9 Disember 2008, Pagi-pagi lagi kami dikunjungi oleh Imam serta AJK masjid Kampung Chumnik. Kami berkenalan dan juga bertukar-tukar pandangan. Ramai orang di sini yang boleh berbahasa Melayu terutamanya yang belajar di Madrasah.
Saya bertanya, kenapa yang belajar di Madrasah lebih fasih berbahasa Melayu. Rupanya, mereka mempelajari kitab-kitab Jawi tulisan ulama-ulama Pattani dan Acheh. Mereka akan membacakan kitab yang bertulisan Jawi itu di dalam bahasa Melayu kemudian barulah disyarahkan dengan menggunakan bahasa Champa atau bahasa Khemer. Menarik juga macam tu. Macam kita belajar kitab Arab pula. Di baca di dalam bahasa Arab, disyarahkan di dalam bahasa Melayu.
Di masjid Kampung Chumnik terdapat madrasah. Saya berbincang mengenai program pendidikan yang akan dibuat. Mereka yang berumur 16 tahun telah menduduki peperiksaan Sanawi. Ada di antara mereka yang mengambil peperiksaan SMU (Sijil Menegah Agama) sistem pendidikan dari Kelantan.

Rupanya, kerajaan Kelantan telah lama membuat jalinan pendidikan dengan masyarakat Islam Cambodia. Mereka yang cemerlang di dalam peperiksaan SMU akan dibawa ke Kelantan untuk mengikuti pendidikan di peringkat STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Tetapi tidak ramai yang mampu dibawa ke Malaysia. Ini kerana, mereka semua dari golongan orang yang fakir dan miskin. Jika ingin dibawa ke Malaysia, mereka akan ditanggung semuanya.Pihak yang menguruskan hanya mampu membawa 25 pelajar setahun, sedangkan ramai lagi yang memperolehi keputusan yang baik.
Imam di sini meminta saya menolong anak-anak kampong yang cemerlang untuk diuruskan pendidikan mereka. Saya terus berfikir jalannya. Insyallah saya menyatakan. Sekembalinya saya, ada beberapa tugas yang perlu dibuat. Pertama, bincangkan dengan Universiti Malaya tentang kemasukkan anak-anak ini melalui kuota pelajar antarabangsa, kedua, uruskan tajaan mereka. Jika kedua-dua ini dapat di laksanakan, maka kita akan dapat membantu anak-anak orang Islam ini, untuk pembelajaran mereka diperingkat tinggi.
Prosesnya ialah dengan membawa anak-anak yang cemerlang di dalam SMU ini untuk ke Malaysia di peringkat STAM. Jika mereka cemerlang di dalam peringkat STAM maka, Universiti Malaya tidak ada masalah untuk menerima mereka.
Semoga usaha ini akan dibantu Allah dan akan mendapat sokongan dari banyak pihak. Semoga sedikit usaha membantu saudara-saudara seIslam kita di sini, menjadikan kita sentiasa rasa saling mengasihi sesama kita. Saling mengasihi inilah di antara cara mendapat keredhaan Allah.
Berbincang dengan Imam dan AJK masjid mengenai program pendidikan di CambodiaMelawat Madrasah Nikmatil Islamiyah, bersama guru dan pentadbir madrasah.Imam di sini meminta saya menolong anak-anak kampong yang cemerlang untuk diuruskan pendidikan mereka. Saya terus berfikir jalannya. Insyallah saya menyatakan. Sekembalinya saya, ada beberapa tugas yang perlu dibuat. Pertama, bincangkan dengan Universiti Malaya tentang kemasukkan anak-anak ini melalui kuota pelajar antarabangsa, kedua, uruskan tajaan mereka. Jika kedua-dua ini dapat di laksanakan, maka kita akan dapat membantu anak-anak orang Islam ini, untuk pembelajaran mereka diperingkat tinggi.
Prosesnya ialah dengan membawa anak-anak yang cemerlang di dalam SMU ini untuk ke Malaysia di peringkat STAM. Jika mereka cemerlang di dalam peringkat STAM maka, Universiti Malaya tidak ada masalah untuk menerima mereka.
Semoga usaha ini akan dibantu Allah dan akan mendapat sokongan dari banyak pihak. Semoga sedikit usaha membantu saudara-saudara seIslam kita di sini, menjadikan kita sentiasa rasa saling mengasihi sesama kita. Saling mengasihi inilah di antara cara mendapat keredhaan Allah.
Suasana di dalam kelas mereka.
semoga program pendidikan ini berjaya di dalam usaha membantu anak-anak saudara seIslam kita. amin..
1 comment:
Bravo Ustaz!! Good Luck!! Saya menyokong penuh program membantu pelajar2 kemboja ini. Insyaallah. Didoakan semoga dipermudahkan oleh Allah swt.
Post a Comment