Alhadulillah, Allah izinkan saya untuk terus belajar di dalam kesibukan masa yang ada. Sekali lagi Alhamdulillah, program ini adalah program master kedua saya. Master pertama saya di Universiti Malaya di dalam bidang pentadbiran undang-undang Islam. Insyallah, akan diteruskan di peringkat yang selanjutnya. amin..
Untuk hari ini, saya masih mahu berkongsi pengalaman di kampung Pas lagi sebelum kita ke artikel seterusnya.
Ini kedai kain seorang wanita. Cuba kita lihat seterika yang digunakan. Ia adalah seterika arang. Di negara kita, ia pernah digunakan puluhan tahun lepas.
Ini adalah stesyen minyak di kampung-kampung. Ia hanyalah bekas gelen air yang dituangkan melalui getah paip
Ini pula tangki air yang banyak terdapat di sana.
Di belakang van ini ialah seorang wanita yang menyarungkan kopiah dan kain serban di atas kepalanya. Ada di antara rombongan kami yang bersalaman dengannya. Kami ingatkan dia lelaki. Ini kerana dia antara yang mengurumuni kami ketika kami ingin bertolak ke tampat lain. Ada ahli kampung yang menerangkan bahawa dia adalah perempuan. Kami semua tersenyum sinis pada ahli rombongan yang bersalaman dengannya.
Kalau antara pembaca sekelian berasal dari kampung, pembaca akan teringatkan bagaimana orang dahulu menyusun kayu api untuk dikeringkan. Saya lama menatap keadaan ini kerana saya teringatkan rumah Allahyarham datuk saya satu ketika dahulu. Apabila dia membelah kayu untuk masak, dia akan menyusunkan seperti ini untuk dikeringkan.
Semoga kita sentiasa bersyukur dengan keadaan kita di negara ini.
1 comment:
Alhamdulillah.. Memang lah kena banyak bersyukur lepas baca cerita ustaz. Banyak2 bersyukur.. Sesusah2 kita kat Malaysia, rasanya seterika arang dah tak guna. Kayu api pun, tak banyak dah rumah guna. Last saya guna masa zaman saya sekolah rendah. Itupun tak lama. Sekarang dah jadi bahan antik. Lain syakartum laazidannakum, walain kafartum, inna a'zabi lasyadid.. Mudah2an saya tergolong dalam kaum yang bersyukur..
Post a Comment