Wednesday, October 6, 2010

Diari 243 – Majils Aidilfitri bersama DYMM Sultan Selangor

Hari ini Selasa 5 Oktober 2010 jam 9.30 pagi, saya dan 30 anak-anak Ijabah dijemput menghadiri Majlis Aidilfitri Jaksa Pendamai Selangor bersama DYMM Sultan Selangor. Selain dari majlis ini DYMM Sultan juga merasmikan klinik bergerak kelolaan Jaksa Pendamai Selangor.

Majlis dibuat di Pusat Konvensyen Sunway, Sunway Pyramid.

Kami antara rombongan yang awal sampai. Tiga biji skrin besar berada di hadapan pentas, dengan pancaran lampu berwarna warni. Majlis diserikan dengan berbagai aktiviti sebelum ia bermula secara rasmi dengan DYMM Sultan Selangor pada jam 12.30 tengah hari.

Tiga orang badut meniupkan belon untuk adik-adik yang diraikan disini. Seorang ahli silap mata memberikan persembahannya dari meja ke meja.

Meja kami hari ini ialah meja 75, 80 dan 91. Walaupun angkanya berbeza tetapi meja ini bersebelahan antara satu sama lain.

Ketika dua orang seniman negara, Dato’ Aziz Satar dan Dato’ Jamali Sadat mengendalikan program, mereka berdua menjemput hadirin yang sebilangan seribu orang untuk tampil ke pentas bersamanya.

Orang yang pertama pergi adalah anak Ijabah. Ditemu bual, anak Ijabah dengan yakin menjawab. Yang kecut perut, saya sebagai penjaga mereka.

“Janganlah tersasul jawab” bisik hati saya.

Agaknya, macam nilah rasanya seorang ibu yang menemankan anaknya pergi periksa. Anak yang periksa, ibu yang kecut perut.

Di akhir temubual, Dato’Aziz Satar bertanya:-

“Apa yang paling biasa dibuat di asrama?”

Spontan Atif, anak Ijabah berumur 9 tahun ini menjawab,

“Mengaji…”

“Alamak, baiknya jawapan…” Dato’ Aziz Satar terus serius dan tak sangka jawapan itu yang keluar.

“Cuba baca Quran sikit” kata Dato’ Jamali Sadat pula.

Terus Atif memulakan…

“Auzubillahiminas syatan nir Rajim, Bismillahhirrahmannirrahim…..”

Sebelum turun Dato’Aziz Satar berpesan:-

“Belajar rajin-rajin ye nak, nak jadi ustaz…”

Saya tersenyum sendiri di bawah pentas

Di ketika anak lain di tanya, masing-masing dengan mengidolakan penyanyi dan pelakon, ada juga segolongan yang aktivitinya mengaji al-Quran.

“Alhamdulillah” bisik hati ini lagi

Jam 12.15 tengah hari, dari kejauhan kompang telah dibunyikan menandakan DYMM Sultan Selangor telah tiba. Semua hadirin bangun dan baginda disambut dengan bacaan Selawat oleh sahabat saya, Ustaz Amir Noor Hezam.

Baginda Sultan berkenan untuk duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan doa. Selepas itu, semua wakil 40 rumah kebajikan terpilih berbagai bangsa beratur untuk menerima sumbangan dari DYMM Sultan.

Kemudian, 50 orang wakil dari penghuni rumah kebajikan dibariskan untuk menerima sumbangan dari DYMM Sultan. Yang lain hanya akan diberikan dimeja masing-masing. Seramai hampir 1000 orang anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang cacat berada di dalam dewan.

TIba-tiba DYMM Sultan bertitah bahawa baginda ingin menyampaikan sendiri dengan tangan baginda pada semua rakyat Selangor yang kurang bernasib baik ini.

Satu jam lebih, semua penghuni rumah kebajikan yang bersama hari ini mendapat sumbangan dari DYMM Sultan. Sejam lebih baginda berdiri di atas pentas.

Ketika giliran orang tua untuk naik ke pentas, DYMM Sultan menahan dari mereka naik ke pentas. DYMM Sultan sendiri yang turun dari pentas mendapatkan mereka.

Ada orang tua yang menitiskan air mata ketika bersalaman dengan DYMM Sultan. Terharu juga saya, macam ayah dengan anak pula.

Yang terakhir ialah orang kuran upaya, sekali lagi, DYMM Sultan menahan dari mereka bersusah datang pada baginda. Baginda sendiri yang datang kepada mereka.

Hampir pukul dua petang baru selesai. Barulah majlis makan bersama-sama.

Semua hadirin tersenyum puas di dalam majlis ini. Tahniah saya ucapkan pada Jaksa Pendamai Negeri Selangor di atas penganjuran majlis seperti ini.

Semoga ia akan dapat dibuat lagi bagi tahun-tahun akan datang.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Pontian Johor

27 Syawal 1431/6 Oktober 2010 jam 2.00 pagi

IMG_2773

Pentas utama dengan sinaran lampu berbagai warna

IMG_2774

Majlis Aidilfitri

IMG_2804

3 orang badut dan seorang ahli silap mata menghiburkan tetamu

IMG_2794

Anak Ijabah bersama Dato’ Aziz Satar dan Dato’ Jamali Sadat

IMG_2819

12.15 ketibaan DYMM Sultan Selangor

IMG_2841

Majlis dimulakan dengan doa

IMG_2846

Sumbangan rumah-rumah kebajikan

IMG_2859

anak-anak Ijabah bersama DYMM Sultan

IMG_2882

DYMM Sultan sendiri yang turun dari pentas mendapatkan orang kurang upaya ini.

IMG_2884

Orang OKU bersama DYMM Sultan

IMG_2889

IMG_2868

Bersama Ustaz Amir, alumni Maahad Muhammadi

IMG_2891

Santai anak Ijabah

2 comments:

azman said...

salam,mintak tolong ustaz,saya nk mintak no fon ustaz amir noor hizam kawan sekampung yang lama tk jumpa.terima kasih

mama ju said...

Aslkm ustaz

Membaca N3 NI buat saya tiba2 rasa terharu sangat...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...