Majlis Hi-Tea Amal Aidilfitri ini dianjurkan oleh Darul Ukhwah dan pusat Hemodialisis Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya pada Sabtu 9 Oktober 2010 bersamaan 1 Zulkaedah 1431 dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Ia bermotifkan mengumpul dana kedua-dua pusat kebajikan dan mewar-warkan kepada masyarakat kewujudan dan fungsi kedua-dua pusat kebajikan ini.
Malam akhir, persediaan di dewan Masjid, terima kasih pada semua AJK Darul Ukhwah dan Masjid yang menjayakan majlis ini
Inilah di antara masjid yang memainkan peranan sebagai pusat masyarakat dengan berbagai aktiviti ibadah selain dari ibadah harian
Pakaian tema bagi AJK program adalah hijau dan yang menariknya, ia dijahit sendiri oleh penghuni Darul Ukhwah yang telah mempunyai kemahiran menjahit hasil program di rumah kebajikan ini.
Jam 12 tengah hari, semua persediaan akhir telah dibuat, 4 buah skrin digunakan untuk program, tiga di dalam dewan dan satu di luar
Bersama ustaz Azmi, pengurus Darul Ukhwah
Tema hijau untuk meja tetamu hari ini.
Jam 2.30, orang ramai telah mula berkumpul memenuhi dewan
Memeriksa tempat duduk
Sahabat dan saudara saya dari Darul Ukhwah
Jam 3.10 petang, majlis dimulakan dengan ceramah “Cinta Agung”, satu ceramah mengajak mencintai Nabi SAW
Tamat jam 4.15, majlis berhenti untuk solat asar berjemaah.
Majlis dimulakan semula jam 5.00 petang dengan ucapan saya selaku pengerusi Darul Ukhwah, Ucapan Haji Othman, pengerusi Pusat Dialisis, Ucapan Haji Mohayen (gambar) Nazir Masjid dan perasmian oleh Pengerusi MAIS
Tetamu Kehormat
Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi MAIS menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis
Mengiringi Dato’ Adzib untuk gimik perasmian
Memecahkan air batu sebagai simbol memecahkan stigma masyarakat pada HIV
Terima kasih kerana bersama menjayakan majlis ini.
Kenangan dari Masjid, replika masjid Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya, hanya ada 50 sahaja di dunia, Dato’ Adzib di hadiahkan bilangan ke 27.
Kenangan bersama Dato’ Adzib, beliau adalah antara orang yang awal yang saya ajak berbicang untuk mengeluarkan muslim dari gereja tahun lepas, dan kerjasama beliau sangat baik.
Majlis seperti ini sebenarnya bagus untuk masyarakat mengenali HIV dan dapat menghilangkan stigma mereka, begitu juga dengan pesakit, mereka akan merasakan mereka tidak dipinggirkan oleh masyarakat.
Majlis diserikan dengan nasyid dari Nazri Johani, beliau kini mengasaskan Sekolah Tahfiz di Sabah.
Di akhir majlis, terdapat cabutan bertuah, dan hadiah paling istimewa ialah percutian ke pulau Pangkor untuk dua orang selama dua hari tiga malam tajaan Barakah Umhaj
Bersama Dato’ Yahya A.Jalil, yang turut menjayakan majlis hari ini, beliau baru sahaja mendapat tanggung jawab mencuci Masjid Nabawi selama 30 tahun bersama Ben Laden Group,
Alhamdulillah, selepas ini orang Melayu mempunyai peluang untuk menjadi khadam Nabi SAW di masjid baginda yang penuh barakah. Sebelum ini, peluang menjadi khadam Nabi di masjid Nabawai di monopoli pentadbirannya oleh orang Arab.
“Kunci makam Nabi pun akan diamanahkan” kata Dato’ Yahya. Jika saya berpeluang satu hari nanti, satu yang saya harapkan, agar dapat menziarahi dan berkhidmat membersihkan makam Nabi SAW dari bahagian dalam yang berkunci. Siapa berminat untuk menjadi khadam Nabi SAW di masjidnya, boleh pasang niat…..
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
2 Zulkaedah 1431/10 Oktober 2010 jam 12.30 tengah malam
4 comments:
Salam,
Kalaulah saya terpilih...
InsyaAllah.Ustaz, saya berminat untuk menyertai kumpulan membersihkan masjid nabawi.
terasa mcm nak juga berkhidmat di masjid nabawi. InsyaAllahurabbi.
aslm ust,
bagaimana caranya utk berkhidmat di msj nabawi?
Post a Comment