Saturday, September 27, 2008

Tabiah Dan Dakwah 2 - Iktibar sebuah kehidupan




Ketika saya pulang dari Masjid Madaniah, saya melalui bukit di Putra Heights. Di sini terdapat banyak monyet yang menunggu orang ramai memberi makan kepada mereka. Ada yang bersendirian, ada yang berkumpulan dan ada yang menggendong anak.

Sekali sekala mereka berebut makan semalam. Kenapa dia berebut. Kerana inign memenuhi keperluan perut mereka.

Apa untungnya mereka. Untungnya mereka ialah mereka berebut tetapi tidak akan dipersoalkan di hadapan Allah.

Di dalam kehidupan seharian kita, kita sering menyaksikan perebutan. Ada yang berebut kerja, ada yang berebut harta, ada yang berebut pangkat dan sebagainya.

Kesamaan kita dengan makhluk lain ialah kita juga berebut. Perbezaan kita dengan makhluk lain ialah mereka tidak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Allah menyuruh kita selalu berfikir, mengambil iktibar dan memuhasabahkan diri kita. Kita perlu berfikir sejenak setiap kali kita berbuat, adakah ia mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya.

Semoga terus kita dirahmiati Allah.

2 comments:

mom in net said...

Assalamualaikum wrh,

Syukur kepada Allah yang telah melimpahkan segala nikmat buat kita. Saya terpanggil untuk memberi komen buat Ustaz Amin. Bukanlah komen sebenarnya..tetapi satu ucapan tahniah. Syabas! Ustaz kerana dapat menyempurnakan website ini.

Dua, tiga kali saya mengikuti program ustaz di TV, dan saya tertarik pada cara penyampaian ustaz. Ustaz banyak memberi nasihat yang insyaAllah sampai ke hati. Banyak benih tauhid yang disemaikan ustaz.Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan kelebihan buat ustaz.

Saya doakan Allah memberikan pertolongan dan jalan buat ustaz dalam menempuhi cabaran berdakwah. Sesungguhnya masyarakat kita kini amat memerlukan lebih ramai orang2 seperti ustaz.

Semoga ustaz akan terus berjuang di jalan Allah dalam menyampaikan hak Allah dan Rasul.

Ustaz Amin said...

Terima kasih di atas doa Puan, semoga Allah mengembalikan doa yang baik itu juga pada Puan, amin..