Monday, October 18, 2010

Diari 278 – Program “Gempaq” Untuk Anak-Anak Kita…”

Mengambil keberkatan hari Jumaat, 8 Oktober dan 15 Oktober, saya dijemput untuk mesyuarat di Tingkat 14 Bangunan SUK Negeri Selangor bagi menjayakan program GEMPAQ negeri Selangor.

Turut serta bagi menjayakan program ini ialah Ustaz Zamri “Mari Mengaji”,

Program untuk remaja di waktu cuti sekolah ini akan berlangsung selama sebulan. Ia bagi memenuhi masa yang terluang untuk remaja ketika cuti sekolah.

Antara pengisiannya ialah, pada waktu pagi, hafalan al-Quran yang disasarkan sebanyak 1 juzuk (paling kurang) hafalan 40 hadis dan 20 doa. Pada waktu petang, remaja akan diisikan dengan slot motivasi. Sabtu dan Ahad, ia akan dipenuhi dengan program yang melibatkan ibu ayah.

Program sebulan ini ditaja oleh Yayasan Selangor. Yuran selama sebulan ini ialah RM 750 tetapi telah ditaja oleh Yayasan Selangor dan ibu bapa hanya perlu membayarnya sebanyak RM 250.

Semoga program ini dipermudahkan Allah bagi mengisi ruang masa cuti sekolah anak-anak kita. Apa yang penting ialah pengisian agama bagi memagar diri mereka untuk berhadapan dengan berbagai cabaran akidah dan akhlak masa kini.

Ia masih diperingkat mesyuarat, InsyaAllah, nanti saya akan war-warkan bagaimana untuk berhubung bagi program ini jika ia telah sempurna di susun.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Zulqkaedah 1431/ 18 Oktober 2010 jam 7.30 pagi

IMG_4209

Gempaq (Generasi Pemangkin al-Quran)

IMG_4210

Semoga dipermudahkan untuk kebaikan anak-anak kita, generasi pemimpin akan datang….

2 comments:

along said...

Salam. Ustaz, saya berminat hendak menghantar anak2 saya ke program gempak ni, boleh tolong e-mail kan ke zahari@gmail.com sekiranya program ini diluluskan, takut nanti tiada kekosongan.

Terima kasih. Jazakallah.

Anonymous said...

salam ustaz...saya berminat untk menghantar anak saya ke program gempaq ini ustaz...masalah saya saya org perak menetap di ipoh..bolehkah anak saya mnyertai program ini ustaz..jika boleh tolong emailkan detail ke kh_shamila@hotmail.com atau talian 016 5050517 (hisham)..trima kasih ustaz