Wednesday, October 20, 2010

Universiti Kehidupan 169 – “Local Genius"…

Ketika saya belajar di UM dahulu, saya ada mengambil satu subjek, “Manusia dan Budaya”. Salah satu perbahasan mengenai manusia dan budaya ialah “Local Genius” (Kecerdikan Setempat).

Kita disuruh melihat dan memerhatikan “Local Genius” di setiap tempat yang kita pergi. Ia akan menjadikan kita banyak belajar sesuatu.

Di Cambodia ini, salah satu kenderaan yang terkenal ialah Tuk-Tuk. Ia adalah motosikal yang di pasang gerabak di belakangnya untuk dijadikan kenderaan awam.

Jika kita menaiki teksi dari lapangan terbang Pnom Penh ke masjid Bengkok ini, tambangnya ialah USD 10 tetapi jika kita menaiki Tuk Tuk, tambangnya ialah USD 5. Ia lebih murah dan kadang kala lebih cepat kerana dapat mencelah ketika lalu lintas jalan raya tersekat.

Di masjid Bengkok, saya berkenalan dengan seorang pemandu Tuk-Tuk. Namanya Mustafa. Menurut Mustafa, gerabak di belakang motornya ini berharga USD 1500.

Jika kita menggunakan perkhidmatan Tuk-Tuk dari pagi hingga petang untuk melihat Pnom Penh, maka sewanya adalah USD 20.

Saya memerhatikan Tuk-Tuk ini, memang unik. Tidak ada di Malaysia.

Jika di Thialand, ia adalah motor vespa, begitu juga di Pakistan. Tapi di sini motor biasa cuma di pasang gerabak di belakangnya.

Bak kata orang Melayu:-

“lain padang lain, belalang, lain orang, lain pula keadaannya”

Apa yang penting, ialah jika kita peka melihat di sekeliling kita, maka kita akan lebih menghormati diri kita dan menghormati orang lain.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Anisa Guest House Pnom Penh Cambodia

12 Zulkaedah 1431/ 20 Oktober 2010 jam 6.30 pagi

IMG_6453

Masjid Bengkok

Tuk-Tuk, motosikal yang di pasang gerabak di belankangnya

Terdapat air untuk menyejukkan enjin

gerabak di mangga, takut di angkut pencuri

road tax di sini,

IMG_6491

dahulu di Cambodia ini pernah masuk motorsikal Modenas, tapi sekarang sudah tidak ada, macam di tempat lain, Honda menjadi motorsikal paling banyak digunakan

IMG_6497

air ke bahagian enjin terdapat alat untuk mengawalnya

IMG_6494

bukan senang nak bawa Tuk-Tuk, silap-silap, dengan motor, dengan gerabak semua terbalik

IMG_6505

Mustafa, seorang pengusaha Tuk-Tuk

1 comment:

meor said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya setuju dengan pendapat ustaz mengenai kreativiti dan kepandaian masyarakat Kemboja dlm kepayahan mereka mencari rezeki demi sesuap nasi. Ramai pengusaha tuk-tuk dan usahawan muslim Kemboja yang saya kenali ketika berada di sana. Saya juga pernah menginap di Anisa Guesthouse kerana lokasinya berdekatan dengan Masjid Boengkak. Pemiliknya adalah seorang bangsa Khmer yang telah memeluk agama Islam namun saya rasa masih banyak lagi dakwah Islam yang perlu kita lakukan di sana kerana mereka adalah kaum minoriti yang kurang mendapat perhatian. Ini hanya pendapat peribadi saya, sekian terima kasih.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...