Wednesday, December 3, 2008

Diari 13 - Motivasi Pelajar Islam - Sistem Pembelajaran Imam as-Syafie

Hari ini 3 Disember, hari terakhir program Motivasi Pelajar Islam, sistem pembelajaran imam as-Syafie. Dibandingkan dengan program yang berjalan pada 17-19 November lalu, ia banyak dihadiri oleh pelajar dari luar Selangor. Bermula dari Johor hinggalah Perak. Mereka semua duduk di asrama yang telah disediakan

Motivasi Pelajar Islam, Sistem Pembelajaran Imam as-Syafie ialah satu program yang mendedahkan kaedah belajar ulama silam kita. Anak-anak ini juga didedahkan dengan klip-kilp video ziarah saya ke serata dunia dengan melihat bekas-bekas kejayaan ulama silam.

Semoga, sedikit yang dapat dikongsikan dengan anak-anak ini menjadikan mereka mempunyai asas kejayaan yang didasari dengan agama. Semoga Allah menjadikan anak-anak kita dan anak-anak ini orang yang hebat di dunia dan di akhirat.
Sedang menyertai salah satu aktiviti
mempelajari kaedah membaca. Ulama kita terkenal dengan orang yang banyak membaca. Bagaimana kaedah mereka membaca begitu banyak buku dalam waktu yang singkat

salah satu aktiviti luaran
peserta di dalam bengkel

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...