Saturday, October 10, 2009

Jawapan Bagi Persoalan 73

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Guest Assalamualaikum ustaz, jika orang kafir hadiahkan kita Al Quran, telekong dan sejadah, bolehkah saya menerimanya dan menggunanya. 2009-09-28 8:29 AM

Boleh

Along Salam. ustz, suami saya pakai rantai yg ada magnet utk kuat (beri tenaga) bole ke? Rantai bukan emas tp tali kulit jr.. TQ. 2009-09-29 1:41 AM

Niat perubatan yang bukan azimat, boleh, asalkan perkara itu ada kajian ilmu

Anuar Salam Ustaz.. adakah pmbantu rumah yg tggal skali termasuk dlm tanggungan & tak boleh terima zakat drpd sya wlupun dia miskin 2009-09-29 1:19 AM

Kalau dia miskin boleh terima

huda boleh x seorang perempuan menumpang kereta yg mana didalamnya semua lelaki yg dipercayainya 2009-09-28 2:55 PM

elakkan, ditakuti permulaan pada perkara tidak baik

Guest Org yg duduk dkt masjid x suka dgr kaset mengaji @ tasbih kpd Allah sebelum subuh & maghrib. Apakah hukum org yg mcm ni? Bagaimana nk sedarkan org ni? 2009-09-29 2:48 AM

Terus doakan

Guest Ustaz ada tak saluran untuk bantu org ketagihan dadah yg tegar? Kalau boleh tmpt yg byk ajar soal agama. 2009-09-29 2:46 AM

Wallahualam

Guest Sy suka ckp terus terang jika ada sesuatu yg salah dipandangan sy. Tapi byk org x suka. Bagaimana nak ubah cara pemikiran sy? Takabur ke sy? 2009-09-29 2:44 AM

Kena belajar cara terus terang yang berhikmah

Guest suami sy diarahkan bertugas di luar daerah Perak. Sy wanita yg bekerja utk bantu keluarga takut tiada kerja yg sesuai. Apa hukum x ikut suami pindah? 2009-09-29 2:43 AM

Berdosa jika tidak ikut arahan suami

Guest Boleh kah kanak2 yg belum sunat satu saf dgn org dewasa? 2009-09-29 2:38 AM

Tidak afdahl

Guest Sah kah solat jika imam adalah pelajar tahfiz yg belum bersunat? 2009-09-29 2:38 AM

Sah, jika dia dapat jaga najis pada kemaluannya

rhmt sorang makmum trtingal 1 rakaat dgn masbuk lalu mengejar rakaat yg trtingal untuk menyamai imam.bolehkah perkara ini dilakukan? 2009-09-29 2:07 AM

tak boleh, kena ikut imam kemudian setelah imam salam, maka tambah rakaat yang tertinggal

Along Kawan suami pinjam duit RM30 ribu dh sethn dh tp x bayar lg, kene ke saya bayar zakat? TQ.2009-09-29 1:43 AM

Tidak

hr assalamualaikum ustaz.. bolehkah kita mendoakan orang kafir? seperti mendoakan dia bahagia atau terbuka hatinya masuk islam? tq 2009-09-29 7:44 AM

boleh

hr assalamualaikum.. ustaz bolehkah kita berdoa pada ALLAH minta jodoh yang mirip seperti artis? tq 2009-09-29 7:43 AM

boleh

hr assalamualaikum.. ustaz boleh kah sesorang itu rindu pada seseorang? rindu pada sesoarang yang bukan muhrim? rindu sahaja.. 2009-09-29 7:42 AM

rindu fitrah manusia

hr assalamualaikum ustaz.. bolehkah air wudhuk di hapus? atau di lap pakai tuala? tq 2009-09-29 7:40 AM

boleh

Hanim Shaha Salam. Suami mls solat dan judi. Dah puas berdoa dan nasihat. Tapi gagal. Apa doa yg afdal utk mlembutkan hati beliau? dh usaha lbh 20thn 2009-09-29 7:13 AM

Teruskan doa

Hanim Shaha Salam ustaz. Mbaca AlQuran sy kurang pandai tetapi Yassin saya hafal sbb mjadi amalan saya setiap subuh. Apa hukum krn tak pelajari Al Quran lbh dlm 2009-09-29 7:07 AM

Kena belajarlah, segi hokum, jika mampu belajar, tapi saja tak nak belajar, paling rendah, makruh, Allah benci

nak tau Isteri tak mampu nak layan suami disebabkan mudah letih dan sakit-sakit badan. Boleh suami onani 2009-09-29 5:48 AM

untuk elak perkara yang lebih tidak elok, boleh

aha salam diperantauan,apa pendapat ustaz tentang mengamalkan antara sifat2 Allah utk sesuatu tujuan cth al ghafar sbnk beberapa x agar dampun dosa @al baari utk melepaskan drp sesuatu msalah dll 2009-09-29 4:46 AM

boleh

Guest Ada ke hadis yg mengatakan tjwb ibubapa pd anak lelaki hingga umur anak itu 40 tahun? 2009-09-29 9:27 AM

Waktu saya belajar dulu, tok guru saya ada sebut, tapi, saya belum perdalamkan dari kitab mana

Guest Sengaja tak puasa, perlukah diqada & fidyah? Betul ke tak perlu sebab masa tu mcm kafir walaupun islam krn tak smbyg & puasa.Qada puasautk uzur je? 2009-09-29 9:26 AM

Kena qada, kalau dah masuk ramadhan baru tak qada, kena fidyah

Guest ayam yg disembelih tapi dimasukkan kedlm mesin air panas utk buang bulu..apakah ini dikira sudah menjadi bangkai sbb maseh ada najis didlm perut..tq 2009-09-29 8:48 AM

Kalau dah mati betul, baru masuk air panas, tak dikira bangkai

Guest SOLAT SUNAT SEBELUM SOLAT FARDU ADAKAH BOLEH DIBUAT SEBELUM MASUK WAKTUNYA?? 2009-09-29 8:40 AM

Tak boleh, jika nak buat solat sunat, buat sunat mutlak

Guest apakah syarat sah ketika sujud bagi perempuan 2009-09-29 8:19 AM

7 anggota perlu dibumi

hr assalamulaaikum ustaz.. apakah bacaan sujud tilawah? 2009-09-29 7:47 AM

cari dalam buku fardhu ain, panjang saya nak taipkan di sini

hr assalamualaikum.. ustaz bolehkah di serentakkan qadha puasa dengan puasa enam? tapi sekiranya puasa enam itu tidak sampai enam hari macam mana? 2009-09-29 7:47 AM

boleh, kalau tak cukup, tak nama puasa enam..

ruslan elok diasingkan qada dan sunat syawal ada pendapat kata harus gabung tapi pahala kurang 2009-09-29 7:48 AM

MindaTertutup Askm.Bismillah.Minta pandangan ustaz.Kalau ditakdirkan sy mgkin akan tinggal n bekerja di Madinah selama 5 tahun++,sy berniat ingin mendalami ilmu agama disamping menunaikan kerja harian.Apakah persediaan yg perlu sy ada disamping mempelajari Bahasa Arab,education sy bukanlah dr background agama n x pernah blajar sek agama pun.Apakah perlu sy mengambil kursus2 yg sesuai disini sbg tambahan.Insyaallah sy sekeluarga serta anak2 akan ikut sekali minta ustaz dpt membimbing sy.ini lah peluang sy n keluarga serta anak2utk mendalami ilmu agama.TQ ustaz.w,salam 2009-09-29 11:04 PM

Sebaiknya, buatlah persediaan bahasa sikit dari sini

azam Assalamualaikum ustaz!,Apakah ilmu_ilmu tauhid yg perlu kita pelajari untuk kita mengenali maha esa 2009-09-29 3:37 PM

rujuk kitab tauhid, dalam bahasa Melayu pun banyak

Kulaan (Solat_2)Saya kerja&tinggal di JB.Bila sy balik kg di Segamat rumah emak(>2marhalah)adakah sy diharuskan solat Jamak&Qasar selama 3hari berada disana? 2009-09-29 2:41 PM

Harus jamak

bh salam ustaz. apakah hukum seorang isteri yg taksub dgn MLM sehingga selalu keluar tanpa pengetahuan suami dan keluar daerah tanpa kebenaran suami? 2009-09-29 12:01 PM

berdosa jika tanpa kebenaran suami

doraemon Salam ustaz, boleh ke duit zakat dibuat niaga? sbg cth duit disimpan dlm bank. kerna bank akan niaga kan duit zakat itu 2009-09-29 11:41 AM

dia diagikan mengikut asnaf, bukan untuk niaga

MUJAHIDAH BOLEHKAH SAYA BERSALAMAN DENGAN SUAMI IBU SAUDARA IBU MERTUA SAYA DAN BAPA SAUDARA IBU MERTUA SAYA? 2009-09-29 11:25 AM

Kalau tahap saudara yang tidak timbul nafsu, boleh, sebaiknya elakkan, dari segi wudhuk, batal..

MUJAHIDAH USTAZ BOLEHKAH SAYA BERSALAM DENGAN ADIK BERADIK LELAKI DAN ADIK BERADIK IPAR LELAKI IBU MERTUA SAYA? 2009-09-29 11:24 AM

Kalau tahap saudara yang tidak timbul nafsu, boleh, sebaiknya elakkan, dari segi wudhuk, batal..

Guest salam, boleh x perempuan menyumbang dlm wang hantaran/belanja (bukan mas kahwin) bg pihak lelaki atas kerelaannya? 2009-09-30 1:37 AM

Boleh

Guest Salam,adkh bdosa skiranya kt msimpan dlm hati rs tkilan atau tguris dgn skp ibu bapa kt yg byk mlukakn hati kt.drsegi pbuatan ttp cb jd ank soleh. 2009-09-30 1:16 AM

Tak berdosa selagi tidak dilahirkan pada perbuatan dan perkataan

Guest salam,bdosakah jk mbahagikan harta scr tdk adil dklgn ank2? 2009-09-30 1:14 AM

Kalau harta kita, dan kita masih sihat, tak mengapa, sebab harta kita, suka hati kita nak bagi siapa

Guest adakah dosa mdrhakai ibu n bapa agkt sm dgn dosa drhaka kpd ibu bapa kndg? bdosakh wpun msbt 'ah!' pd ibu yg mbela kt ini. 2009-09-30 1:12 AM

Dosa

Guest slm,kwn sy ssh tp sk bhutg n liat nk byr n x bniat pun nk byr.btl ke klu kt brhutg n liat nk byr allah akn trk rez kt,smpit rez.sy tgk kwn sy sl ssh. 2009-09-30 1:10 AM

Betul, siapa yang tahan hak orang , Allah akan tahan hak dia

Guest salam,sy kbrtn nk braya di kg krn klrga mrgnkn agm,x trwh,x jg solat,mmtskn srtlrhm,tiada smgt ry,sy x mhu ank trikut.blh x sy elk? 2009-09-30 1:05 AM

Balik lebih baik, kalau kita dah bagus, kenapa takut terpengaruh

Guest ustaz,aritu ade sorg pakcik die tibe2 bc kehidupan sy.boleh percaya ke? 2009-09-30 1:04 AM

Wallahualam

zul batal ke wuduk jika salam dgn mak tiri? 2009-09-30 12:29 AM

tak

SallehAman Mohon Ustaz beri panduan mengenai, apakah 45 kesalahan dalam membaca Surah Al-Fatihah? 2009-09-30 12:23 AM

Tengok rancangan al-Hidayah atau tunggu nanti kehadiran bukunya

amiratul jannah bt amir amran salam ustaz.saya seorang pelajar yang akanmenduduki PMR pada tahun ini .apakah tip untuk meningkatkan daya ingatan saya 2009-09-30 7:27 AM

banyakkan ulangkaji dan jangan putus asa

Azlan. Salam ustaz. Bolehkah solat sunat witir dibuat tiga rokaat dengan satu salam? Adakah doa selepas iqamah? TQ. 2009-09-30 7:08 AM

Boleh tapi afdhalnya dua salam, doa iqamah sama macam azan, tapi ada pendapat yang mengatakan tidak ada doa seleas iqamat

smksp ustaz bagaimana jika seseorang itu patah kaki dan dia ingin menunaikan solat dengan cara menelentang..perlukah kaki kita mengadap kiblat?.. 2009-09-30 5:31 AM

jika menelentang, kaki hadap kiblat, kepala tinggikan sikit

Q Ustaz sy hendak berkhawin tetapi saya yatim piatu.tidak tahu siapa asal usul saya. bgaiman sy hdk meminang seorg wanita ini.2009-09-30 4:41 AM

Cakap, nanti saya pinangkan

Guest salam. ustaz adakah bacaan qunut ketika solat bersama isteri berubah bacaannye 2009-09-30 3:49 AM

Bacaan ramai berlainan sedikit dengan baca seorang

JG Boleh ker kita ambil wuduk utk solat dlm keadaan tidak tutup aurat (selepas mandi)? 2009-09-30 2:59 AM

Makruh

JG Setahu saya kalau kita mandi tak boleh telanjang bulat ye ustaz? Jd bhg mana mesti ditutup bg lelaki dan p'puan? 2009-09-30 2:58 AM

Pusat hingga lutut

jamal dah jd cam trend bila abis solat sunat raya terus balik x dengar khutbah dulu, sah ke solat tu ustaz? 2009-09-30 2:13 AM

sah

Guest beza antara isyrak dan duha? 2009-09-30 1:51 AM

Waktunya

Confused salam.saya dpt pgi haji ikot package bersama suami.tp suami nampak tidak bersedia utk pegi. pttkah saya pergi sahaja? 2009-09-30 5:29 PM

Jika ada mahram, boleh

Ingintahu salam ustaz, benarkah kuku dan rambut yang kita potong mesti ditanam dan jgn dibuang begitu saja? Apa fadilatnya? 2009-09-30 11:29 AM

Afdahlnya

Guest ustaz semasa mandi wajib boleh ke kite pegang kite punye kemaluan 2009-09-30 10:25 AM

Jika sahaja-sahaja makruh

Guest ustaz. 1) bgaimana sy nak solat ketika di atas kpl terbang krn dah masuk waktu. 2) ketika musafir bgmn brp rakaat solat jamak maghrib & isyak. 2009-09-30 9:32 AM

Boleh macam biasa dekat kawasan tengah atau belakang, atau sembahyang duduk atas kerusi

mama Salam. Jiran bkn berugama islam memberi makanan masakannya, bolehkah kita memakannya. 2009-09-30 8:56 AM

jika tak yakin kesuciannya, jangan makan

hamba allah apakah hukum lelaki lambat berkahwin sedangkan ia mampu 2009-09-30 8:51 AM

sengaja, makruh, jika terjebak dengan maksiat, haram

hamba allah apakah hukum suami meninggalkan tempat tido isteri 2009-09-30 8:48 AM

dosa

amijan ustaz apakah haram bagi seorang wanita jika dia memakai bau-bauan .saya ada membaca sebuah buku dan ia menyatakan ia hukumnya adalah haram 2009-09-30 7:38 AM

haram terutama jika menarik baunya pada lelaki

Kak Nor Haram hukumnya png'tin p'puan disolek oleh lelaki. Tapi masih ada lagi yg jahil,suka sgt. ambil lelaki esp. artis. Mcmana nak ubah trend ni ye Ustaz? 2009-09-30 7:35 AM

Dosa

culatupai Assalamualaikum ! Saya dalam Wuduk degan tak segaja semasa menghulurkan sesuatu pada isteri tersentuh tangan nya ? Batal atau Tidak ? 2009-10-01 4:22 AM

dalam syafie, batal

SR Kak Nor, haram hukumnya wanita tak bertudung di luar, laki² berseluar pendek. Tapi masih ramai yg buat.. mcmmana nak ubah trend ni jugak ek.. :-)2009-10-01 3:03 AM

Kena kuatkan dakwah

Doraemon Salam ustz, solat sunat musafir boleh ke dilakukan sblm keluar rumah? 2009-10-01 2:44 AM

Boleh

Guest ustaz,bolehkah muslim membeli sijil simpanan premium BSN? apa pandangan Islam mengenainya? 2009-10-01 2:12 AM

Boleh, dah ada fatwa

Guest kerja saya sebagai despatch dan saya ditugaskan utk mengirim melalui pos kad ucapan perayan org kafir...boleh ke utz..2009-10-01 1:35 AM

Kalau tugas umum hantar surat, antaranya adalah kad tersebut, tak mengapa. Kalau semata-mata kad itu sahaja tugas kita, tak boleh

Orga Salam. Saya tiada sapa nak referkan terjemahan ayat ini ke bahasa melayu "laulailahaillarabbana, laulailahaillallah" sekian. 2009-10-01 1:33 AM

Rasanya, ayat ini salah bunyinya.

Haiza Najwa Salam Raya Ustaz. Tq kerna pmbtuln akidah slama ini. Khurafat ke fakta about roh kuar brmsra dgn plwat kuburannya kala Jumaat? Salamun Alaikum! 2009-10-01 12:06 AM

Khurafat..,

Keunggulan Zaman salam ziarah buat Us Amin...:) 2009-09-30 9:15 PM

Tk

rramlee Salam Ustaz Amin. Saya pun ingin minta alamat email Ustaz untuk satu persoalan yang panjang perihal FOREX. Salam. 2009-09-30 6:58 PM

forex dah banyak dibahaskan, boleh rujuk tulisan ustaz Zaharuddin, sama sahaja jawapanya

Doraemon Salam ustz, boleh tak seorg isteri bersalam dan cium tgn pakcik kepd suaminya? TQ 2009-10-01 8:09 AM

Dari segi wudhuk, batal, dari segi hokum, kalau saudara, tak timbul nafsu, niat menghormati, tak apa, tetapi sebaiknya, hindarkan

Guest assalamualikum ustaz, bagaimanakah kita nak tau yg kita telah bertemu malam lailatulqadar? adakah perasaan tenang dan gembira yg dirasakan tanpa seba 2009-10-02 1:05 AM

Wallahualam

Guest salam Ustaz- dalam kapal terbang, jik anak sembahyang, selepas ambil wudhu-- boleh kita sembahyang duduk pakai kasut 2009-10-02 12:59 AM

Boleh

Guest salam ustaz, jika kita solat, puasa dan mengaji, tapi adakalanya hati kita masih seperti kosong,adakah amalan kita itu tiada mendapat hidayah lagi 2009-10-01 2:15 PM

Teruskan amalan

Adik Ipar Salam Ustaz, abng ipar saya ketika salaman dia juga juga peeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeluk dan cium kedua pipi saya, suami saya melihat shj, apa hukum nya? 2009-10-01 2:12 PM

Lain kali, janganlah biarkan dia peluk kamu....

HAMBA ALLAH SALAM, USTAZ JIKA KITA DISURUH BERSALAM DGN YG BUKAN MUHRIM SBG TANDA HORMAT ORG YG LEBIH TUA DGN PANGKAT ABG ANGKAT BOLEH KER?T.KASIH 2009-10-01 1:51 PM

Dari segi wudhuk, batal, dari segi hukum, kalau saudara, tak timbul nafsu, niat menghormati, tak apa, tetapi sebaiknya, hindarkan

ank saudara salam ustaz, boleh kah saya peluk dan cium pipi kakak ibu saya , saya lelak yang i sudah baligh? 2009-10-01 1:44 PM

Boleh

Guest Bolehkah minta cerai dari suami yang fasik? Dikuatiri akan membawa keluarga kejalan sesat juga. 2009-10-01 1:38 PM

Cerai hanya jika sebab memudharatkan

Zara Suami sy berbinkan bapa angkat. Sy cuba nasihat spy tukar,tapi dia nak fikir dulu. Apakah langkah2 tukar nama bapa. 2009-10-01 10:26 AM

Dari segi prosedur, daftarkan kat Jabatan Pendaftaran

hamba Allah mcm manakah kita hendak solat ketika sakit sambil mengiring di hospital yang mana katilnya bertentangan dengan arah kiblat 2009-10-01 9:38 AM

buat sekadar mampu

Kak Nor Saya prnh ke Aceh,dimana2 ada ppn tanda gergasi, gmbr cara berpk'ian seorg Muslimah, dilrg ber2an,jgn tinggal solat.Knpa M'sia tak nak ikut mcm itu? 2009-10-01 9:14 AM

Itu kena Tanya majlis perbandaran, saya tak tahu

hafifi klau kt dlam klas, klau prmpuan pnggil lelaki, bljr bersme2. ape hukum nye dan klau bertentang mata dngn wanita cam ne plak 2009-10-02 6:46 AM

elakkan

anwar salam ust. nak tanya, darul ukhwah tmpt perlindungan hiv tu secara spesifiknya kat mana ye, saya ada hajat nak ziarah tempat tu, harap dapat jwpn ust 2009-10-02 6:31 AM

No 11 Lorong 4/48 C, PJ

sarah salam. Apa benar hak sbg isteri itu lebih baik bgnya utk terus sabar bila suami sentiasa cari ruang menghina kedua ibubapanya stp kali suaminya marah 2009-10-02 2:29 AM

sabar dan tegur

sarah salam. blh ustaz beri huraian jelas hak isteri ke atas suami n hak ibu ke atas anak lelakinya yd dah kahwin dr segi nafkah 2009-10-02 2:25 AM

nafkah ialah makan, pakai dan tempat tiggal. Ibu, jika anak itu susah, boleh dia beri nafkah padanya

sarah salam. benarkah akhlak suami sewajarnya at least sesabar spt diriwayatkan ttg sabarnya umar al-khatab atas alasan2x yg beliau kemukakan 2009-10-02 2:22 AM

sebaiknya

sarah salam. bolehkah ayat qursi dibaca sbg surah dlm solat sdgkan ada pdpt ttg surah itu it least pjgnya 3 ayat. jika blh, mula dgn basmallah @ taawuz? 2009-10-02 2:13 AM

at least 3 ayat itu, dari segi afdal sahaja

sarah salam. perlukah juga pengguna cc konvensional mengeluarkan kesemua simpanan yg ada utk selesaikan o/stdg blc dlm usaha utk bebas riba 2009-10-02 2:10 AM

perlu

sarah salam. perlukah seorang pengguna kad kredit konvensioanal memohon pinjaman secara islamik utk menyelesaikan outstanding balance utk elak riba 2009-10-02 2:07 AM

perlu

Guest salam ustaz.. saya bergaduh dengan suami, saya sedang hamil, sekiranya suami berkata lebih baik takpayah duduk bersama lepas bersalin ..adakah jatuh t 2009-10-02 1:59 AM

Tidak, kerana perkataan itu bukan lafaz talak

aha salam ustaz,apa beza antara musibah,bala @ azab & golongan yg mana yg ditimpakan 2009-10-02 1:07 AM

bentuk sama, bezanya ialah kesan, kalau semakin rapat dengan Allah, bermakna kebaikan. Jika semakin jauh, mungkin azab.

nac salam ustaz, apa hukum menantu lelaki salam dgn mak tiri (Isteri muda bapa mertua) 2009-10-03 10:18 AM

tak mengapa

S apa perdpt ustaz tentang sejadah berdiri sendiri yg trdpt dlm brita bru2 ini? 2009-10-03 9:57 AM

Cerita ajaib, kalau benar, sejadah tu nak sindir orang yang tengok...

Guest ASSALAMUALAIKUM USTAZ,APKH CARA @DOA YG BLH SY AMALKAN UNTUK MLMBUTKAN HATI SUAMI YG SUKA BERZINA? 2009-10-03 8:34 AM

Baca fatihah untuknya

Guest ASSALAMUALAIKUM,USTAZ,BOLEH X BAGI EMAIL USTAZ,SAYA ADE PERSOALAN YAG PERIBADI

zaimazmi4930 salam,ada kah manusia berkuturunan jin 2009-10-03 12:21 AM

wallahu alam.

MSafuan bleh ke sya solat qada' fardu mnjadi imam kpd istri yg solat fardu biasa,cth sya solat qada zhor & istri makum solat fardu asar dlm waktu asar? 2009-10-02 1:07 PM

Boleh

123 ustaz - saya selalu membaca fatihah semasa nak tidur - bokeh ke membacanya semasa haid 2009-10-02 9:45 AM

Kalau dah jadi amalan, boleh, niatkan zikir

Guest salam. hukum baca quran melalui komp. (int) kadangakala kita dlm keadaan tidak ada wuduk, @ kekadang tengah baca terpaksa berenti atas sbb jawab pangg panggilan telefon kerana kita baca waktu bekerja. isi masa pada waktu terluang. timakasih. 2009-10-02 8:55 AM

Boleh

a'in utz pd zaman dahulu pun banyak ahli ibadat yg x lepas drp bala,bolihkah ustz contohkan

2009-10-04 6:44 AM

A’in yang tahu, Ainlah bagi contoh..

ahBa USTAZ,Bolihkah ustaz huraika,antara ancaman dlm hadith&al quran tntg celaka,hina,binasa adakh bagi sesiapa yg dkehendakiNya 2009-10-04 6:42 AM

pada orang yang berdosa yang tak reti nak taubat

Guest Assalammualaikum ustaz. Bolehkan saya membayar zakat pendapatan kepada : a) abang saya(org susah), b) adik saya(sedang belajardi politeknik) 2009-10-03 6:07 PM

Boleh

Guest Bagaimanakah tatacara memakai tudung mengikut hukum isLam? adakah sekadar menutup kepala? Mengapakah ustazah2 ini tidak memberikan contoh yang baik? 2009-10-03 3:07 PM

Jangan ikut ustazah, ikut hadith, pakai tudung kena tutup aurat bahagiah kepala dan semua rambut

Guest assalmmualaikum ustad. Mengapakah kebanyakan ustazah yang berceramah di TV3 NTV7/9 memakai tudung yang tidak melepasi dada. Kebanyakannya pendek. 2009-10-03 3:04 PM

Manalah saya tahu kenapa, kena Tanya dia sendiri..

Guest Assalmmualaikum, Saya merupakan seorang wanita yanng bekerja.Tetapi suami saya sudah bertahun tidak bekerja setelah diberhentikan kerja. Sayalah yang menangung perbelanjaan rumah tanggga.Jika saya membuat pinjaman dibank atau koperasi dialah yang menghabiskanduit tersebut tanpa pengetahuan saya. terasa amat sedih sekali. Apakah hukum mempunyai suami yang macam ini, sedangkan saya berkali-kali menyuruh dia bekerja. 2009-10-03 2:46 PM

Tanda akhir zaman, hukum suami tu berdosa sebab abai kewajipan nafkah

Guest assalammualaikum ustaz. boleh tak kaum wanita menziarahi kubur pada hari-hari biasa selain hari raya 2009-10-03 2:37 PM

Boleh

Jh Ustaz boleh ke wanita yg sudah ada tanda2 nak haid iaitu senggugut / PMS tidak bersolat? 2009-10-03 1:54 PM

Kalau tanda tu dah ditakrifkan haid, bermulalah tidak solat

culatupai Assalamualaikum ! Sembahyang Sunat Isyrak dan Sunat Dhuha harap dapat ustaz jelaskan waktu sebenar dan waktu yang afdal di lakukan . Tkasih 2009-10-05 3:25 AM

tengok takwim, ada waktunya

Hamba yg jahill kepada siapakah kita harus membayar fidyah 2009-10-05 2:51 AM

Fakir dan miskin

bard ust,adakah akikah wajib?anak laki&perempuan bagaimana?jika ibu bapa tidak diakikah masa kecil adakah anak tidak boleh diakikah lagi? 2009-10-05 2:36 AM

akikah sunat, lelaki 2 ekor, perempuan 1 ekor, kalau anak tak akikah waktu kecil, dah mampu nak buat sendiri pun boleh, tapi kalau dah mampu yang afdahlnya ialah buat korban

Yati assalamualaikum ustaz. saya telah keluarkan duit kwsp sebanyak rm 32 ribu untuk deposit rumah. perlu ke saya bayar zakat. 2009-10-04 10:10 PM

Kena

Guest Jika isteri tak mau layan suami boleh ke suami beronani 2009-10-04 1:18 PM

Jika untuk mengelak yang lebih buruk, maka boleh

Guest adakah puasa ganti atau puasa 6 disunatkan sahur sebgaimana puasa dibulan ramadzan 2009-10-04 12:04 PM

Ye

Guest utz.. sy tringin sgt nk puase 6, tp xbape pasti ngn niat dia...cmne niat puasa 6 yg btul? 2009-10-04 11:56 AM

Sahaja aku puasa sunat syawal, kerana Allah taala

Guest salam ustaz, saye duduk n oversea.saye mkn mknn yg halal di kedai non muslim yg turut menjual mknn yg x halal. adakah ini dibenarkan? 2009-10-04 10:20 AM

Syubhat

narima :)assalamualaikum ustaz, mengapa anak lelaki tidak boleh mewalikan penikahan ibunya sendiri? Abang ibu tersebut bukan practising muslim. 2009-10-04 7:02 AM

boleh setelah ikut turutan

Redzuan Assalamualaikum. Knpa ustaz ustaz commercial kini suka memperkecilkan hamba allah yg sudah berumur yg ingin balik kepangkal jalan. Salam, saya ader terbaca buku ditulis olih Ni Aziz bahawa dalam masa terpendik orang yg balik kepangkal jalan insyallah Allah akan masuk mrka ke surga 2009-10-05 8:13 AM

Taubat oleh sesiapa sahaja, tak kira muda atau tua, akan membawa ke syurga

usin boleh ker kita berimamkan solat dgn imam syiah. 2009-10-05 6:42 AM

tak

usin ustaz.brapa nilai wang simpanan yg perlu d kluarkan zakat skg ni.bolehkah d berikan pd ibu sdiri yg miskin. 2009-10-05 6:40 AM

ibu tak boleh, sebab, kalau dia susah, dia bukan dapat zakat kita, tapi, nafkah kita.

pok muda klate assalamualaikum ustaz.hukum mandi bunga tu lagu mana..buleh ke.berat sgt jodoh ambo ni 2009-10-05 6:38 AM

tak buleh, semaye hajak bbannyok...

yusuf salam ustaz.apakah sah hrta bapa angkat yg d brikan kpd ank angkat secara sukarela smasa hidup tp x beri pd ank sdiri.sbb ank angkat itu yg jaganya. 2009-10-05 6:35 AM

sah

awang berapakah nilai emas sekarang yg perlu diwajib kan utk keluar zakat 2009-10-05 6:29 AM

85 gram

abdullah hzra ustaz..boleh kah wang zakat d salurkan utk dana pembinaan masjid 2009-10-05 6:27 AM

asnaf zakat tak ada untuk bangunkan masjid

Guest salam ustaz. batal ker solat kalau kita bersin? 2009-10-05 6:12 AM

Tak

Drew Sekiranya tidor sebelum solat isyak dan terjaga tengah malam utk melakukannya, solat mana patut dahulukan tahajjud atau isyak? 2009-10-05 6:02 AM

Isyak

adam ustaz.bolehkah d berikan wang zakat kpd adik tiri yg telah kematian bapanya utk belajar d universiti 2009-10-05 1:49 PM

boleh

hadi ustaz..di iran bolehkah dibezakan sunni atau syiah.kalau masjid tu apa bezanya. 2009-10-05 1:47 PM

boleh, masjid sunni warna hijau

abdullah apakah ada doa khusus atau amalan2 utk cepat kahwin.x than ustaz..tkut terlanjur 2009-10-05 1:29 PM

doa bahasa Melayu aje..

azmi kaum muda dgn wahabi tu sama ker ustaz 2009-10-05 1:25 PM

istilah sama

hamba kalu nk slt sunat sblm n slp slt jumaat nk niat slt sunat sblm n slp jumaat ke slt sunat sblm n slp zohor..? 2009-10-05 10:21 AM

jumaat

hamba salam ustz, blh ke kita slt qadha sbb tkt ada slt kita sblm ni yg tidak sempurna..? 2009-10-05 10:18 AM

boleh

my Saya selalu mendoakan dan menghadiahkan surah Al Fatihah kepada arwah ayah saya. Adakah amalan tersebut diterima dan dapat membantunya masuk syurga? 2009-10-05 8:36 AM

ye

my Dulu saya selalu tinggal solat dgn sengaja. Kini saya bertaubat dan solat qadha secara tetap setiap malam, adakah ibadah solat sunat saya diterima? 2009-10-05 8:34 AM

ye, diterima

my Saya bertolak dari KL ke Kedah (500km) untuk bersama keluarga setiap minggu. Adakah saya dikira musafir dan layak mengerjakan solat jamak dan qasar? 2009-10-05 8:31 AM

duduk di mana? Mana tempat mustautin?

Redzuan Dan mereka mencerca org yg ingin kembali ke jalan Allah telah secra tak langsung memperkecil Allah. Tolong huraikan. 2009-10-05 8:17 AM

Tuanlah tolong huraikan, sebab saya tak jumpa ini..

Guest salam , ustaz x dpt ke gambar bintang2 tu, teringin plak nak menyaksikannya skali 2009-10-06 8:16 AM

Tak dapat, sebab terlalu gelap

bayu ustaz, saya masih tidak boleh terima suami saya melakukan hubungan dengan perempuan lain secara sulit, apa hukum saya meminta dia lepaskan saya saya rasa itu lebih baik dari hati saya sentiasa bersedih. 2009-10-06 6:52 AM

kalau dah sampai memudharatkan, boleh

Darling05 salam ustaz, bilakah waktu afdhal solat dhuha 2009-10-06 5:09 AM

Sebaik masuk waktunya

a'in ustaz,kita sedang ditimpa bbgai bala,adakah syarak menyuruh kita menagadakan sbg cohtoh solat bala jika dtimpa @bagaimana mengatasinya 2009-10-06 3:19 AM

berdoalah untuk Allah bantu..

mas salam ustaz, sy telah bnyk meningalkan solat kini saya rasa amat menyesal, bgmn cara qada solat dan niatnya. 2009-10-06 12:56 AM

solat macam biasa, Cuma tambahkan niat qada

Kamel Baru2 ni saya diberitahu kanak2 yg blum bersunat dikira najis dan batal sembahyang sekiranya tersentuh dgn mereka. Betul ke ustaz? 2009-10-05 4:55 PM

Tak betul

guest. betul ke ustaz..klau simpan wang d tabung haji kita x perlu lg kluar zakat..sbb pihak tabung haji akn uruskan. 2009-10-05 1:56 PM

betul

ana ustaz..ana keliru psal haul n nisab zakat wang simpanan..sbb byk akaun yg kluar msuk.jd ana agak2 tp rsanya lebih kurang..boleh kah ustaz. 2009-10-05 1:53 PM

minta pejabat agama kirakan

Guest assalamualaikum, boleh ustaz jelas tempoh masa yang paling lama wanita dalam haid 2009-10-07 12:39 AM

15 hari

Guest Ustaz, hubungan isteri saya dan ibu saya tidak baik disebabkan tidak direstui. Apa perlu saya lakukan untuk memperbaiki hubungan ini. 2009-10-06 11:39 PM

Usaha untuk terus baiki

Guest Salam. Kawan saya disahkan barah payudara. Doktor nasihat buang sebelah dan buat implant utk ganti payudara yg dibuang itu. Apakah hukum implant itu? 2009-10-06 2:43 PM

Harus bagi dia

Ghazali 'Pakteh' Insyaallah niat dlm hati nak p umrah,kalau boleh bersama Ustad Amin 2009-10-06 1:41 PM

ALC TRAVEL SEKIRANYA PAK TEH BERMINAT BOLEH HUBUNGI..HJ MOKHDZAR...PARTNER SAYA HP 016-268 7272 2009-10-06 6:53 PM

nur_izaiti salam ustaz..salah ke kite menolak cinta berlainan agama? sungguh pn dia menunjuk kan minat mendalami islam? sy bukan la seorg hamba Allah yg sempurna iman dan amalan..sy menolak sbb sy takut gagal membentuk mereka dalam islam.. tp rakan sy menyatakan sy x syg islam..x mahu ramaikan umat islam..salahkah saya? 2009-10-06 9:38 AM

kalau tak kuat, tak payah

shah Takzaiah kepada keluarga di Pandang.....gempabumi yng dahsyat...Allahuakbar. Sedih melihat wajah anak muslim tersepit dan berlumuran darah.. 2009-10-06 9:32 AM

yong ustaz, apa cara2 jimak ngan betul mengikut syariat Islam 2009-10-06 9:30 AM

jangan ke dubur

azah 2) Ada seorg ustaz menyatakan bhw belajar taranum bg wanita adalah haram. Minta penjelasan ustaz. 2009-10-07 8:41 AM

Belajar taranum itu harus bagi sesiapa sahaja. Barangkali, ustaz tu kata jika caranya tak kena seperti ustaz lelaki mengajar perempuan.

azah 1) Bolehkan wanita yg dlm haid memegang dan membaca terjemahan alquran untuk tujuan belajar dgn guru mengaji? 2009-10-07 8:33 AM

boleh

N&M salam,boleh ke seseorg mengimamkan solat sedang dia mempunyai hutang keliling pinggang & nak byr tp sering bertangguh krn tngu byrn dr org lain. 2009-10-07 7:40 AM

Boleh

Guest Adakah boleh ganti puasa bersama2 dengan sunat puasa 6 (bulan Syawal) 2009-10-07 6:24 AM

Boleh

Guest hukum jika hendak bawa anak lelaki berumur 5 thn ke Mekah, anak hendaklah bersunat terlebih dahulu. 2009-10-07 5:58 AM

Sebaiknya

Guest apakah hukum buat 'semi-permanent' eyebrow? sahkan ambik air sembahyang nanti?2009-10-07 5:02 AM

Saya tak faham istilah ni, tolong huraikan dulu

Guest ustaz, boleh ka buat 'hair extension' sebab nak panjangkan rambut yg pendek utk menarik hati suami? isteri bertudung. 2009-10-07 4:39 AM

Tak boleh

SYM Apakah hukum mencukur bulu kening bagi perempuan? 2009-10-07 2:56 AM

Tak boleh

Guest salam ustz,sy nak tahu apa hukumnya menolong org menguruskan utk mdpt gelaran datuk.suami sy terlibat sama 2009-10-07 1:56 AM

Tolong orang kan bagus..

dah salam blh tnye..kalu kite pegi prgram 5 hari yg mmg kita dh tau 5 hari kat sana..blh x solat jamak,ada pndpat ckp xleh jamak klu dh tau bape hari 2009-10-08 2:48 PM

boleh jamak 3 hari tapi tak boleh qasar

sukatikulah ketika bulan puasa lepas, keluar ketulan seperti jeli berketul2 bersama kencing. adakah itu mani akibat sudah lama x keluar? adakah sah puasa+solat? 2009-10-08 8:56 AM

puasa tak ada masalah

Guest azah suara wanita kan haram understan2009-10-08 7:48 AM

Guest salam,ustz apa bhn bkr si majusi tu? brple agknya kos bhn bkr slm 1500 thn tu? 2009-10-08 1:03 AM

Saya lihat macam arang batu, kosnya saya tak Tanya pula...

Abd razak ustaz sy akn belajar b,sggh2 n xkn mghmpa kn fmly sy n ust terima ksh atas segala nsht dn penjagaan ust ke atas sy selama ini.....sy dh byk terhutag budi dgn ust....hrp slh slp sy selama ni ust maaf kn....asslm... 2009-10-07 5:24 PM

SJ Razak, jangan dok main-main.. belajar betul2. Tinggi harapan makwe2 mesia terhadap ko. 2009-10-08 5:57 PM

Anis ustaz... kalau kawan kristian kawin.. kita boleh attend ceremony dlm gereja tak? boleh kan? 2009-10-09 7:26 AM

Tak boleh

Lin Kita terlupa lalu angkat tgn takbir utk rakaat 2, adakah batal sbhyg? 2009-10-09 7:22 AM

Tidak

Lin Semasa menghulurkan sedekah, saya selalu memohon doa kpd Allah. Adakah ia dikira x ikhlas.2009-10-09 7:20 AM

Semoga ia ikhlas

Lin Sy amal baca doa kanzul arasy di petik dari buku majmu' syarif. Ada kata ianya haram. Sy hya nampak ia memuji Allah dgn asma al husna. Pdgn ustaz. 2009-10-09 7:17 AM

Boleh amalkan

wanitamelayu Salam, apakah hukum memakan hasil tangkapan org memancing yg meninggalkan solat sewaktu pergi memancing. 2009-10-09 7:08 AM

segi fiqah, boleh aje, segi tasauf yang dianjurkan untuk tidak memakannya

non salam..apa hukum lelaki memakai rantai tp bukan rantai emas..hanya rantai dr benang cthnya tujuan memakai utk suka2 bkn niat menyerupai prpuan 2009-10-09 6:52 AM

elakkan

score A Salam semua..kpd ibu bapa yg inginkan ank2 cmerlang,blh lwt blog sy k..bntu lah anak2 anda untk mncapai kcrmalangan dlm hdup..thnks 2009-10-09 5:47 AM

hanani Slm,adakah haram ke ats suami melancap sedangkn dia xmahu mlakukn seks dgn isterinye krn ditakuti akn keletihn,sdgkn isteri sering brkehendkkn 2009-10-09 5:03 AM

haram

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Putra Height

10 Oktober 09, 1.00 pagi

9 comments:

Lokman Haqem said...

salam ustz...mcmne kalau hati kite x tenteram,apakah doa yg plg mustajab utk diamalkn?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, saya ada kemusykilan tentang puasa ganti dan fidyah. Saya ada 3 orang anak lahir tahun 2004, 2006 & 2008. Masa mengangung ketiga-tiga anak sy mengalami alahan yg teruk dan utk anak yg 1, saya tidak dpt puasa sepenuhnya. Sy ada menonton program Al-Kuliyah berkenaan puasa dan fidyah dan baru sy tau yg sy masih berhutang dgn Allah iaitu puasa dan fidyah. Tentang puasa InsyaAllah sy boleh ganti tapi yg sy nak tanya ustaz ialah pasal fidyah, sy berhutang terlalu banyak ustaz bayangkan 2004(sy bayar tapi sy tak ganti) sehinggalah tahun ni 2009. Sy difahamkan selagi sy tak ganti puasa tu selagi tu fidyah dia bertambah, sy harap ustaz dpt bantu sy, sy betul2 tak tau psl ni. Sekarang sy nak langsaikan hutang fidyah sy tapi sy tak tau mcamana cara kiranya harap ustaz dpt bantu sy.

waswas said...

Assalamualaikum ustaz...saya dan suami memang bercadang nak buat haji padsa tahun ini namun masih dalam status menunggu.dengan penularan penyakit H1N1 baru2 ini kami berdua telah membuat sembahyang istikharah samada kami patut pergi tahun ini atau ditangguhkan dulu jika kami dapat. Saya bermimpi ramai orang dikejar oleh ombak besar manakala suami pula bermimpi di tinggalkan jemaah yang lain seorang diri. Apa pendapat ustaz tentang mimpi kami setelah solat istikharah tersebut? Apakah kami perlu teruskan niat menunaikan haji pada tahun ini atau tangguhkan dulu? Hati ini memang ingin pergi dan telah berulangkali buat istikharah selepas tu ,tapi tiada mimpi2 lain lagi.

KPMGA said...

Salam Ustaz, Permainan golf memerlukan masa yg panjang dan sukar berhenti kerana menggangu pemain yg lain. Dlm erti kata masa itu sengkat untuk mengkerjakan solat. Bolehkah kita Kerjakan solat jamak demi untuk menunaikan fardu ain dan ibadah permainan ini?

killroy serizawa said...

assalamualaikum ustad..sya ingin btya..blh ka seorang lelaki yg bkn muhrim kpda perempuan tu mengajar perempuan tu mengaji???
apakah hukumnya??

Unknown said...

salam ustaz..sy nak tanya salahkah if kta bdoa agar non muslim itu adlh jodoh kita???salahkah andai kta bdoa agar dia n family dberi hidayah untuk memeluk islam???salahkah andai kta bnzar mengenai mereka????apakah hukum semua nie???

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya mengenai hukum mengimplan buah dada tanpa sebab. Bermakna si polan itu melakukannya untuk semata-mata ingin kelihatan menarik apabila mengenakan pakaian tertentu ?

Anonymous said...

ustaz sy nk tanya kenapa bahan lucah senang dapat, kenapa godaan banyak,kenapa kami tetap kalah dgn nafsu, kalu kat arab tanah suci mana ada godaan ni suma,kat malaysia jln2 nampak tetek buntut,rumah cinam, kedai judi tokey kafir,yg kerja melayu islam,hutang bertimbun,tanah melayu bukan disewa tp di beli oleh orang kafir bilion man,tgk citer lucah melancap,sungguh mudah kami yg ilmu cetek ni dikalahkan kafir kafir besar kat malaysia ni, banyak orang muda melancap dan ber zina!

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz, kalau perm bulu mata boleh ke?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...