Saturday, December 13, 2008

Sirah 3 - Gambaran Umum Politik Cambodia

Saya ingin berkongsi secara ringkas mengenai politik Cambodia. Tujuannya biar kita mendapat gambaran umum apa yang berlaku di negara ini.

1. Kita mulakan sejarah pada tahun 1953 iaitu ketika Raja Norodom Sihanouk meminta kemerdekaan Cambodia dari Prancis. Sihanouk pada ketika itu cukup popular.

2. Masalah bermula pada tahun 1960 apabila perang berlaku di Vietnam di antara Komunis dan Amerika. Komunis menggunakan Cambodia sebagai tapak untuk menyerang Selatan Vietnam.

3. Suasana ini berterusan hingga pada tahun 1970 apabila General Loon Nol yang pro Amerika dan anti-Komunis mengambil alih keajaan ketika Sihanouk berada di luar negara dan menamakan negara sebagai Republik Khmer.

4. Sihanouk yang pada ketika itu disingkirkan bergabung dengan Komunis. Bermulalah perang dari 1970 hingga 1975.

5. Lahirlah pejuang Khmer Rouge (Khmer Merah) di bawah pimpinan Pal Pot di hutan yang menentang Republik Khmer.

6. Pada 17 April 1975 Pnom Penh jatuh ke tangan Khmer Rough. Sejarah mencatatkan bahawa dua juta mati di antara 1975 hingga 1979.

7. Pada Disember 1978, Hun Sen meminta bantuan dari Vietnam untuk mengalahkan Khmer Rouge dan pada 1979 Khmer Rouge dapat dikalahkan.

8. Pada tahun 1988 Vietnam mengundurkan tenteranya. Perang saudara masih berterusan di sini. Negara berada di bawah kuasa Hun Sen.

9. 1991 semua pihak-pihak yang bertelagah menandatangani sebuah perjanjian di Prancis iaitu, Paris Peace Accords.

10. Perjanjian ini mengakhiri perang saudara dan mereka semua bersetuju untuk menerima tentera bersekutu – United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC) yang akan menyerahkan rakyat memilih kerajaan dengan pilihan raya.

11. Negara yang masih di bawah Hun Sen pro Komunis mengisytiharkan bahawa partinya Cambodian People's Party (CPP)

12. Pilihan raya pertama berjalan pada July 1993 dan parti yang menang ialah parti FUNCINPEC yang diketuai oleh Norodom Ranaridh anak kepada Norodom Sihanouk.

13. Hun Sen tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya. Akhirnya mereka semua bersetuju melantik dua Perdana Menteri iaitu Norodom Ranaridh.Perdana Menteri Pertama dan Hun Sen Perdana Menteri kedua.

14. Ia hanya berjaya selama empat tahun sahaja apabila berlaku perang di Pnom Penh pada tahun 1997.

15. Akhirnya Norodom Ranaridh dapat dikalahkan dan Hun Sen kembali berkuasa penuh.

16. Pada tahun 2008 ini , Parti Hun Sen, CPP (Cambodian People's Party) masih memerintah dengan mendapat 90 kursi, Ranaridh Party mendapat 2 kursi, FUNCINPEC mendapat 2 kursi, Human Rise Party mendapat 3 kursi dan Sam Rainsy Party mendapat 26 kursi.

Dalam 50 tahun kebelakangan, Cambodia menghadapai masa-masa genting dan perang saudara. Kita bersyukur kerana Allah memberi keamanan di negara kita. Sifat orang Melayu yang bertoleransi antara faktor rantau ini aman. Tetapi jangan jadikan kelembutan Melayu sebagai peluang untuk memijak mereka. Ini kerana, air yang lembut boleh menjadi ais yang keras. Kekalkanlah keamanan dengan semangat jihad Islam. Agar lembutnya disayangi dan tegasnya dihormati.
Hun Sen yang memerintah Cambodia sekarang ini.
Raja Norodom Sihanouk, bapa kemerdekaan Cambodia

Pal Pot yang menjadi pemimpin Khmer Rough. Bezanya dengan Hitler ialah, Hitler membunuh bangsa lain, sedangkan Pal Pot membunuh 2 juta bangsa sendiri.

Sebagai iktibar, setinggi mana kuasa seseorang, akhirnya terbenam dibawah bumi juga. Oleh itu, berbaktilah sementara ada kuasa, jangan sampai dikenang dengan kejahatan ketika mati. Ini kerana, kuasa tidak menentu tetapi mati adalah pasti.
Rujukan:-
Ben Kiernan (1986)How Pol Pot came to power: A history of communism in Kampuche, 1930-1975, The Thetford Press Limited.
Amit Gilboa (2000) Off The Rails In Phnom Penh, Asia Books Co. Ltd, Bangkok.

2 comments:

Hilman Idham said...

sememangnya, kisah mengenai kezaliman pol pot ini tidak diketahui ramai. Namun, ceritanya amat menarik kerana ianya sebuah penceritaan bagaimana pemanifestasian Marxism kpd komunisme..syabas ustaz!

Azri said...

Salam.

Cerita pol pot ni cerita lama. Ramai tak tahu sebab ia bukan macam jomheboh. kita dah di program utk arah hiburan aje.

cerita yang baru adalah keadaan tegang diMindanao. News black out. tak de ke orang media yang berani masuk check apa sebenar nya yang berlaku?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...