Semua ibu dan ayah inginkan anak mereka menjadi baik, tetapi tidak semua yang direzkikan mendapat anak yang baik. Ada di antara peserta yang hadir mempunyai latar belakang yang ‘berat’ terhadap ibu dan ayah mereka. walaubagaimana pun, saya percaya bahawa, sekeras mana mereka, mereka masih mempunyai fitrah untuk menjadi baik.
Kita berusaha semaksima yang mampu, soal merubah itu hak Allah, tetapi dengan belaian al-Quran yang dijadikan asas pada kursus ini, semoga anak kita ini dapat kembali pada fitrah asalnya. Jika manusia sekeras Saidina Umar al-Khattab juga luluh hatinya dengan mukjizat al-Quran, sudah tentulah sentuhan ajaib ini mesti dijadikan asas di dalam pendidikan.
Peserta didedahkan juga dengan teknik pembelajaran Imam as-Syafie, satu teknik yang dinukilkan oleh Imam Syafie, satu sistem yang melahirkan manusia yang hebat ketika belajar, tawadhuk ketika berilmu dan menabur jasa ketika bermasyarakat. Melalui 42 kata-kata beliau, peserta diajar untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan.
Semoga sedikit usaha yang dibuat menjadikan semua kita diredhai Allah, sesungguhnya, dengan keredhaanNya sahajalah, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Syabas pada anak-anak yang telah tamat berkursus dan terima kasih pada ibu ayah yang sama-sama berusaha ke arah membentuk generasi yang hebat dalam taat.
Sesi akhir MPI
Ia dihadiri juga oleh ibu ayah yang mempunyai kelapangan masa
Sesi dimulakan dengan slot keibubapaan
Sesi dimulakan dengan slot keibubapaan
Penyampaian sijil penyertaan disampaikan sendiri oleh ibu bapa dan penjaga. Satu sentuhan, anak-anak akan mencium tangan dan dahi ibubapa masing-masing.Di antara ibu ayah yang sempat meluangkan masa bersama di dalam program ini.
No comments:
Post a Comment