hari ini 5 hb September bersamaan dengan 5 Ramadhan. Sedari pagi hari ini sibuk dengan menguruskan Pajero yang dihadiahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kepada Rumah Anak Yatim al-Ijabah di bawah kelolaan penulis. Walaupun penuh dengan cabaran membangunkan Rumah Anak Yatim ini, penulis merasa bersyukur pada Allah yang sentiasa mendatangkan bantuan yang tidak disangka kepada penulis.
Tengahari penulis membaca khutbah di Masjid Madaniah Subang Jaya. Tajuk khutbah pada hari ini ialah mengenai puasa. Maklumlah, inilah mimbar pertama di bulan Ramadhan ini.
Petang ini, penulis bersama anak-anak jagaan ke Sheraton hotel untuk majlis berbuka puasa anjuran F&N. Mereka mendermakan baju dan hamper kepada anak-anak ini.
Oktober 2005, ketika terlibat dengan operasi gempa bumi di Pakistan, penulis melihat anak-anak yatim yang menangis minta makanan. Melihat anak-anak jagaan di Malaysia ini, penulis bersyukur kerana mereka tidaklah dibiarkan berlapar.
Tapi apa yang lebih penting di dalam menjaga anak-anak yatim ini bukan sahaja kekosongan perut mereka yang perlu diisi, tetapi keperluan rohani mereka juga tidak kalah pentingnya. Mereka perlukan orang yang boleh mendidik akhlak dan peribadi. Semoga kehebatan anak yatim bernama Muhamad Rasullullah dapat dilahirkan kembali dan semoga penjaga anak yatim di mana sahaja mereka berada mendapat janji Nabi iaitu akan bersama baginda di akhirat nanti. amin...
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment