Kereta lembu yang masih popular digunakan di Cambodia
Ini pula kereta kuda yang juga masih popular digunakan di sana.
Cuba lihat jambatan ini. Ini jalan utama dari negeri Kampung Cham ke negeri lain. Jambatannya berlubang di tengah-tengah. Jika salah jalan akan masuk dalam sungai.
Kebanyakkan jalan yang masih tanah merah.
Ia ialah manisan seperti gula Melaka atau gula merah di negara kita. Tapi di sini warnanya putih.
Di kawasan kampung, hanya yang kaya ada letrik yang dijana dengan menggunakan generator
Selepas solat hari raya, mereka mengira duit derma pada masjid.
Mereka ada cara pelik di dalam menyembelih. Setelah darah mulai perlahan keluar dari leher lembu, mereka akan memotong leher lembu ini untuk kali kedua. Jika mengikut pandangan Imam as-Syafie, cara ini tidak dibenarkan. Setelah lembu disembelih, hendaklah kita membiarkan hinggalah dia mati sendiri. Tidak ada sembelihan untuk kali kedua. Mereka membuat begini lantaran kurang ilmu penyembelihan. Di negara kita, kursus penyembelihan selalu dibuat. Di akhir kunjungan saya ke sini, saya ada menyatakan hal ini pada penduduk di sini. Mereka agak berminat apabila dicadangkan agar diadakan kursus untuk menyembelih. Bagi sesiapa yang menganjurkan korban di Kemboja ini, pastikan ada ustaz atau orang yang faham tentang penyembelihan datang sekali. Takut-takut mereka silap sembelih atau mereka sembelih dengan cara mereka.
Ini bendera parti Human Rise di Cambodia. Akan-akan bendera PAS di Malaysia
No comments:
Post a Comment