Saturday, December 6, 2008

Diari 16 - Akademi Ilmu

Jumaat 5 Disember 08, selesai solat saya menghadiri satu mesyuarat dengan Pengarah Akademi Islam, Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang. Mesyuarat ini ialah untuk membincangkan program 5 % atau kurang lebih 80 orang setahun, kemasukan pelajar Islam antarabangsa ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Tujuan program ini ialah untuk membantu umat Islam di negara-negara yang umat Islamnya minority. Program ini bertujuan membentuk tenaga-tenaga professional di kalangan mereka.

Negara yang dipilih ialah Cambodia, Filipina, dan Thailand. Syarat kemasukan pelajar tersebut ialah STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Ada dua kaedah yang ingin dilaksanakan iaitu sama ada membina sekolah di sana atau pun membawa pelajar-pelajar terpilih ke negara kita ini.

Program ini akan diterajui oleh Alumni Akademi Pengajian Islam (ALIM) dengan kerjasama beberapa pihak.

Insyallah, pada hari Isnin 8 Disember 2008 ini, saya dan rombongan akan ke Cambodia. Di samping urusan korban yang akan saya buat di sana, saya diamanahkan untuk membincangkan program pendidikan yang akan dirancang bersama Universiti Malaya ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan pembangunan pendidikan ini.

Apa yang penting ialah umat Islam dapat meningkatkan ilmu mereka. Dengan ilmu, mereka akan dapat merancang kecemerlangan ummah di dunia dan dengan ilmu juga, mereka dapat berusaha untuk keselamatan di akhirat. Sesungguhnya, keselamatan dari Allah, dan sesungguhnya Allah juga yang memerintahkan kita berusaha ke arah keselamatan.

3 comments:

Azri said...

"Tujuan program ini ialah untuk membantu umat Islam di negara-negara yang umat Islamnya minority. Program ini bertujuan membentuk tenaga-tenaga professional di kalangan mereka."

Ya Ustaz. Boleh saya tanya tenaga professional dalam bidang apa Akedimi Peng Islam Univ Malaya keluarkan ?

Ustaz Amin said...

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya agak unik pembahagian fakultinya.

Jika dalam syariah ia ada syariah undang-undang, syariah pengurusan, syariah ekonomi, syariah siasyah dan syariah feqh usul.

Jika dalam bidang usuluddinnya dia ada Akidah dan pemikiran, al-Quran dan Hadith, sejarah dan tamaddun.

Keluaran syariah ekonomi dan syariah pengurusannya telah diiktiraf sebagai tenaga profesional hingga diterima menjadi pegawai di bank-bank. Syariah undang-undangnya layak menjadi peguam dan hakim mahkamah syariah.

Maknanya, orang yang belajar agama bukan semata-mata duduk jadi imam di masjid tetapi mampu mentadbir dan membuat polisi sesuatu perkara.

Sekian.

Azri said...

Salam Ya ustaz,

Ana tertanya tak kan kita bantu setakat bagi lembu setahun sekali masa korban. Masa lain apa mereka makan?. Tanahnya tak subur? Lembu, ayam itik tak boleh hidup...Kalau bela ikan dlm kolam , ikan tak hidup...? Mereka tak ada kemahiran bertani ? Apa kemahiran yang mereka ada ? Jangan suapkan mulut utk makan ikan , ajar mereka macammana nak tangkap ikan.

Ana tertanya tanya ade ke sesiapa, misalnya pakar dari Akedemi Univ Malaya, dah buat kajian tentang kemiskinan di Kemboja - benarkah mereka miskin, kenapa meraka miskin dan apa plan tindakan untuk kurangkan kemiskinan mereka

Kalu belum ada , Ana cadangkan cari budak Kemboja yang bijak sikit, sponsor dia belajar kat UM. suruh dia buat kajian ni. Usaha ini mesti dibuat oleh orang mereka sendiri. Kita bagi support.

Model model untuk "basmi" kemiskinan dah ada. Salah satu ialah dengan Koperasi. kalu dijalankan dengan amanah insyAllah akan berjaya. Orang kampung di Korea majukan ekonomi mereka dgn koperasi. Kita boleh membantu dengan networking antara koperasi mereka dengan yang berjaya di sini, misalnya.

Ana cakap je pandai. Ana harap usaha bukan hanya untuk capai KPI je untuk yang berhajat naik pangkat di menara gading tu...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...