kasih pada sahabat-sahabat dari Maybank ini yang sama-sama ingin membantu urusan kewangan Yayasan al-Ijabah.

Semakin baik ia boleh diuruskan, semakin jauh ia boleh pergi.

Bermula dengan menjaga anak yatim dari sudut pelajaran dan tarbiahnya, kita telah mula menghantar mereka ke luar Negara menyambung pelajaran.

Saya mengharapkan agar, satu hari nanti, cita-cita untuk menubuhkan Universiti Wakaf, Universiti percuma bagi anak-anak, yatim dan orang susah dapat dilaksanakan.

Kita di Malaysia agak terlambat perkara ini. Tetapi di Negara Arab, Pakistan dan India, telah banyak universiti dan kolej wakaf.

Universiti al-Azhar yang telah berdiri lebih 1000 tahun, hasil wakaf seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Cuba bayangkan, bagaimana untungnya orang yang bersama-sama membangunkan university ini.

Semoga ia terus dibantu Allah.

“Mengharap Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Oktober 09 jam 9.00 pagi

IMG_9731

Bersama pegawai Maybank di Menera Maybank Kuala Lumpur

IMG_9733

Bermula perkenalan di dalam rombongan ke Palestin awal tahun ini, Haji Othman, bertali leher, sekarang bersama dengan pasukan Ijabah

IMG_9739

Sistem ini telah banyak dipakai oleh pertubuhan amal, tetapi yang Islam tidak banyak menyertainya.

IMG_9749

Semoga terus dibantu Allah, amin…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...