Kali terakhir saya ke Cambodia ini ialah 2 tahun lepas, banyak yang telah berubah. Bolehlah dikatakan kerajaan Cambodia berusaha membangunkan negara mereka. Saya nak kongsi gambar-gambar sekitar Phnom Penh
Jalan kereta api, rumah di kanan dan kiri tanpa pagar dan orang berlalu lalang biasa di rel ini. Barangkali sudah menjadi kebiasaan di sini.
Perkhidmatan membasuh motor yang agak unik
“Kenapa air Coca Colanya warna kuning?” kata Saudara Ali pada saya, mungkin bergurau, Ini bukan air untuk minum, tapi kaedah menjual minyak yang masih menggunakan botol.
Kedai serbaneka 6-Elevan, ini adik 7 Eleven….
Replika pistol dengan hujungnya tersimpul memberi makna “no more war”
Kalau sekali lihat macam kat Malaysia, tapi ini Caltex di Pnom Penh.
Replika burung di satu kawasan.
Ini ialah Phnom Wat, kuil besar di atas bukit di Phnom Penh.
Jalan masuk ke Phnom Wat.
kalau kat Malaysia ni, dah jadi motor antik dah ni…
Sebuah restoran ala-ala Turki. Harem adalah istilah untuk gundik di Turki satu ketika dahulu
Mat Salleh dengan wanita tempatan
Ketika pertama kali saya datang ke Pnom Penh ini lapan tahun lepas, papan tanda di sekitar bandar mempamerkan denda yang berat bagi orang yang teribat dengan sex kanak-kanak, ketika itu banyak kes jenayah sedemikian.Sekarang papan tanda sedemikian tidak kelihatan, barangkali, kes tersebut telah dapat di bendung.
Penjual kaki lima di Phnom Penh
Sekitar bandar Phnom Penh
Medan di tepi sungai Mekong
Di atas altar di tepi sungai Mekong
Ini adalah penjual bunga untuk sembahan orang Budha
Bunga ini mempunyai 100 kelopak, dan penjual akan melipat sebahagian dari kelopaknya, ia unik dan cantik
Santai di tepi sungai Mekong
“Pengalaman Membentuk Kematangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Kampung Pes Negeri Kampung Cham, Cambodia.
12 Zulkaedah 1431/20 Oktober 2010 jam 9.00 malam
* di siarkan dari Phom Penh
No comments:
Post a Comment