Monday, October 18, 2010

Diari 280 - “Keluarga Halal…” di Negeri Sembilan

Sabtu 16 Oktober 2010 jam 3.00 petang…

Saya dalam perjalana ke Negeri Sembilan kala ini. Malam ini, akan memenuhi undangan dari Jabatan Agama Negeri Sembilan di dalam program Halal anjuran JAKIM di Paroi.

Sebelum berprogram malam ini, saya dan warga Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ke Kuala Pilah untuk menziarahi rumah salah seorang AJK Darul Ukhwah.

Sampai di Kuala Pilah waktu Asar, sempat juga berkuliah ringkas dan jamuan makan.

Jam 8.00 malam, saya telah berada di kompleks Belia dan Sukan Paroi. Forum malam ini di adakan di sini. Forum ini sempena dari Expo Halal anjuran JAKIM selama beberapa hari.

Rakan Ahli Panel saya hari ini ialah Ustaz Zulkarnain dari Astro dan seorang Doktor dari Seremban.

Tajuk forum malam ini agak unik, “Keluarga Halal”

Program dimulakan dengan nasyid dari Kumpulan Nursyuhadah, kumpulan Nasyid saudara kita muallaf. Dan yang menarik ketika mereka bernasyid satu lagu berbahasa Cina, “Ching Ai” (ingat Allah).

Forum yang bermula jam 9.00 malam berakhir jam 11.00 malam.

Apa yang saya nak kongsi sikit kala ini….

“Keluarga Halal” merujuk pada satu tajuk pembinaan keluarga bahagia menurut Islam. Ia membahaskan perlunya institusi keluarga di bina.

Sekarang ini terlalu banyak penzinaan hingga lahir anak luar nikah dan pembuangan bayi.

Satu soalan yang diajukan pada saya, “Bagaimana nak atasi pembuangan bayi ini?”

Bagi saya, ada dua sudut…

Sudut pertama sebelum perkara ini berlaku, maka semua anak-anak kita perlu di tanam dengan iman.

Ketika anak kita kecil, kita yang menjaganya, kita boleh cubit dia, boleh rotan dia, tetapi ketika anak kita dewasa, imanlah yang menjaga mereka.

Kefahaman agama perlu dipasakkan. Tidak ada seorang pun yang menafikan bahawa agama itu amat penting di dalam pembentukan syakhsiah.

Sudut kedua, jika perkara ini dah berlaku.

Kalau penzinaan telah berlaku, jika menurut undang-undang Islam, yang belum berkahwin akan disebat 100 rotan dan yang dah kahwin akan direjam sampai mati. Dan hukuman ini sebenarnya untuk menggetarkan hati pembuat maksiat akan datang.

Tapi, jika nak cari hukuman ini, sekarang tidak ada, bidang kuasa Mahkamah Syariah amat terhad. Hanya dibenarkan membuat hukuman denda tidak lebih 5 ribu, penjara tidak lebih 3 tahun dan sebatan tidak lebih 6 kali.

Jadi, jika maksiat telah berlaku sekarang. Kena usahakan untuk bawa orang ini kepada Allah. Jangan buang mereka takut semakin jauh.

Bagi ahli keluarga, kena sabar dan terima mereka seadanya. Bagi para ustaz, jangan anggap mereka hina hingga pinggirkan mereka. Bagi masyarakat, perbanyakkan program-program agama. Bagi pemimpin masyarakat, bawakan kes yang berlaku ini ke dewan-dewan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri agar polisi balik kepada agama ditingkatkan.

Tentu kita sedih jika kita memiliki negara maju tetapi penuh dengan jenayah dan maksiat. Dan alangkah baiknya jika negara kita maju, rohani masyarakat juga maju dengan iman seperti zaman sahabat, tabi’in dan tabi’ tabiin.

Semoga Allah pelihara kita dan generasi muda kita untuk terus memikul amanah sebagai khalifah muka bumi ini, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Zulqkaedah 1431/ 18 Oktober 2010 jam 9.00 pagi

IMG_4459

Perjalanan ke Kuala Pilah, makam seorang Ulama Negeri Sembilan

IMG_4462

Suasana kampung masih lagi dirasai di sini.

IMG_4464

Bertamu di rumah AJK Darul Ukhwah, Cik Rosnani

IMG_4466

Expo Halal Negeri Sembilan

IMG_4469

Menunggu di bilik menunggu sebelum program

IMG_4472

Kumpulan Nursyuhadah, kumpulan Nasyid Mulallaf

IMG_4478

Forum Halal Negeri Sembilan

IMG_4484

sepenglihatan saya, dalam 700 orang menghadiri forum malam ini.

IMG_4486

Menurut Ustaz Zulkarnain Astro, negeri Sembilan adalan negeri keempat paling ramai menonton rancangan agama di TV selepas Selangor, Wilayah dan Kelantan

IMG_4493

Semakin banyak program agama, diharapkan semakin baik masyarakat

IMG_4497

antara VIP yang hadir

1 comment:

Anonymous said...

salam ustaz, saya mengambil pendekatan secara terbuka dgn anak2saya yg semuanya remaja, sy bercakap ttg sex, akibatnya dr segi jasmani, rohani dan nasab keturunan. sy bgtau mereka hukum nikah perempuan mengandung anak zina mengikut semua mazhab, masalah tak boleh di bin/ bt bapa (kalu ramai pasangan lg teruk kena DNA sume tu,), masaalah jika nikahkan juga nk tutup malu spt yg berlaku skrg, kalau tak nikah semula, sentiasa dlm zina, semua anak2 tak ble bin/bt ayah. sy terangkan sb itu Islam melarang keras zina. pd pendapat sy biar anak2faham hukum dan akibat nya bkn setakat kita kata benda tu haram, jgn malu kan mak ayah.masyarakat kita hanya risau anak perempuan walhal kita wajib nasihat semua anak2 kita. yg lelaki kita tanya do u want the same thing happen to your sis or daughter? kalau jawab tak nak, jgn main2kan anak orang.selain itu byk lah berdoa dan sentiasa ingatkan soal solat dan ibadah lain, pantau kemana mereka pergi. remaja mmg tak suka kita berleter oleh itu kita approach secara berbincang di mana mereka berhak bagi pendapat. tp the final say, kita, kalau mereka pertikai katakan, what i am doing is called "parenting", i am your parent, i care about you, love you, pls understand and accept what i've got to say. sy bukan nk tunjuk pandai, tp mungkin ramai parents tak spend time to explain atau malu. moga2 Allah mudahkan usaha ustaz dan kita semua dlm menangani masaalah ini,amin.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...