Monday, September 29, 2008

Jawapan pada soalan 1

Alhamdulillah, sekarang kita dapat berdiskusi mengenai Islam di luar program "Tanyalah Ustaz". Di sini sedikit jawapan yang sempat saya nukilkan untuk dikongsikan bersama dari respons pelayar blog saya di page yang lepas.

Untuk Puan M Zubaidah
Sebelum saya jawab saya ingin berkongsi prinsip feqah

1. feqh ialah kefahaman terhadap sesuatu hukum. Ia mempunyai banyak pandangan. Di dalam mazhab Syafie sekalipun kadang kala terdapat beberapa pandangan terhadap sesuatu perkara. Jika hendak bahaskan persoalan di dalam feqh ini ia tidak akan habis, masing-masing mempunyai dalil dan pandangan terhadap sesuatu dalil

2. Sesuatu hukum dikeluarkan dengan kaedah hukum. Ia bermula dengan dalil dari al-Quran, kemudian dalil dari hadith, kemudian ijmak, kemudian yang lain-lain seperti adat yang diiktiraf dan sebagainya. Keadah ini di sebut sebagai "Usul al-Feqh". Ada hukum yang diterbitkan dengan al-Quran dan hadith. Ada hukum yang diterbitkan dengan kaedah-kaedah lain selain al-Quran dan Hadith. Ia menjadikan Islam itu syumul (menyeluruh) dan dapat membahaskan banyak perkara di dalam kehidupan ini. Teori perbankan Islam banyak diterbitkan dari dalil selain al-Quran dan hadith.

3. Kaedaan hukum boleh berubah. Jika sesuatu haram, tidak semua tempat dia haram. Seperti babi itu haram, tetapi di dalam keadaan darurat ia dibolehkan. Jika sesuatu dibolehkan, tidak semua tempat ia dibolehkan. Ia memerlukan kematangan ilmu di dalam membahaskan perkara ini.

Berbalik kepada soalan Puan, adakah ia bid’ah atau tidak. Ia banyak diperbahaskan oleh ulama-ulama kita, bukan sahaja dalam Negara malahan di luar Negara.

Saya memilih pandangan sebegini, jika ia dibaca sebagai satu ingatan kepada sahabat empat dan sejarah tidak mengapa, tetapi jika meyakini, apabila tidak dibaca tidak sempurna solat tersebut maka ia merupakan bid’ah.

Sebenarnya terdapat sejarah kenapa nama-nama khalifah itu disusun selain dari selawat kepada Nabi. Sebenarnya, ketika pendakwah-pendakwah kita dari Hadramaut datang ke Nusantara, mereka berdakwah dengan mengajarkan akidah ahli Sunnah kepada kita di sini. Teknik didikan mereka berbagai-bagai. Di banyak negara, ramai pendakwah-pendakwah Syiah yang telah masuk dengan fahaman menyalahkan sahabat. Ada di antara mereka yang memaki sahabat-sahabat tersebut.

Melihat kepada kemungkinan orang Nusantara akan dikunjungi oleh pendakwah Syiah ini, mereka sejak awal mengajarkan kepada kita cintakan Rasul, ahli keluarga dan para sahabat. Di masukkan kitab-kitab Berzanji dan Dibaie. Di kisahkan mengenai perjuangan para sahabat bersama nabi, diiktirafkan khalifah yang empat kepada kita. Oleh yang demikian, kita mengenali khalifah yang empat sebagai pengganti Nabi.

Mereka mematangkan kita dengan menilai sahabat itu sebagai antara golongan yang perlu dihormati. Sebab itu di dalam selawat yang kita baca ada "wa ala alihi wa sahbihi ajmain" (dan pada ahli keluarga dan sahabatnya sekelian) sedangkan dalam Syiah hanyalah "wa ala alihi" (dan ahli keluarga sahaja).

Sekian sahaja, Semoga Allah terus member kefahaman agama kepada kita.

Jawapan untuk Soalan Puan Fatimah

1.Puasa Puan tidak digandakan. Jika tertinggal sehari, maka sehari sahajalah kena ganti.

2. Soalan kedua, jika Puan telah menggantikan puasa tahun lepas sebelum kemasukan Ramadhan yang baru, maka puan tidak kena fidyah. Tetapi, jika puasa tahun lepas tidak diganti dan telah masuk Ramadhan yang baru, Puan kena ganti dan kena fidyah. Selepas raya, puan ganti semua puasa yang ada, tetapi belum membayar fidyah, kemudian masuk Ramadhan seterusnya, fidyah puan tidak diganda.

*** Kadar fidyah ialah 700 gram beras yang biasa kita makan

Respons untuk Musa dan Ronnie
Sebenarnya doa itu doa biasa yang dibaca oleh para imam kita. Ia merupakan doa bahasa arab yang saya terjemahkan. Insyaallah saya akan kongsikannya nanti.

*** untuk mengetahui mengenai doa, boleh membeli buku yang saya dan sahabat saya tulis. “Selawat dan Doa Pilihan” terbitan Telaga Biru.

7 comments:

aswad said...

Assalammualaikum,

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah SWT ke atas rezeki dan rahmatnya ini, saya dipertemukan dgn seorang ustaz yang beribawa.Yang berjaya menjawab pelbagai persoalan di dalam rangcangan tanyalah astaz,semoga ustaz mendapat tempat yang terpuji disisi Allah SWT.Amin...


Disini saya ada satu soalan utk ustaz,
Soalannya berhubung dgn pinjaman dgn bank conversional.Lima tahun lepas saya membeli sebuah rumah dan membuat pinjaman secara conversional dgn sebuah bank perumahan.Ketika itu saya benar2 jahil tetang halal haram dalam pinjaman .Setelah saya mendapat tahu yang didalam bank conversional ada unsur riba,dan riba itu adalah sangat2 dilarang oleh islam dan dimurkai Allah saya terfikir adakah wajib bagi saya menukar ( refinance ) semula pinjaman saya tadi.

Ustaz ? wajibkah bagi saya membuat pinjaman semula ( refinance ) , dari conversional ke islamic.

harap ustaz sudi menjawab persoalan ini,

sekian,

wassalam.

ancoy said...

as'kum ustaz....knape ustaz x buat ruang soal sesi jwb dlm blog ustza ni??
sy nk tnye ustaz....blh ke kite pakai minyak wangi yg beralkohol ketika solat?sbb sy ade tbaca y minyak beralkohol blh dipakai ketika solat tetapi biarlah kadar alkoholnye sedikit dan dlm keadaan y tdak memudaratkn..btul ke??xphm sy ustaz....tlg la jwb ustaz sy nk wangi sbb kadang2 bau badan sy dtg tengiknye masyallah tuhan sje yg tau...hahahaha....sy nk wangi sbb RASULULLAHsaw suke pda wangi2an kn??tlg jwb ustaz..ni email sy ancoy_3@yahoo.com

Ustaz Amin said...

Mengenai persoalan pinjaman rumah tersebut.

Jika tuan mampu, maka berusahalah untuk tukarkan pinjaman tersebut kepada jual beli Islam.

Jika tidak mampu maka minta ampunlah pada Allah dan niatlah nanti jika mampu tuan akan menukarkannya.

Ustaz Amin said...

Mengenai masalah minyak wangi. Penggunaan alkohol dibenarkan jika sumber pembuatannya dari barang yang dihalalkan.

Fatwa terdahulu yang mengharamkan alkohol ialah kerana sebahagian Tuan Guru kita yang menyangka bahawa alkohol adalah arak. Kita boleh lihat persoalan ini pada fatwa-fatwa terkini ulama-ulama.

ancoy said...

askum,terima kasih ustaz jwb soalan sy -mcm mne kite nk tau yg minyak wangi 2 alkoholnye dr bahan y halal ke x?mcm minyak wangi mawi 2 bleh x??
-soalan lain plak btul x niat pose sy'sahaja aku puase 6 dibln syawal dan qada' puase krn ALLAH TA'ALA'

Ustaz Amin said...

1. Untuk mengetahui asal kandungan itu kena tanya yang pakar. Tapi kebanyakkannya sebenar dari bahan yang halal

2. Menurut Fatwa Ibnu Hajjar jika seorang berniat puasa ganti dan sunat maka dia akan dapat kedua-dua pahala tersebut.

Niatnya dahulukan niat untuk puasa qadha'

Sekian

dukun said...

Asslamualaikum.

Saya ada soalan nak tanya dan minta pendapat dari ustaz.

Saya berusia 28thn dan masih bujang.
Seorang kawan saya baru meninggal dunia pada sebulan yg lalu meninggalkan seorang balu dan 5 org anak perempuan.
Anak perempuan yang sulung baru berusia 16thn dan yang bongsu dalam lingkungan 8thn.
Sehari sebelum meninggal arwah ada berpesan kepada anak perempuan sulungnya selepas habis belajar supaya bernikah dgn saya.
Itu yg di beritahu kepada saya oleh isteri arwah sehari selepas arwah meniggal.
Disini saya ada keraguan samada info yg diberikan benar ataupun tidak. Apa yg pasti hati saya berkata ianya tidak benar.
Setiap hari persoalan ini bermain di fikiran saya sampai dah buntu.
Secara jujurnya saya kurang percaya dgn keluarga arwah.

Soalanya :

Adakah wajib bagi saya menunaikannya walaupun dalam keraguan dan tanpa kerelaan hati?
Berdosakan saya kalau tidak menunaikannya?
Apakah hukumnya kalau info yang di sampaikan kepada saya adalah tidak benar?


Harap ustaz dpt memberi penjelasan,pendapat dan nasihat.

Sekian,
Wassalam.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...