Ibnu Umar menyatakan bahawa Rasullullah telah memfardhukan zakat fitrah yang wajib dibayar ialah satu sha ( satu gantang Baghdad)
Ada dua isu di dalam menentukan kadar zakat fitrah. Pertama, satu gantang Baghdad itu berapa kilogram. Yang kedua ialah, setelah kita dapat tahu, ia mesti dinilaikan dengan apa yang biasa kita makan.
Isu pertama, para ulamak berselisih pendapat berapa kilogramkah satu gantang Baghdad ini. Ini kerana gantang Baghdad adalah alat untuk menyukat bukan untuk menimbang. Jika satu gantang ini kita isi dengan tamar ia lebih ringan jika ia diisi dengan beras. Perselisihan ini bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Mesir mengatakan satu gantang Baghdad ialah 2.5 kg, Iran mengatakan 1.75. Di Malaysia pada tahun 2000, Selangor, Terengganu, Perak mengatakan 2.27 kg. Kelantan mengatakan 2.56 kg, Kedah mengatakan 3.063 kg. Di Malaysia, tidak ada negeri yang menyimpan gantang Baghdad kecuali negeri Kelantan. Ini kerana tuan-tuan guru pondok yang ada di sekitar Kelantan ada menyimpan gantang ini.
Untuk menyelaraskan timbangan ini, JAKIM melalui keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Mac 2002 telah mencadangkan kepada negeri di Malaysia satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7 kg. Sejak dari itu ada negeri yang menggunakan cadangan JAKIM ini.
Isu kedua, setelah kita menetapkan kadar satu gantang Baghdad ini, ia perlulah ditimbang dengan beras yang biasa kita makan. Contohnya, jika kita makan beras yang berharga sekilo RM 2.00, di darabkan dengan 2.7 kg dapatlah harga fitrah kita RM 5.40. Jika kita makan beras yang berharga RM 5.00, jadilah bayaran fitrah kita RM 13.50.
Setiap orang tidak sama berapakah kadar fitrah mereka. Walaupun setiap negeri ada mencadangkan kadar fitrah, pada saya setiap dari kita hendaklah mengiranya sendiri. Ini kerana setiap orang tidak akan sama apa yang dia makan sedangkan Nabi memerintahkan ia hendaklah dibayar dengan perkara yang biasa kita makan. Orang Bandar sudah tentu makan beras yang lebih baik jika dibandingkan dengan orang di luar Bandar. Itu tidak termasuk kemampuan kita yang selalu makan di luar dan sebagainya. Untuk itu, bayarlah fitrah kita dengan tepat. Darabkan 2.7 kg dengan beras yang biasa kita makan. Bagaimanakah cara ingin membayar lebih? Antara yang dicadangkan ialah lebihkan bilangan. Sebagai contoh, kalau tanggungan kita seramai 4 orang, kita bayarlah untuk 6 orang.
7 comments:
Dua tiga kucing belari,
mana nak sama si ucing bertapa,
sudah lama aku mencari,
baharu kini aku berjumpa
Terima abang. Saya buat beberapa petikan dari blog abang, hara[ izinkan.
saya pun ingin kongsikan petikan dari entry ini di blog saya.. :)
Salam Ustaz,
Saya ade 1 kemusykilan di sini. Jika seseorang tidak membayar zakat fitrah,hukumnya berdosa. Tetapi bagaimana pula tentang waktu haram membayar zakat fitrah iaitu selepas terbenam matahari pada 1 Syawal, di mana hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera & pada waktu itu ia dikira qada'.Secepat mane 'segera' itu? Boleh atau tidak jika ianya masih dalam bulan Syawal? Dan di mana harus dibayar zakat itu?Terima Kasih. Wassalam.
Salam Ustz nak Tanya ada ke jual gantang Baghdad ni? kalau ada mana nak dapat. Anuar LZS
Assalamualaikum ustsz, sy mohon share entry ni di twitter..terima kasih. .
Thanks ustaz
Thanks ustaz
Post a Comment