Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan
wan apakah cara terbaik membuang pakaian lama yang koyak2? 2010-08-31 2:11 PM
Buang dengan hormat
wan apakah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat jumaat?2010-08-31 2:10 PM
Tahyatul masjid jika masuk ke masjid dan boleh solat sunat rawatib
guest salam ustaz,apakah hukum apabila suami tidak berkerja dan memakan hasil titik peluh isteri,dimana suami itu sihat dan boleh mencari nafkah sendiri 2010-08-31 5:24 AM
Jika diabaikan nafkah secara sengaja, maka berdosa
adamin utz, apa hukum mempercayai 6th sense dan deja vu? 2010-08-31 5:22 AM
percaya banyak jenis, jika percaya kewujudannya, mungkin ada mungkin tidak, tidak mengapa, tetapi percaya hingga terbabit di dalam ramalan, maka tidak dibenarkan
Guest kat masjid, bila nak solat, makcik2 kat blakang suruh kita ke depan, diaorg tak nak kedepan, akhirnya saf jadi rongak. camne tu ustaz? nak tgr, orgtua 2010-08-30 11:33 PM
Ikut jela cakap orang tua…… dia tak buat, itu kelemahan dia, mungkin sakit lutut nak pindah banyak-banyak kali.
keliru87 ustad mengapa orang islam sahaja yg boleh msk syurga.. org kafir tidak masuk syurga.. ada juga org kafir yg baik. 2010-08-30 5:23 PM
Jika orang itu kafir, kita tidak dapat saksikan bahawa dia beriman sekalipun dia baik, tetapi, hakikatnya kita tak tahu, mungkin ketika nak mati Allah beri hidayah, cuma kita tak dapat nak saksikan sebab kita tak tengok. Yakinlah, Allah itu tidak menzalimi hambanya
ana salam .. sye da bnyk da buad ulang kaji .. solat .. dan lain2 .. tapi mase exam sye dapat trok ... 2010-08-30 5:20 PM
Allah memberi sesuatu pada kita apa yang kita perlu bukan, apa yang kita nak, pasti ada hikmah tersembunyi pada keadaan ini.
Guest salam ustaz, apakah hukumnya jika kita gosok gigi semasa berpuasa?2010-08-30 9:57 AM
Tengok keadaan gosok dan waktunya, kalau selepas zuhur, makruh hukumnya
hijau Ayah kemalangan 3 thn lalu,mengalami stroke tidak dpt bergerak. Insuran gantirugi utk keperluan ayah.Perlukah membayar zakat? 2010-09-02 1:17 AM
Jika baru dapat kerana kemalangan itu, tak kena kerana ia bukan pendapatan, jika ia jadi simpanan lebih setahun, maka kena
Zol Yahaya Salam ustaz. Ada tak orang kafir di negara Arab Saudi. Tk 2010-09-02 1:17 AM
Ada, tetapi di tanah haram, tak ada
Mohd Di bulan Ramadan digalakkan kita solat berjemaah, boleh solat sunat Bahdiah ( solat sunat mengiringi solat fardu) di lakukan secara berjemaah?. 2010-09-01 3:50 AM
Buat sendiri kerana solat rawatib bukan solat sunat yang didirikan dengan berjemaah
shafiry Ustaz, terlupa baca doa qunut semasa solat witir 16 Ramadan terakhir adakah kena sujud sahwi? 2010-09-01 3:46 AM
Tidak mengapa
Guest Ustaz, semasa solat tarawih mana lebih afdah mendengar imam membaca fatihah atau kita membaca doa iftitah semasa rakaat pertama 2010-09-01 3:43 AM
Seafdhalnya mendengar imam membaca fatihah
Huda Suami kerap menyakiti hati ibu mertuanya. Apakah hukumnya? Apa pula peranan isteri tersebut dalam menangani hal ini? 2010-09-01 12:01 AM
Pergi kaunseling kat pejabat agama, kadang kala, orang memang perlukan teguran untuk menjadi baik
nak tahu salam. ustaz, saya selalu buat qiyamullai (taubat,tahajud,hajat,dll) tapi tak penah buat witir, boleh ke? salah ke tak buat witir? 2010-09-02 2:14 AM
Tidak salah, cuma witir itu sunah yang dituntut
Guest Salam ustaz. Mengapa negara2 Arab x bantu Palestin? Adakah mereka pentingkan dunia x pentingkan saudara seagama. 2010-09-02 1:48 AM
Kena tanya dia orang, sekali pandang kita lihat, memang tak patut
khar ustz,kenapa tak tambah siri dlm motivasi iman no 8 tu.lama dah saya tunggu.2010-09-02 1:43 AM
InsyaAllah, kadang kala, masa terlalu kurang nak buat semua benda sekaligus
Guest Salam ustaz. Mengapa hati terlintas riak bila buat sedekah dll? Bagaimn nk elak hati begitu? 2010-09-02 1:34 AM
Teruskan bersedekah dan setiap kali, latih untuk tawadhuk dengan menyatakan bahawa semua harta pinjaman dari Allah
Guest Salam ustaz. Mengapa org di zaman Rasulullah x peluk Islam kesemuanya, sdgkan mereka melihat Rasulullah s.a.w. Kita x pun melihat Rasulullah, tp pilih Islam. tk2010-09-02 1:29 AM
Hidayah bukan milik Nabi, milik Allah
Aisyah Salam Ustaz... Sedih melihat sikap perkauman yang diapi2kan sejak akhir2 ini sehingga agama Islam turut diperlekehkan (terutama dalam facebook)... 2010-09-03 2:25 AM
Bak kata P.Ramlee “ini boleh mendatangkan marah….”
fatimah ustaz, hari syak boleh posa qadak n posa sunat ke?yg saya tahu sebelum ni tak boleh2010-09-03 1:52 AM
Puasa sunat tak boleh melainkan ahli puasa iaitu orang yang ahli isnin khamis, puasa sepanjang Sya’ban atau orang yang puasa Nabi Daud iaitu sehari puasa dan sehari berbuka, ahli puasa jika terkena hari syak maka dia tetap boleh berpuasa.
Puasa qada’ boleh.
anisah solat jamak/qasar dibuat selepas keluar kawasan(lkurang 10km)atau selepas 2 marhalah2010-09-02 9:12 AM
perjalanan yang 2 marhalah boleh buat jamak qasar, bermulanya setelah keluar kawasan
ani ustaz,ssrg lelaki melihat sy n senyum.sy trs tgk tmpat lain xtau nak wat pape sebab sy dh ada suami.bolehke bls senyum ustaz?suami kuat jeles 2010-09-02 3:35 AM
Kang suami pulak senyum kat anak dara amacam….
Guest saya pernah menasihati suami supaya jgn pentingkan dunia shj kena ingat akhirat..tp dia kata saya ekstreem juga panas baran.apa yang patut saya buat 2010-09-02 2:58 AM
Teruskan teguran
Ingin tahu tapi dia bekerja di syarikat logistik dan menipu pendidikan dia,dibantu oleh kawan dia,kerana kawan dia bekerja di sana ada pangkat,jadi soalannya, adakah duit gaji yg dia padat itu halal?pekerjaan itu memerlukan pendidikan diploma,tapi dia menipu pendidikan utk dpt pekerjaan itu 2010-09-02 2:40 AM
Syubhat
noor sy dn suami berumur dlm lingkungan 50an.sy baru bertemu jodoh dgnnya sethn lalu.alhmdlh, hidup sgt bahagia dan x ada yg perlu sy rungut.cuma satu yg mnjadi kemusykilan sy dr segi agama.oleh sbb suami ada masalah ED kami x pernah mengadakan hubungan seks wpun begitu kemesraan tetap wujud antara kami sy reda dgn keadaan ini .apa hukumnya dr segi agama.tkasih 2010-09-03 2:40 PM
Jika telah meredhakan, tak jadi masalah
Guest salam ustaz kalau qarin kita kafir macamana? 2010-09-03 1:19 PM
Semoga dia dapat hidayah dan Islam
jinal sejak kahwin hhidup kami suami isteri dilanda dugaan. org tua isteri rasa x puas hati terhadap saya. tp kenapa diaorg setuju kahwinkan sy dgn anak dia 2010-09-03 2:46 AM
Wallahualam, kena tanya dia
Adi salam ustaz, bgimna caranya nak hidup bahagia bersama suami, sbb mertua yg tentukan haluan keluarga sy... 2010-09-03 2:43 AM
Tuan kena tentukan hala tuju hidup tuan sekeluarga
Izan Salam ustz,if lupa byr fidyah tp dah buat posa ganti nk buat cmne? 2010-09-04 4:32 PM
Bayar saja
Guest salam, hati saya sedih kerana suami scara trang mengatakan fikirannya serabut tiap kali memandang saya, saya x tnggl smbayang, pkai tdung apa perlu saya buat ustaz, saya sebaik mungkin jaga keperluan suami dan anak@ tolong tunjukkan jalan agar suami terbuka cintanya pada saya dan tenang melihat saya, umur saya 40an 2010-09-04 7:58 AM
Banyak baca surah Taha ayat 1-5, niatkan untuk lembutkan hati suami
Guest ustaz, saya cdgkan ustaz buat search tab supaya senang kami semua nak rujuk n soalan x berulang2 2010-09-04 7:12 AM
InsyaAllah
Zol Yahaya Salam. Kiranya org wat salah dgn kita, kita perlu maafkn dia shj. Xperlu dia mohon maaf. tul tak ustaz 2010-09-04 4:08 AM
Sebaiknya
cikgu assalamualaikum ustaz.Nak tanya, kalau berpuasa ganti boleh dibuat bersama puasa 6 ap bulan syawal tak?macam mana niatnya??tq 2010-09-09 12:18 AM
“Sahaja aku puasa qada bersama 6 hari dalam bulan syawal”
adi salam, syurga anak terletak dibwh kaki ibinya..tapi perempun yg telah berkahwin terletak dibwh kaki suaminya..apakah pendapat ust. 2010-09-09 12:16 AM
Betul
Mohonpanduan Saya telah berkahwin 6 thn kami kerap bergaduh dan setiap kali bergaduh isteri minta cerai, adakah saya dayus tidak menceraikan isteri saya? 2010-09-08 1:35 AM
Tidak, dayus apabila membiarkan isteri buat maksiat
Guest SALAM USTAZ,SY PERNAH MENIPU ORG LM INTERNET DGN MENIPU DUIT MEREKA..SEKARANG SY BENAR2 INSAF DAN NK BG DUIT BALIK..SY BETUL2 MENYESAL JD DI SINI ADA 2010-09-07 7:53 PM
Banyakkan sedekah dan niatkan untuk orang yang kita ambil haknya
azmi salam ustaz apa saya menanggung dosa jika isteri tidak tunai solat lima waktu...dah selalu saya menasihatkan apa lagi yg saya harus lakukan 2010-09-13 6:50 AM
Teruskan nasihat kerana, Allah yang suruh kita tegur dan banyakkan berdoa agar dia mendapat hidayah
Nurwan Salam ustaz. Apakah syarat yang membolehkan saya menyapu khuf? Boleh ke sapu khuf sbb tak nak basahkan lantai utk basuh kaki di tempat awam? 2010-09-12 7:29 AM
3 Syarat
1. mesti khuf itu dari kulit dan tidak masuk air
2. dari barang yang suci
3. bagi bermukim satu hari satu malam dan bagi musafir 3 hari
FaridJamaludin Salam ustaz, jika saya berpuasa tapi masa solat subuh hingus banyak dan bila sedut tertelan, batalkah solat/puasa saya? Saya suka dengar bacaan doa ust.2010-09-11 11:36 AM
Hingus yang di dalam mulut jika ditelan tidak membatalkan melainkan jika hingus itu telah sampai ke makhraj “kha” ertinya telah sampai di langit-langit, maka ketika itu batal
Noriemi Soalan saya, dalam islam,digalakkan menyusu sekurang kurangnya dua tahun ataupun, genap dua tahun mesti berhenti. anak saya sekarang berumur 2 tahun 6 dan masih menyusu badan.. jikalau tiada garis panduan yang jelas dalam islam, apakah pendapat peribadi ustaz mengenai perihal ini. terima kasih.. 2010-09-11 11:35 AM
Susu dua tahun itu dibahaskan dari sudut najisnya, jika dia tidak makan apa-apa dan hanya menyusu badan, maka najisnya tergolong di dalam najis yang ringan.
Dari sudut budak itu, jika dia nak susu lebih dari itu, tidak menjadi apa-apa masalah
sara salam ustaz, sya pljr stpm aliran sains, bgmana ingin mnykinkn diri bhw course yg dipilih adalah sesuai..syuqran 2010-09-15 8:49 AM
memang dah masuk aliran tu, maksudnya, sesuailah tu insyaAllah
fafa salam ustaz...saye nak tanye kalau perempuan bertindik dekat hidung,bibir bole ke?then,bole ke bersembahyang dengan ade tindik di hidung dan bibir tu? 2010-09-15 6:40 AM
Solat tetap boleh, bertindik hidung dari segi adatnya bukan adat Melayu, maka ia akan dilihat serong di tengah masyarakat. Di India dan Pakistan, orang muslim juga bertindik hidung. Cuma bibir, saya tidak jumpa ia dari adat orang muslim, ia dari barat.
Jadi, pada saya, amalan itu tidak salah cuma tidak sesuai dengan masyarakat setempat
su salam ustaz.. nak tanya tentang puasa 6.. bolehkah dilakukan pada hari jumaat shj (tanpa puasa khamis atau sabtu). bgmn pula kalau puasa qada'? 2010-09-15 3:14 AM
Jumaat kena gandingkan dengan khamis atau sabtu, ia yang afdhal, jika tidak boleh buat, tak jadi masalah, cuma boleh makruh jika menggangu ibadah solat jumaat
noormiey assalamualaikum ust, ana mohon izin untuk mengambil entri "universiti kehidupan 63" utk diletkkn diblog ana ya. insyaallah, ana akan letakkn linknya.. 2010-09-14 10:13 PM
Boleh silakan
niza Ibn Sina-link Adakah benar Ibn Sina Yahudi yang mmluk Islam atau ada 'sejarah tersembunyi'? 2010-09-14 12:13 PM
Nazirhahs salam ustaz, saya ingin bertanya tentang hukum ibu bapa menjaga cucu mereka sendiri. Ada yang mengatakan pekerjaan menjaga cucu itu haram. 2010-09-14 9:40 AM
Haram jika perbuatan itu seperti menjadikan ibu ayah khadam, jika tidak sampai ditakrifkan demikian, maka tidak menjadi masalah
Guest Salam, bpe jarak masa sblm subuh membolehkn kita sbhyg sunat fajar?2010-09-17 4:42 AM
Lebih kurang 5 minit, dalam 50 ayat bacaan al-Quran yang pendek
husna Assalamualaikum,2org anak sy tlh mninggal pd 10 muharam 1431umur ke2nya 10 thn,sy x prnh bmimpi btemu mrk & kt org sy xsyg mrk,betul ke?sy amat myangi mrk, Sy selalu bdoa& sembyang mlm bharap btemu mrk.Adakah amalan lain yg harus dlakukan u btemu mrk wlau dlm mimpi?sy rindukan mrk! Tq 2010-09-16 8:37 PM
Tak mimpi tu maknanya, mereka tidak ada masalah dengan puan
nur natasha Assalamualaikum Ustaz Amin.Selamat Hari Raya.Saya nak bertanya .Mak saya telah berpuasa 6 pada hari Rabu. Kemudian hari khamis dia tak berpuasa.Lepas Lepas tu, hari Jumaat dia nak berpuasa semula.Hari Sabtu tak berpuasa. Then, dia buat hari Ahad. Bolehke ustaz?(Kira dia selang seli lah puasa ni). 2010-09-15 3:10 PM
boleh
riahld salam ustaz,mcm mna nk qada solat yg dh lma trtinggal?bleh ke dngan solat rawatib je?tlng jelaskan.. 2010-09-15 10:09 AM
Ganti bila ada masa
azmi salam sekrg ni saya masih meyimpan Al quran yg ambil di surau di kg saya ada nama pemiliknya kini yg telah meninggal..rasa bsalah ingin pulangkan kemana harus saya pulangkan ke surau atau kewarisnya dah bertahun saya menyimpan quran tersebut 2010-09-17 5:11 PM
warisnya
Guest Sejak akhir2 ini saya ditimpa bermacam2 musibah n masalah. Adakah Allah murka dgn saya? 2010-09-17 4:44 AM
Penghapusan dosa atau peningkatan darjat
ummu zaid salam ust,apa hukum merancang keluarga dgn memakai alat dalam rahim?2010-09-20 11:47 AM
Harus bagi orang itu sahaja
ummu zaid salam ustaz, bolehkah digabungkan puasa qada' dengan puasa sunat syawal?2010-09-20 11:14 AM
boleh
hanim Salam Ustaz. Bkenaan solat hajat. andai ada 2 hajat adakah 2 kali solat hajat atau boleh disekalikan dlm satu solat? 2010-09-20 4:13 AM
boleh satu
Ingin Tahu Salam Ustaz,saya nak bertanya,apakah hukum dan duit hasil dari pekerjaan solek pengantin(andaman)adakah ianya halal??terima kasih 2010-09-20 2:28 AM
syubhat
cintaALLAH akhir2 ni saya lihat ustaz byk cerita ttg dajjal-ada apa2 berita akan datang? klu? 2010-09-19 8:58 PM
Saya rasa, baru sekali tu saja saya cerita, ustaz lain tu…
zalina salam ustaz,sy kurang fhm dgn jwpn ustz tmph hr ttg penggunaan duit arwah abg saya.boleh x kalau saya dptkn email ustz agr sy boleh b'tny dgn lbh jls 2010-09-19 1:59 PM
Email saya = muhamadbinabdullah@gmail.com
zalina salam ustz,bolehkah kite membuat korban atas nama arwah? duit yg ingin dibayar korban adalah milik arwah dan duit sumbangan orang ramai. 2010-09-19 1:54 PM
boleh
Wallahualam bis Sawab
Semoga menepati kehendak soalan
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
23 Syawal 1431/2 Oktober 2010 jam 11 malam
2 comments:
Ustaz,
Sekiranya seorang balu meninggal dunia dan meninggalkan 2 orang anak perempuan, bagaimanakah cara pembahagian harta peninggalan dibuat mengikut hukum?
Harap dapat jelaskan, terimakasih.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ibu tunggal yang telah diberhentikan kerja kerana kontrak pekerjaan tamat tempoh dan tidak disambung lagi. Saya telah puas berusaha memohon pekerjaan tetapi tidak berhasil mungkin disebabkan usia saya sudah 47 tahun. Sumber pendapatan saya hanyalah melalui pekerjaan untuk menanggung kos hidup saya dan anak saya yang sedang bersekolah menengah, sewa rumah dan lain-lain keperluan utama. Saya benar-benar bingung jika saya tidak mendapat kerja, bagaimana saya nak nak meneruskan hidup di Kuala Lumpur ini. Tolong saya ustaz, apa perlu saya buat, agar Allah permudahkan masalah saya dan kabulkan doa saya ini.
Post a Comment