Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, dapat saya menjawab soalan yang diajukan. Semoga menepati kehendak soalan.
? Mohd kanak2 yg mcm mana bleh dok sebaris ngan org dewasa, yg dah berkhatan @ yg dh baligh,ape hukum kalo kanak2 yg kecik tu dok sebaris ngan org dewasa.. 2008-12-04 12:40 PM
+ Sebenarnya, saf kanak-kanak adalah di belakang orang dewasa. Yang telah baligh barulah boleh sebaris dengan orang dewasa. Tetapi jika kita hendak latih anak kita sembahyang di masjid, kita juga bimbang dia duduk di belakang sorang-sorang, maka dudukkan dia paling hujung saf selepas kita.
? Siti Ustaz, bilakah kanak2 lelaki boleh jadi imam kpd kluarganya? 2008-12-05 1:05 AM
+Kanak-kanak lelaki yang telah mumayyiz, tahu ilmu sembahyang dan baik bacaannya boleh menjadi imam kepada kelurganya yang perempuan dan yang juga belum baligh
? azhar ustaz, apa hukum jualan lelong2 cam lelong tanah or bangunan tu???? 2008-12-05 12:35 PM
+ Jualan lelong itu, jika dia hendak dapatkan hak dia yang tidak dibayar oleh peminjam, tidak mengapa.
? student ustaz, apekah hukum makan ketam nipah. sekarang sedang top kursus ternakan ketam nipah di rumah. boleh ustaz jelaskan. thanx 2008-12-10 1:13 PM
+ Saya tidak pasti ketam nipah tu yang mana satu. Walaubagaimanapun, ukurunnya mudah sahaja. Jika ketam itu duduk di darat tidak mati-mati maka tidak boleh makan kerana dia hidup dua alam. Contohnya seperti ketam batu.
? Guest salam ustaz, soalan saya, apakah hukum kita melabur ASB?? ada yang kata ASB melabur pada tempat2 yg x ikut syarak.. 2008-12-13 6:49 AM
+ Sebenarnya, fatwa telah keluar. Ia diharuskan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk e-fatwa
Semoga jawapan ringkas ini menepati kehendak soalan. Jika masih kurang jelas, pembaca sekelian bolehlah bertanya kembali.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment