Tuesday, October 5, 2010

Diari 242 – Rumahku Syurgaku…

Diari kali ini tidaklah mencatatkan kisah menarik untuk di kongsikan bersama, hanya sebagai kenangan buat saya jika membacanya nanti ketika telah tua.

Hari ini, Ahad 3 Oktober 2010, saya menerima tetamu yang dijemput pada majlis ukhwah. Ada orang yang menamakannya sebagai rumah terbuka. Saya lebih suka menamakan sebagai majlis ukhwah kerana sahabat dan kenalan dapat datang dan dapat bermesra untuk merapatkan lagi ukhwah Islamiyyah.

Tetamu pertama hadir ialah saudara-saudara saya dari Darul Ukhwah, kemudian anak-anak yatim al-Ijabah, sahabat dari surau Putra Heights dan murid dari Yayasan Restu dan beberapa kelas pengajian. Adik-adik junior dari Universiti Malaya juga ada yang hadir dan ahli keluarga terdekat dan jiran sekeliling.

Sudah kerap memenuhi majlis orang lain, sekali sekali, menganjurkan majlis santai di rumah sendiri agak mengujakan.

Saya memang sengaja membuat majlis pada waktu petang kerana biasanya, waktu hujung syawal ini tetamu akan penuh dengan majlis rumah terbuka dari pagi lagi. Jadi waktu petang, biasanya dah tak ada rumah selepas itu, jadi, bolehlah bersantai lama sikit.

Lagi pun, memang menjadi kebiasaan anak Ijabah untuk membaca selawat Dibaie setiap petang Ahad. Jadi bolehlah disekalikan.

Walaupun jemputan dari 4 petang hingga 8 malam, tapi tetamu tetap datang hingga jam 12 tengah malam.

Terima kasih saya ucapkan pada semua tetamu yang hadir, semoga ukhwah sesama kita menimbulkan kesatuan dan nanti dapat melahirkan kekuatan di dalam berbakti.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

26 Syawal 1431/5 Oktober 2010 jam 1 pagi

IMG_2685

IMG_2687

IMG_2691

IMG_2696

IMG_2702

IMG_2704

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...