Pagi ini, dengan izin Allah, saya dapat menyempurnakan Qiam dan Kuliah Subuh di Masjid Madaniah Subang Jaya. Saya ingin berkongsi kuliah kita pagi ini.
Kuliah pada pagi ini berkisar mengenai muhasabah Ramadhan. Oleh kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, ada empat perkara yang perlu kita perhatikan.
1. Masa
Masa merupakan umur kita. Kita lihat betapa cepatnya masa berlalu. Ada dua perkara yang penting di dalam membicarakan mengenai masa.
i. jangan masa berlalu dengan sia-sia
ii. jangan masa berlalu dengan dosa
2. Amal
Kita juga perlu melihat dan mengkoreksi amalan kita. Amalan ada lima peringkatnya
i. amalan bentuk diri seperti sembahyang, puasa zakat dan sebagainya
ii. amalan bentuk keluarga seperti nafkah, menjadi isteri yang taat, menjadi anak yang taat dan sebagainya
iii. amalan bentuk masyarakat seperti menjaga keamanan masyarakat, amar makruf nahi mungkar
iv. amalan bentuk negara seperti mempertahankan negara, membangunkan negara selaras dengan agama dan sebagainya
v. amalan bentuk ummah Islamiyyah sekeliannya. Seperti membantu atau mendoakan saudara seIslam walau di mana mereka berada.
Ramai orang yang menjalani kehidupan tanpa amalan. Ada juga orang yang menjalani kehidupan dengan amalan yang dibuat dengan sambil lewa.
3. Hubungan dengan Allah
Di antara tujuan Ramadhan ialah untuk ketaqwaan. Kemuncak sifat taqwa ialah pergantungan kita kepada Allah.
Ramai orang yang bergantung dengan harta mereka, sebab itulah jika harta habis mereka akan rungsing. Ramai orang yang bergantung dengan projek, sebab itu apabila tidak ada projek maka mereka akan rungsing.
Oleh itu, kita perlulah menggantungkan hidup kita pada Allah. Orang yang mengantungkan hidup pada Allah tidak akan rungsing dan menderita jiwanya. Ini kerana Allah akan memberikannya jalan keluar bagi segala permasalahan dan memberinya rezki dari sumber yang tidak di sangka.
4. Rasa kehambaan
Rasa hamba adalah rasa tunduk di hadapan Allah. Orang tunduk di hadapan Allah, akan diangkat di hadapan manusia.
Ramai orang yang merasa rendah diri terhadap keduniaan. Hasilnya dia akan menderita jika miskin, menderita jika pakai kereta buruk, menderita jika tak cantik. Ini kerana dia rasa rendah diri terhadap unsur keduniaan di hadapan manusia. Hasilnya hidupnya terhamba di dalam kemerdekaan. Hilang ketenangan dan lenyapkah kebahagiaan.
Sebagai penutup, segala apa yang dilalui, perlu selalu bermuhasabah. Saidina Umar mengatakan “hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab”. Semoga Allah akan terus menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
2 comments:
Assalamualaikum ustaz....
sy lokman dr kelantan, sebenarnya sy salah seorg srp warga oku.fikiran sy sering t'ganggu apabila memikirkan prihal diri sy, sy harap ustaz dpt m'beri kata2 semangat kpd sy dan m'jawab beberapa soalan ini :
seorg ustaz pernah memberitahu saya bahawa kelahirn zuriat yg oku merupaka kifarah drp ALLAH kpd keluarga t'sebut. betul k???
ada x mana2 nas yg makbl yg menceritakan prihal golongan oku???????
adakah islam m'berikan rukhsoh tertentu kpd oku dlm ibadat
ustaz blh hantar jawapan ustaz ke cycberkid_315@yahoo.com.my
1. Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa OKU adalah kafarah pada keluarga. Kafarah adalah satu balasan pada orang yang melakukan dosa. Dia kena pada orang itu dan tidak ada kena mengena pada orang lain.
2. Ramai juga para sahabat yang OKU. Antaranya Abdullah bin Ummi Maktum. Rasullullah tidak pernah membezakan mereka malahan yang terbaik adalah yang paling bertaqwa di antara mereka. Oleh itu, janganlah rasa rendah hati pada kekurangan. Orang lain walaupun cukup zat tubuh badannya, juga terdapat kekurangan di sana dan sini.
3. Rukhsah tertentu ada jika di tahap tidak mampu menyempurnakan sesuatu dengan baik. Contohnya, sembahyang boleh duduk jika seorang OKU tidak mampu untuk berdiri.
Semoga jawapan memenuhi kehendak yang bertanya.
Post a Comment