Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Sunday, September 28, 2008
Diari 4 - Jom dalam rancangan "Tanyalah Ustaz" tv 9
Insyaallah, dengan izin Allah, saya akan bersama di dalam rancangan "tanyalah Ustaz" tv 9 esok 29 September 2008 bersamaan 29 Ramadhan 1429 bermula jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi. Semua penonton bolehlah menghubungi melalui telifon dan e-mail. Tajuk perbincangan esok adalah "muhasabah Ramadhan dan Persiapan hari raya". Semoga ia memberi kebaikan pada saya dan pada semua yang menonton. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
36 comments:
InsyaAllah, I hope that I'm able to watch this programme.
Assalamualaikum ustaz..td sy ade mengikuti rncangan tanyalah Ustaz di tv9, tp sy tak sempat nk brtanye, jd sy ingin bertanye satu soalan kpd ustaz, semasa solat tarawih, di msjid kampung sy ade menyebut alkhalifatu ba'darasulillah SAW..alamirulmu'minin saidina ............ Lafaz itu satu bida'ah atau sunnah, ustaz? shukran jaziilan ustaz..
Assalamualaikum ustaz..td sy ade mengikuti rncangan tanyalah Ustaz di tv9, tp sy tak sempat nk brtanye, jd sy ingin bertanye satu soalan kpd ustaz,pada tahun lepas,sy telah melahirkan anak tetapi saya xsempat menghabiskan ganti puasa saya yang lepas.saya nak tye, adakah apabila kita menggantikannya nanti kite perlu mengandakannya?contohnya,saya tertinggal 1 hari,jadi saya perlu menggantikannya pada tahun ini sebanyak 2 hari.bagaimana pula dengan fidyah.jika saya telah menghabiskan kesemua puasa saya yang tertinggal itu,tp saya tidak membayar fidyahnya lagi,adakah fidyah itu berganda untuk tahun depan?
terima kasih
Asslamualaikum..
Saya telah menonton Rancangan tanyalah Ustaz tv9,dan tertarik dengan bacaan doa penutup yang ustaz baca.Bolehkah saya dapat skrip doa tersebut melalui email address ini.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Asslamualaikum..
Saya telah menonton Rancangan tanyalah Ustaz tv9,dan tertarik dengan bacaan doa penutup yang ustaz baca.Bolehkah saya dapat skrip doa tersebut melalui email address ini.
terima kasih
selamat hari raya
penangguk@gmail.com
Assalamualaikum ustaz....
Saya puan seri dari selayang berumur 34 tahun ingin bertanya ustaz.Tahun 2007 saya telah menunaikan Haji. selepas selama 8 hari di madinah kami menuju ke mekkah,dan pada malam pertama saya menjejakan kaki dimekkah saya telah bermimpi telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dan memberi tahu bahawa saya bukanlah anak sebenar kepada arwah bapa saya dan lelaki itulah bapa sebenar saya dan mangatakan dia telah lama menunggu untuk saya menjejakan kaki ke mekkah untuk menyampaikan berita itu.Apakah maksudnya itu Uztaz?..adakah mimpi saya itu mainan tidur.Apa yang saya alami itu tidak saya ceritakan pada sesiapa.Hingga sekarang persoalan itu masih bermain-main di fikiran saya.Hendak saya bertanya pada ibu tetapi saya takut.
Uztaz boleh menhantarkan jawapan kepada saya di serianti@uemland.uemnet.com
Insyallah saya akan jawab sebaik mungkin samaada di dalam email atau di dalam blog ini juga.
Salam Ustaz,
Selamat Hari Raya.
Saya merancang untuk berkahwin dgn seorg lelaki islam berasal dari Singapura. Masalahnya ialah bekenaan wali sbb satu2 nya adik lelaki saya amat membenci saya atas sbb yg begitu panjang untuk saya uraikan disini (bapa saya telah lama meninggal dunia). Sikap panas baran dan suka memukul menyebabkan saya tidak bertegur sapa dgnnya bukan memutuskan silaturahim tapi tidak mahu mengeruhkan keadaan. Soalannya, boleh kah saya berwalikan hakim atau bapa saudara untuk berkahwin? Harap ustaz dapat beri penjelasan.
Zaza
Zaza boleh memohon daripada Mahkamah untuk berwalikan hakim jika wali enggan mewalikan tanpa alasan yang munasabah.
Untuk makluman lanjut bolehlah berhubung dengan jabatan agama negeri
Assalamualaikum ustaz,
Memandangkan kakak pada hamba A berada di tanah suci pada ketika ini, boleh atau tidak kakak A membuat UMRAH untuk hamba A sedangkan hamba A tidak berpeluang untuk membuat haji pada masa hidup nya.Ini adalah kerana hamba A telah pun meninggal dunia baru-baru ini.Uztaz boleh menhantarkan jawapan kepada saya di serianti@uemland.uemnet.com
assalmualaikum, ustaz..sy ingin bertanyakan tentang 1 soalan..adik bongsu sy telah di bela oleh makcik sy yg merupakan kakak kpd mk sy..dia kini berumur 10 tahun..oleh kerana dia merupakan anak istimewa, suami makcik sy telah mengambil keputusan dengan menukarkan binti nama adik sy supaya berbinti kan namanya..dgn tujuan supaya adik saya akan mendapat duit pencen nya sbg seorang guru apabila dia telah meninggl dunia 1 ari nanti..apakah hukum bg perbuatan pakcik sy itu, apakah hukum sekira nya adik sy menggunakan duit itu dan apakah cara penyelesaian terbaik utk perkara ini?
Assalamualaikum ustaz..
Dalam zaman ini,banyak risalah2 palsu yang diedarkan di pasaran..
Sebagai langkah berjaga-jaga,
adakah karya Mohd Yaakub Mohd Yunus bertajuk " 25 Persoalan semasa " terbitan karya bestari boleh dipercayai 100%?
harap ustaz dapat membantu..
assalamualaikum
boleh tak ustaz bg saya email tanyalah ustaz...
jazakallahukhair kathira
Assalamualaikum Ustaz, saya ingin tanya pendapat ustaz. Tapi mungkin soalan saya ini agak panjang. Saya sudah berkahwin dan punya 4 org anak yg masih kecil. Saya bekerja tetap di syarikat swasta. Suami baru 3 thn membuka perniagaan sendiri dan pendapatan tidak menentu. Namun perniagaannya selalu ada banyak masalah, jadi sayalah yg membantu menyara keluarga. Jadi pendapatan kami sekeluarga selalu tidak mencukupi utk menampung perbelanjaan anak2 yg masih kecil, persekolahan, sewa rumah, kereta dsb. Hutang juga keliling pinggang. Saya juga mempunyai ibu dan ayah yang tinggal di kampung bersama seorang adik angkat lelaki berusia 20 an (telah bekerja swasta) dan seorang adik lelaki yg masih bersekolah di tingkatan 3. Ibu tidak bekerja dan ayah telah pencen. Ayah saya sakit depression yg teruk dan bergantung kepada ubat. Pendek kata ibu yang mengambil alih tugas ayah. Dan pendapatan mereka hanya bergantung kepada pencen ayah dan simpanan yg semakin kurang. Ibu juga pernah mengalami sakit yg sama beberapa tahun yang lepas tetapi telah sembuh, tetapi tidak sepenuhnya. Adakala emosi ibu juga tidak stabil. Ibu saya berusia 57 tahun dan selalu mengadu sakit2 seperti sakit lutut, pinggang dsb.
Oleh sebab itu, ibu mengharapkan saya dan suami balik tinggal di kg bersamanya dan menjaga beliau, kerana beliau ingin menumpukan perhatian dalam beribadah dan bercampur dengan aktiviti kemasyarakatan & kelas-kelas agama. Ibu saya tidak boleh duduk di rumah sahaja, kerana beliau akan rasa tidak tenteram jika tidak keluar rumah. Saya mengajak ibu utk tinggal bersama-sama saya, tetapi beliau menolak. Tolonglah saya ustaz, berdosakah saya kerana tidak dapat memenuhi harapan ibu, kerana saya juga punya tanggungjawab utk mencari rezeki utk anak-anak. Jika saya berhenti kerja, bagaimana nasib anak-anak saya. Sedangkan di waktu kini ramai org tidak ada kerja tetap. Saya selalu rasa bersalah dan tertekan kerana ibu selalu merintih nasibnya malang kerana tidak ada anak perempuan yang menjaganya, kerana katanya saya tidak memperdulikannya. Disebabkan masalah kewangan yg kritikal juga, saya tidak dapat mengirim wang utk beliau di kg, dan tidak dapat kerap pulang ke kampung. Tolonglah ustaz, saya rasa amat tertekan dengan masalah kewangan keluarga, tidak dapat pula menjadi anak yg baik kepada ibu bapa saya. Dan saya juga jenis yg banyak berfikir dan kerapkali saya rasa murung. Namun pada ibu saya, itu masalah saya. Mungkinkah satu hari nanti, saya juga akan menghidap penyakit seperti ayah saya ini. Tolong saya ustaz. Apakah jalan terbaik yang perlu saya lakukan. Saya sayangkan ibu saya, ibu saya dunia dan akhirat, namun kemampuan saya terbatas, tidak seperti anak-anak orang lain. Apa yg patut saya lakukan.
asalamualaikum ustaz
saya mempunyai seorang anak angkat lelaki...saya tidak dapat menyusukan dia semasa bayi. Sekarang anak saya ni dh beru,ur 5 tahun....
adakah batal wuduk saya sekiranya anak saya menyentuh saya tanpa berlapik?
assalamualaikum ustaz...
di sini sy ingin bertanyakan 1 soalan..sy bercadang untuk berkahwin dengan seorang lelaki..tapi saya yakin ibu dan ayah saya xkn benarkn memandangkn ibu dan ayah saya terlalu memilih..jadi saya bercadang untuk berkahwin senyap2x dengan pilihan hati saya..persoalannya,bolehkah saya berkahwin dengan lelaki tersebut dengan berwalikan hakim?
asalamualaikum ustaz, saya mariam ingin bertanya ustaz apakah hukum org yg ska mengata org di bulan ramadan ini?saya harap ustaz dapat menjawab soalan saya....
Salam ustaz. saya ingin bertanya macamana nak selesaikan masalah dengan jiran yang membela anjing (jiran saya semua bangsa cina kiri dan kanan). kebelakangan ini, bulu anjing banyak berterbangan di luar rumah saya. saya telah bercakap dengan jiran tetapi nampaknya tiada perubahan. adakah sy perlu samak rumah saya? atau mungkin saya perlu pindah dari rumah itu. mohon pandangan ustaz. Terima kasih.
sumy.
assalamualaikum...ustaz..ana nk tanya berkenaan dengan takrif iaitu:
Rawahu al-sittah:
Rawahu al-Syaikhan:
Muttafaqun 'alaih:
Hasan sahih:
Hasan gharib:
Tafarrada bihi:
Sahih 'ala shart al-Syaikhan:
as salam
1)ingin bertanya berkenaan saf seorang isteri d sebelah mana,kiri atau pun kanan,sekiranya salah kedudukan apa hukumnya
2)setahu saya mazhab shafie bersentuh suami dan isteri batal wuduk walaupun tiada rasa terangsang,baru2 ni kawan saya baru balik dari luar negara menyatakan sentuh suami.isteri tidak batal kiranya tiada rasa terangsang.apa pendapat ustaz?
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya mengenai simbol yang digunakan utk Islam keseluruhan. Islam menggunakan bulan sabit & bintang sbg simbol utk agama Islam. Apakah cerita disebalik penggunaan simbol tersebut?
Spt org kristian, mereka menggunakan salib sbg simbol ugama mereka. Simbol itu berdasarkan kepercayaan mereka tentang Nabi Isa yg disalib.
Boleh Ustaz tolong terangkan kerana saya ingin tahu dan sekurang2 nya kalau ada org bukan Islam menanya, saya boleh jawab persoalan mereka.
Terima kasih Ustaz.
mm
ustaz ape hukum belajar ilmu tasauf??...
ape pandangan uztaz terhadap orang tabligh??...satu lagi soalan kerja dakwah tu wajib keuntuk semua muslim???...
Salam,
Saya telah dengan tidak sengaja menghadiri suatu majlis yang dinamakan 'Prosperity Ceremony' yang pada mulanya dikatakan akan diadakan secara secara menyembah patung dan secara Islam bagi yang Muslim. Tujuan majlis tersebut adalah untuk mendapatkan kelancaran untuk membuka bangunan baru.
Tetapi setelah menghadirkan diri, saya mendapati ceremony tersebut hanya berkisar tentang menyembah 'penunggu' tempat tersebut dan tiada pula secara Islam yakni membaca doa, tahlil dan sebagainya.
Saya hanya melihat dan berbual-bual dengan kawan saya yang beragama Kristian yang juga ter-datang ke majlis tersebut. Saya tidak membuat semua perkara yang saya tahu ianya khurafat (seperti membakar kertas, membakar colok dan sebagainya) semasa majlis tersebut walaupun diajak untuk melakukan sedemikian.
Terlintas dihati saya untuk beredar tetapi saya rasakan seperti tidak beradap pula. Bahkan, majlis itu di ketuai oleh seorang yang berpengaruh di dalam syarikat saya. Namun begitu, saya telah berazam untuk tidak akan datang lagi ke majlis-majlis seperti ini lagi.
Apakah hukumnnya disisi agama? Adakah saya telah melakukan sesuatu yang berdosa besar? Saya berasa tidak sedap hati sepanjang majlis itu berlangsung sehingga persoalan ini ditanyakan. Apakah yang perlu saya lakukan?
Wassalam.
assalamualaikum... ana Ahmad ingin bertanya... adakah wajar seorang isteri yg meminta cerai diatas kesalahan ana iaitu curang dgn beliau sedangkan ana sudah mmohon keampunan dgan Isteri ana, kedua Ibu Bapa ana, dan bertaubat dgan Allah SWT dan ana mgaku kesilapan dosa ana kesalahan dan berjanji tidak akan mngulanginya dan akan menjadi suami yg mithali... jika ada kisah tentang ini atau AlQuran atau Hadis ana ingin buat rujukan untuk tidak bercerai dgan isteri ana..
asalamualaikum ustas...
satu persolan yang ramai ingin tahu..
dalam al quran ada menulis, di dalam bulan ramadhan,syaitan dengan iblis kena ikat dan dibelenggu...
persoalan nya sekarang, masalah hantu hantu masih ada...
macam kena rasuk....
saya sendiri lihat orang yang dirasuk makluk halus itu, dan bukan seorang tp bilangan yang ramai jugak...
persoalan nya, siapakah maklus halus yang masih bebas di bulan puasa.???
dan siapa di kalangan makluk halus yang di belenggu(kena ikat)..???
siapakah bunian, jin, iblis, mambang,syaitan...??? plzzz....
smiley5ke1@y.c.
assalamualaikum ustaz , saya ingin tanya sesuatu kpd ustaz . macam mana kah jika ketika kita terbatal wuduk semasa sembahyang berjemaah di masjid ? adakah kita perlu berwuduk semula ?
assalamualaikum ustaz , saya ingin tanya sesuatu kpd ustaz . macam mana kah jika ketika kita terbatal wuduk semasa sembahyang berjemaah di masjid ? adakah kita perlu berwuduk semula ?
asslamualaikum ustaz, saya ingin bertanya mimpi. pada minggu lepas ayah saya telah kembali kepada rahmatullah. selepas beliau meninggal, ibu saya bermimpi ayah saya keluar daripada perkuburannya, dalam mimpi itu dia berkata susah payah dia keluar dari kuburnya kenapa dia dikebumikan sedangkan dia belum meninggal. dalam mimpi itu juga ibu saya cuba memohon ampun darinya tapi sepertinya arwah tidak dapat memaafkan dia. malam esoknya ibu saya bermimpi lagi arwah ayah saya datang ke rumah kami seolah-olah dia belum meninggal. keadaannya ceria dan sihat. sepertinya juga dalam mimpi itu dia ingin bermanja-manja dengan ibu saya. kalau malam ibu saya berasa takut dengan arwah ayah saya kerana masa hidup arwah ayah,, ibu tidak melayannya dengan baik. apakah maksud mimpi itu ustaz? saya harap ustaz boleh menjawab pertanyaan ini, kerana ibu saya berasa tertanya-tanya. terima kasih ya ustaz.
assalamualaikum ustaz..sy ingin brtanya tntg ketidakpastian sy trhdap pewarna rambut keluaran syurah.Dlm produk ini mmg terdapat tanda halal,tp tanda halal itu bkn di keluarkan oleh JAKIM tp oleh HFC-SEA INTERNATIONAL. adakah produk ini betul2 halal dan sah dibawa sembahyang?
terima kasih.
saya baru berumur 17 tahun. saya menpunyai seorang teman lelaki. disebabkan nafsu berahi, kami telah berdua-duaan dan mendekati zina. dia hanya meletakkan kemaluannya d bukaan faraj saya, atau mungkin ke dalam sedikit. tetapi saya masih dara. dia pula berhenti setakat itu. adakah itu zina? saya betul2 buntu dan ingin bertaubat. adakah itu zina?
assalamualaikum,ustaz,jika seseorang perempuan ada misai adakah dosa untuk dia mencukurnya?saya tertanya2 kalau perbuatan tersebut mengubah ciptaan ALLAH atau tidak...thanks
ustaz boleh tak jawab dalam blog ini
salam Ustaz,
saya telah 3 minggu berkahwin dengan suami.sepanjang dua tahun kami berkawan sebelum berkahwin, saya menjaga kehormatan saya sebagai seorang wanita untuk dihadiahkan kepada bakal suami bila sudah sah. Dia pun tak pernah melakukan perkara yang tak elok pd saya.
Dua hari yang lepas, saya telah mengkantoikan suami pernah menjalin hubungan sulit dengan beberapa perempuan yang saya tak pernah perasan pun selama kami berkawan.saya terjumpa message2 yang berbaur lucah seperti mereka pernah berzina.Pada mulanya suami berdalih dan memberi alasan yang tak masuk akal. Tapi akhirnya suami mengaku dan berjanji/bersumpah atas nama Allah tidak akan mengulanginya lagi.Suami kata, berkahwin dengan saya adalah untuk berubah.Yang menghairankan saya, walaupun sebulan sebelum kami berkahwin, mereka masih berhubungan..sedangkan ketika itu kami sedang dalam perancangan untuk menguruskan perkahwinan..kenapa tak berubah saja ketika pasang niat untuk mengahwini saya setahun yang lepas.Saya tak Faham hati lelaki ni ustaz.
Dalam Surah annur ada menyatakan lelaki penzina hendaklah berkahwin dengan perempuan penzina atau musyrik.Orang yang keji juga adalah untuk orang yang keji.bagaimana dengan saya, saya tak pernah berzina mahupun menyekutukan Allah.
Demi Allah,hampir setiap hari selepas saya dapat tahu hal ini saya mencari info apa yang perlu saya buat dsb.Kami sudah pun pergi kaunseling di jabatan agama, tapi hati saya masih tak terubat walaupun saya masih dengar suami cakap dia nak berubah.
kami memang solat berjemaah bila ada masa bersama2..tp bila masa tiada saya, saya tak tahu pula bagaimana solatnya. Dia seorang suami yang baik pada dasarnya, bertimbang rasa dan saya bahagia sangat sebelum semua ini diketahui.
walaupun hati saya sedang larut dalam kesedihan, saya masih mentaati dan menghormati suami sebab itu adalah kewajipan saya.Percayalah, tidak ada rasa marah pun pada suami , melainkan rasa kasihan kerana suami terlalai dan kalah dengan godaan tanpa ada bimbingan.
Persoalannya, apa yang perlu saya buat? perlukah kami berpisah kerana dikhuatiri perangai lama suami kembali & ketidak jujurannya yang akan menghancurkan hati saya kelak.Kerana bagi saya, jika ingin berpisah adalah lebih baik sebelum kehadiran anak.
Atau perlukah saya meneruskannya?, ustaz pernah ada pengalaman tak orang seperti ini tak akan kembali melakukan perkara tersebut?
apa yang perlu saya lakukan sebagai dorongan untuk suami bertaubat dengan sesungguhnya..apakah doa yang terbaik dan zikir yang perlu saya ungkapkan?
bantu saya ustaz sebab saya sangat-sangat perlukan bimbingan.banyak pusat kaunseling yang saya explore tak tekankan aspek keislaman.
Isteri, Damansara
Post a Comment