Monday, October 19, 2009

al-Ijabah 31 – Mari Menjadi Warga al-Ijabah

Hari ini 29 Oktober 09, saya mengiringi warga Ijabah kecil (sekolah rendah) untuk satu majlis ramah mesra Aidil Fitri yang dianjurkan oleh IPS Sdn Bhd di Restoren Sri Melayu di Kuala Lumpur.

Memang, hari-hari akhir syawal ini penuh dengan majlis rumah terbuka, ofis terbuka hingga masjid terbuka pun ada.

Tidak ada apa yang lebih menarik di dalam majlis ini melainkan anak-anak kecil Ijabah bersama-sama membaca bait-bait Selawat.

Sejuk hati saya melihat anak-anak ini dapat mengalunkan biat-bait selawat dengan lancar. Selawat yang dialunkan diambil dari kitab selawat Dibaie.

Di dalam membentuk syaksiah anak-anak ijabah, bacaan selawat salah satu program wajib bagi warga Ijabah. Paling kurang, setiap petang Ahad mereka akan bersama-sama membaca bait-bait selawat, dan secara peribadi, saya mengakui, dengan keberkatan selawat ini, banyak dapat melembutkan jiwa anak-anak ini sedangkan mereka semua datang dari latar belakang yang berbeza.

Yang baik, Alhamdulillah, baik sungguh. Ada juga yang  “subhanallah” peringkat awal, Allah sahaja yang tahu tahap kenakalan mereka.

Formula ini bukan asli dari saya, ia adalah pesanan Habib Umar bin Hafiz ketika saya menjadi tetamu di rumahnya di Hadramaut Yaman beberapa tahun lepas.

“Ajar anak-anak kamu selalu membaca selawat, insyaAllah, Allah kurniakan keberkatan di dalam setiap diri mereka” pesannya pada saya ketika itu.

Memang, Allah dan para Malaikat juga berselawat pada Nabi, dan Allah mengajak seluruh orang beriman sama-sama berselawat kepada Nabi. Di dalam al-Quran Allah menyatakan:-

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (surah al-Ahzab ayat 56).

InsyaAllah, untuk awal tahun 2010, kita akan menjemput pembaca sekelian yang mengenali mana-mana anak yatim untuk berada bersama kita.

Setakat ini, kekosongan yang ada ialah untuk 10 orang anak yatim berumur 7 tahun (darjah satu) sahaja dan 10 orang anak yatim berumur 13 tahun (tingkatan satu) sahaja.

Yang mahu bersama-sama, tolong faxkan potostat surat mati ayah, surat beranak anak tersebut, dan IC penjaga sekarang di Nombor 03-5880 1886.

atau poskan kepada

Pengurusan al-Ijabah

No 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, K9/K Seksyen 9, 40100, Shah Alam Selangor.

Semua permohonan akan dimesyuaratkan oleh pihak pentadbiran Yayasan al-Ijabah dan penerimaan berdasarkan temuduga yang akan dijalankan setelah permohonan berjaya.

Semoga, anak-anak yatim di Malaysia dapat dibela terutamanya dari sudut pembinaan akhlak dan syaksiah serta pelajarannya.

Satu yang kita harapkan,

“Semoga mereka semua berjaya seperti orang yang ada ayah berjaya"

“Mengharap Kepulangan Yang Diredai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

19 Oktober 09 jam 8.20 malam

 

IMG_9344

Majlis anjuran IPS Sdn Bhd

IMG_9330

Sampai

IMG_9436

warga Ijabah mengalunkan bait-bait Selawat

IMG_9437

IMG_9471

IMG_9479

apa yang diharapkan “semoga mereka semua berjaya seperti orang yang ada ayah berjaya” amin..

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum ustaz... blh saya minta selawat tersebut? tak pun sudilah ustaz berkongsi selawat tersebut di blog ustaz... dan kalau blh cara ustaz mendidik mereka... semoga kami dpt jadikan amalan utk anak2 kami..terima kasih ustaz

Shahabudeen Jalil said...

Tahniah Ustaz.

Betul cakap lelaz tu. Pengalaman pengendalian rumah anak yatim ini bagus jika didokumentasikan..

Sejak dari penubuhan, apa syarat2.. apa cabaran yang dihadapi. Moga2 lebih ramai anak2 yatim ini yang akan terbela Insya-Allah.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...