Friday, October 15, 2010

Diari 247 – Ulang Tahun Kesepuluh MBSA

10 Oktober 2010, jam 9.00 malam….

Malam ini memenuhi program Multimedia Show Time, salah satu program yang dirancang sempena ulang tahun bandaraya Shah Alam ke 10.

Program malam ini seakan forum, tetapi diselangi dengan tayangan multimedia dan nasyid serta lagu berpengajaran dari kumpulan Mirwana dan Rini AF7. Saya digandingkan dengan Fida (artis drama syurga cinta)

Saya sampai ke lokasi program di Dataran Shah Alam jam 8.30 malam. Saya dijemput untuk ke belakang pentas untuk sesi solekan. Ketika itu artis Fida dan Rini AF7 telah berada di situ.

Kenapa perlu solekan? Ini supaya di dalam rakaman program malam ini, semua yang mengendalikannya nampak agak segak dan cantik. Begitulah ramai orang, takut pada penampilan lahir yang tidak cantik, tetapi amat jarang memperbaiki akhlak dan sikapnya yang buruk sedangkan itulah nilaian Allah pada kita.

Program dimulakan dengan tayangan drama pendek mengenai Shah Alam.

Malam ini suasana agak cantik, tidak hujan dan tidak juga panas.

Jam 9.20, saya dan Fida mula dijemput ke pentas, tiga biji kamera mengarah pada kami, lampu-lampu berwarna warni mula berkelipan. Pengacara malam ini, Norhelmee mula berceloteh.

Tajuk perbincangan kami malam ini mengenai “Cinta”, satu tajuk yang sesuai untuk anak-anak muda yang merupakan sasaran pada malam ini.

Setiap satu babak akan selangi dengan tayangan klip video dan nasyid ataupun nyayian nasihat dari artis jemputan.

Dato’ Bandar Shah Alam, beserta dengan Dr. Halimah, exco kerajaan Negeri Selangor turut hadir malam ini menyaksikan persembahan kami.

Fida banyak membahaskan mengenai pengalamannya mengenai “Cinta”dan saya membahaskan dari sudut Islam.

Kesimpulan yang dibuat ialah, kecintaan hakiki ialah apabila seseorang itu mencintai Allah dan yang paling tinggi apabila kita juga merasakan dicintai Allah.

Waktu bila?

Ketika ada permasalahan, Allah beri jalan keluar, ketika ada hajat Allah sampaikan hajat kita, ketika ada kesusahan, Allah datangkan orang membantu kita.

Orang yang telah merasakan bahawa Allah bersamanya akan menjadi orang yang berani menghadapi apa sahaja cabaran di dalam hidup.

Sumpah pendekar tidak takutkan mati, sumpah orang mukmin tidak takutkan hidup. Berani untuk hidup lebih hebat dari berani untuk mati.

Allah berfirman di dalam al-Quran.

Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka (di dalam hidup mereka), dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (Surah al-Baqarah ayat 38)

Secara peribadi, majlis malam ini sangat bagus. Satu program agama dengan acuan multimedia, ia mendekatkan anak muda yang merasa berat untuk ke masjid.

InsyaAllah, MBSA akan menganjurkan ceramah Multimedia ini pada setiap bulan di ruangan terbuka di Shah Alam ini. Semoga usaha ini dapat diikuti oleh PBT( pihak berkuasa tempatan) tempat-tempat lain.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

7 Zulkaedah 1431/ 15 Oktober 2010 jam 12.15 tengah malam

IMG_4342

Lokasi malam ini agak cantik dengan dekorasi lampu-lampu

IMG_4351

Solekan sebelum program

IMG_4353

Sebanyak ini alatan solekan, saya biasa melihat bekas seperti ini tetapi digunakan oleh pomen untuk mengisi spana dan skru untuk memperelokkan kereta…..

IMG_4356

Pokok lampu yang semakin digemari di kebanyakkan bandar di Malaysia ini.

IMG_4357

Pentas malam ini

IMG_4361

suasan program malam ini

IMG_4363

Ketibaan YB Dr. Halimah

IMG_4366

Persembahan dari Rini AF7

IMG_4374

Persembahan Mirwana

IMG_4382

Pengacara menemuramah penonton

IMG_4387

bersama penonton

IMG_4391

Jamuan selepas program

1 comment:

Atikah said...

Salam Ustaz...

Terasa rugi tidak ke sana... pengisian yang agak menarik...

Tak ada kat TV ka ustaz?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...