Friday, September 26, 2008

Bicara Hukum 3 - Bolehkah zakat diberikan kepada adik beradik?

Pada kesempatan kali ini, kita akan mengupas, bolehkah zakat diberikan kepada adik beradik? Kita akan memulakan perbincangan kita dengan membahas mengenai 5 golongan yang tidak boleh menerima zakat.

1. Orang kaya di atas asnaf fakir miskin.
Orang kaya tidak boleh menerima zakat di atas asnaf fakir dan miskin. Walaubagaimanapun mereka boleh menerima zakat di atas asnaf lain seperti amil, fi sabilillah atau ibnu sabil (orang yang terputus bekalan di dalam perjalanan) (Mustafa Khan, et.al, al-Fiqh al-Manhaji 'ala mazhab al-Imam as-Syafie, Damsyik, Dar al-Kalam, hal 324)

2. Golongan yang masih kuat berusaha tetapi malas
Zakat tidak boleh diberi kepada orang yang malas berusaha. Ini kerana, ia akan membuatkan seorang yang malas berusaha itu terus menjadi malas. Malas adalah sikap yang terkeji di dalam Islam. Oleh itu, jika seorang miskin itu mampu berusaha tetapi ia malas, dia tidak layak menerima zakat. (Mustafa Khan, et.al, al-Fiqh al-Manhaji 'ala mazhab al-Imam as-Syafie, Damsyik, Dar al-Kalam, hal 324)

3. Orang kafir muharab (yang diperangi)
Ulama bersepakat, orang kafir yang diperangi tidak layak menerima zakat pada setiap masa dan tempat. Walaubagaimanapun, mereka boleh menerima zakat jika tergolong di dalam asnaf Muallaf iaitu hatinya semakin jinak dengan Islam. Jika dengan pemberian tersebut semakin menghampirkannya pada Islam, maka dia boleh menerimanya (as-Syeikh Muhamad Mutawalli as-Sya'rawi, al-Fatawa, Kaherah, dar al-fath li Imam al-'Arabi, hal 642)

4. Golongan yang berada di bawah tanggungan nafkah seseorang.
Tidak boleh memberi zakat kepada orang yang di bawah tanggungan nafkah kita. Seperti anak ke bawah iaitu cucu, ayah ke atas iaitu datuk dan juga kepada isteri. Ini kerana, jika mereka susah mereka sepatutnya menerima nafkah bukannya zakat(Mustafa Khan, et.al, al-Fiqh al-Manhaji 'ala mazhab al-Imam as-Syafie, Damsyik, Dar al-Kalam, hal 325).

Oleh yang demikian, zakat boleh diagihkan kepada saudara mara yang tidak bersabit hak nafkah seperti abang, adik , bapa saudara dan emak saudara. Pemberian kepada saudara mara lebih utama kerana ia mendapat pahala sedekah dan menghubung silaturrahim (Abdullah nasikh 'Alwan, al-Ahkah az-Zakah 'ala Dhau'i al-Mazahib al-'Arba'ah, Kaherah, Dar as-Salam, hal. 77)

5. Keturunan keluarga baginda Nabi saw.
Keturunan Rasullullah saw tidak layak menerima zakat kerana mereka mempunyai bahagian di dalam harta rampasan perang (ghanimah) dan juga harta yang diperolehi daripada perdamaian dengan orang kafir (fay). Ia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, "sesungguhnya zakat tidak boleh diberi kepada ahli keluarga Muhamad"

Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka sekarang tidak mendapat bahagian "fay" dan "ghanimah" maka para ulama mengharuskan mereka untuk menerima zakat.

-kesimpulan-
Daripada perbahasan ini, jelaslah bahawa zakat boleh diberikan kepada adik beradik yang susah kerana mereka bukan dibawah tanggungan nafkah kita

25 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz..
camana pula kalau pembantu rumah yang duduk sekali ngan kita balik sekali-sekala hujung minggu @ sekali sebulan, keluarga dia miskin. adakah dia termasuk dlm tanggungan pasal duk sekali ngan kita dan boleh tak bg zakat kpd dia?

::nasirhamidon:: said...

as-salam ustaz..
saya ada beberapa soalan minta ustaz penjelasan dan apakah hukumnya..
1.apakah hukum wanita menziarahi kubur..
krn ada sesetengah pendapat menyatakan hukumnya haram kerana dikatakan si mati melihat wanita itu tnpa berpakaian..
2.bolehkah kita melakukan solat sunat sebelum dan selepas sedangkan kita melakukan solat wajib secara jama' qasar..

::nasirhamidon:: said...

as-salam ustaz..
here I got some more questions to ask you..
apakah hukum apabila seorang ank menyediakan perbelanjaan haji menunaikan haji bg ibu bapa mrk sedangkan mrk masih belum menunaikan haji..
adakah sah haji tersebut??
krn kita beranggapan ingin membalas jasa dan berpegang pada konsep yg tua pasti akn meninggalkan dunia dahulu berbanding anak-anak mrk..

Anonymous said...

Salam ustaz, boleh kah saya memberi zakat kepada imam muda yang mengimamkan solat terawikh disurau saya?
Saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz.sekian terima kasih.wasallam.

khadijah,aisyah,aliffdanial said...

Assalamualaikum ustaz,bolehkah kita memberi zakat pada anak perempuan kita yg dlm kesusahan kerana suaminya telah meninggalkannya ataupun berada dlm penjara

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,
sy ingin mdptkn penjelasan apakah hukumnya jika suami sy mmbyr kereta yg digunakn oleh adiknya dan die niat bersedekah pd adiknya sdgkn adiknya mampu.

Shahcomot said...

Tidak termasok tanggungan kita ..

Shahcomot said...

Boleh .. Yang dilarang cuma upah haji yang dibuat oleh orang yang belum haji

Shahcomot said...

Boleh jika ia memenuhi syarat fakir miskin dan bukan dibawah tanggungan kita @ bukan kafir muharab

Shahcomot said...

Tidak boleh sebab bawah tanggungan kita @ keturunan kita .. Dibolehkan bagi dengan niat memberi nafkah

Shahcomot said...

Sedekah dibolehkan

Mencari Redha Allah said...

Assalamualaikum
Bolehah zakat diberikan kepada ibu bapa mertua.

Mencari Redha Allah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya ada seorang kakak dan adik lelaki yang tidak bekerja, mak yang uzur. Boelhkah saya membayar zakat untuk mereka?

Michai said...

Assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya mana yg lebih layak terima wang zakat iaitu diantara bapa mertua yg berkemampuan dengan kakak kandung yang mempunyai suami tetapi hidup dalam kesusahan(tidak bekerja,suami gaji kecil)..adakah diberi keutamaan kepada bapa mertua atau kakak kandung..

Unknown said...

Ustaz blhkah zakat diberi oleh abg ipar kepada adik ipar yg kematian suami.yg masih menanggung anak yatim.juga anak yatum itu juga blhkah kita memberi zakat.

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu...

Anonymous said...

Salam ustaz..bolehkan zakat kwsp diberikan kepada adik beradik yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap? Atau kepada adik beradik yang mempunyai pekerjaan tetapi dengan jumlah gaji yang sedikit?mohon pencerahan ustaz..terima kasih

Che Kamil said...

Salam Utz..
Saya ada adik perempuan umur 30thn, berkerja dan belum berkahwin, soalan saya Adakah beliau masih dibawah tanggungan saya?
Layakah beliau menerima zakat daripada saya?

Nazri nazateth said...

Anak saya yg sulung sudah bekerja dan telah membayarkan zakat fitrah utk adik2nya...sedangkan saya sebagai ayah masih berkemampuan utk membayar zakat fitrah tersebut apakah hukumnya...terima kasih

Armada Qaseh said...

Tu tanggungjawab kan utz

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz boleh tak saya bagi zakat harta kepada adik ipar saya yang susah.

hamba Allah said...
This comment has been removed by the author.
hamba Allah said...

Assalamualaikum ustaz, Wang KWSP -100K simpanan dikenakan zakat RM2500,
bolih ka RM2500 itu saya bagi kepada orang2 yg susah yh hilang mata
pencarian contoh hilang pekerjaan kerana penyakit strock, ibu tunggal
ramai tanggungan pemberian untuk pembelian Kelengakapan persekolahan
seperti tab untuk anak belajar kelas online masa kini atau pemberian untuk
keperluan harian dengan niat dalam hati BERI KERANA KELUARKAN ZAKAT KERANA ALLAH

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz.
Memberi zakat pada adik sendiri yg miskin mmg dibenarkan.
Soalan saya jika jumlah zakat yg wajib dikeluarkan itu besar jumlahnya bolehkah kesemua jumlah itu diberi padanya sahaja.?
Apa hukumnya?.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...