Kami mulai masuk ke dalam bandar Pnom Penh pada 19 Oktober 2010 jam 12.00 tengah hari waktu tempatan.
“Ustaz, sini rasa macam panas sikit kan?” kata Fasil pada saya. Belum saya sempat mengulas apa-apa, terdapat papan suhu di tengah bandar ini. Kala ini, cuaca 32 darjah celcius. Tapi walaupun suhu tidak berapa tinggi, di bandar ini memang rasa berbahang. Udara tidak seperti tidak bergerak.
Kala ini, Kemboja sedang musim hujan, banyak kawasan yang tenggelam kerana air naik.
Kami singgah di tepi sungai Mekong. Saja berhenti dan ambil gambar. Kami terlihat seorang penjual makanan goreng. Kalau di hadapan Masjid Muhammmadi Kelantan seperti orang jual sotong bakar. Kami menghampirinya.
Rupanya, dia menjual beberapa serangga goreng seperti lipas goreng, katak goreng dan ulat goreng
Katak goreng, kalau perhatikan, saiz katak ini semuanya hampir sama, tidak ada yang terlebih besar ataupun terkecil. Barangkali, katak goreng ini dari jenis katak peliharaan.
Pembeli yang begitu selera memborong serangga goreng.
Ia ada bau, mmmm.. tak perlu tanya macam mana baunya :)
“Pengalaman Membentuk Kematangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Kampung Pas Negeri Kampung Cham, Cambodia.
12 Zulkaedah 1431/20 Oktober 2010 jam 8.00 malam
2 comments:
selera orang sana...
Saya senyum sendirian sebab jelas kelihatan, Ustaz bergambar di hadapan serangga goreng dengan menahan nafas. Tak pe ustaz, mungkin pengalaman yg sukar dilupakan.
Post a Comment