Tuesday, October 5, 2010

al-Ijabah 75 – “Jamuan Ukhwah Darul Ukhwah…”

“Ustaz, jangan lupa datang ye, bawa anak-anak yatim Ijabah sekali tau, dalam 10 orang” kata Mak Esah, seorang Ibu yang berkhidmat masak di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah.

“Biasanya, Mak Esah buat rumah terbuka kat rumah, tapi kali ini, buat kat Darul Ukhwah ni, lagi meriah” katanya lagi.

Hari ini, Isnin, 4 Oktober 2010, jam 8.00 malam, beberapa anak yatim Ijabah, dan sahabat-sahabat dekat bersama-sama memeriahkan hajat Mak Esah yang ingin membuat rumah terbukanya di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini.

Semua di masak sendiri.

Lepas satu hidangan ke satu hidangan.

Apa yang lebih penting di dalam majlis ini ialah, ukhwah Islamiyyah di kalangan warga Ijabah sama ada penghuni mahupun petugas. Tanpa ukhwah Islamiyyah, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah tidak akan ada seperti sekarang.

Semoga Yayasan al-Ijabah terus di bantu Allah sebagai ladang mencari keredhaanNya.

“Al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

26 Syawal 1431/5 Oktober 2010 jam 1.30 pagi

IMG_2732

Santai para AJK

IMG_2733

IMG_2739

IMG_2740

Semoga ukhwah terus di perkukuhkan dari masa ke masa, amin…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...