Monday, October 19, 2009

al-Ijabah 30 - Rencam Rumah HIV Darul Ukhwah

“Patut pun malamnya dia basuh kasut Croc saya” kata Ustaz Fatoni

Hari ini, 17 Oktober 09, saya ke rumah HIV Darul Ukhwah. Hari ini gempar di Darul Ukhwah seorang penghuni yang kurang berdisiplin keluar dari Darul Ukhwah.

Saya katakan penghuni HIV ini kurang berdisiplin kerana, dia keluar masuk sesuka hatinya dan telah mula kembali mengambil dadah, padahal, dia antara yang kita beri perlindungan di rumah kebajikan kita.

“Itulah, masa sakit ingat Allah, masa dah sihat, balik jadi macam dulu” komen Abang Azizi.

Lebih malang lagi, dia keluar dengan mengambil kasut Croc dan telifon Ustaz Fatoni, ustaz yang sama-sama menjaga dia dan pesakit HIV yang lainnya.

Saya hanya beristighfar panjang ketika mendengar berita ini.

“Ustaz, nanti tolong belikan sarung tangan getah ye, sarung tangan yang ada tinggal satu sahaja lagi” kata Ustaz Fatoni.

Ustaz Fatoni yang telah mula serasi dengan keadaan menjaga pesakit rumah kebajikan HIV ini telah membantu pesakit yang tidak berdaya untuk mandi dan menyapukan ubat ke badan pesakit ini.

“Lagi, apa yang dah habis” tanya saya.

“Ustaz, tolong belikan sabun dan Detol ye” kata Mat, salah seorang penghuni di sini.

Malam ini, saya membawa ustaz Fatoni keluar, mencarikan barang-barang keperluan rumah Darul Ukhwah di Farmasi.

“Ustaz, lapang tak malam ni? Tanya saya.

“Tak ada apa program, Ustaz” kata Ustaz Fatoni

“Mari ikut saya ke Sunway Pyramid, kita jalan-jalan sikit” kata saya pada Ustaz Fatoni.

Di dalam kereta, saya berbual dengan ustaz mengenai program-program di rumah ini.

Kereta yang kami naiki mula diletakkan ke tempat parking kereta.

Saya mengajak ustaz Fatoni ke dalam Sunway Pyramid.

“Ustaz, terima kasih ye, kerana sama-sama berkhidmat di dalam Darul Ukhwah ini, Ustaz, barangkali, telifon Ustaz hilang, Allah ingin gantikan dengan yang lebih baik” kata saya.

“Yelah, barangkali”, kata Ustaz Fatoni yang belum perasan hajat saya mengajaknya ke Sunway Pyramid ini.

Saya menarik tangan Ustaz Fatoni ke dalam kedai telifon.

“Ustaz, ustaz pilihlah yang sesuai untuk ustaz” kata saya.

Memang ketika dia memberitahu saya mengenai kehilangan telifonnya, saya terus terdetik agar menggantikan dengan yang baru. Barangkali, Allah nak gantikan telifon beliau dengan yang lebih baik kerana ikhlasnya bersama-sama di dalam Darul Ukhwah.

Ustaz Fatoni sedikit terkejut, beberapa kali mengucapkan terima kasih. Saya faham keperluan telifon bagi seseorang pada zaman sekarang, dan saya mempunyai pendapat mengenai keikhlasan.

“Ikhlas, tidak menafikan hak”

Inilah antara carbaran menjaga rumah pesakit HIV ini, semuanya untuk Allah nilai semangat kita di dalam berbuat amal yang baik.

Semoga, gantian yang Allah berikan memberi sedikit ubat, dan semoga, sesiapa sahaja yang ikhlas di dalam usaha ini, diberikan Allah ganjaran yang jauh lebih besar dari apa yang difikirkan.

Setakat ini, memang, menjaga 10 anak yatim lebih mudah dari menjaga seorang pesakit HIV. Berbagai karenah yang perlu dihadapi. Apa pun, ini fasa permulaan. Semoga usaha ini terus dimudahkan, amin…

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

19 Oktober 09 jam 7.40 malam

5 comments:

Shahabudeen Jalil said...

aiseh..... betul ke saya baca cerita nie..

rasanya tak perlu la cerita belikan telefon nie.. macam budak2 puji diri pulak jadinya..

sekadar pandangan.

Hunny said...

Salam Ustaz,

Semoga terus cekal dan tabah dengan ujian2 mendidik warga HIV.

farezdaniel said...

Salam.Ustaz mcm mana klu sy berminat nak jadi sukarelawan di tempat ini??

HamBa ALLAH Swt said...

ustaz saya nak jadi sukarelawan rumah darul ukhwah ni boleh x?macam mana dan apa yg perlu saya buat?

muannas said...

salam ustaz....saya amat memerlukan bantuan...tetapi tidak dapat menghubungi ustaz...saya mempunyai abg yang mengidap HIV...kami hanya 2 beradik dan kedua ibu bapa telah meninggal dunia sejak kami kecil lagi....saya sudah sangat arif dengan kelakuan penagih dadah/hiv....bantulah saya....

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...