19 Oktober 2010 jam 12.00 tengah hari, kami diajak untuk makan tengah hari di Restoran Tasnem di Pnom Penh ini.
Ariffin, orang yang menguruskan perjalanan kami di sini telah pun memesan makanan dari awal, jadi sesampainya kami direstoran ini, makanan telah mula dihidang.
“Ustaz nak minum apa?” tanya Ariffin pada saya.
“Mmmm, minta kopilah” jawab saya ringkas.
Saya memang sejak kecil dulu amat jarang minum air batu. Hanya sekali sekala sahaja.
Setelah nasi sampai, kami mula menjamu selera. Nasi di sini tidaklah seperti di Malaysia, ia agak melekat macam pulut.
Saya mengambil kicap cair yang terdapat di atas meja. Saya letakkan di tepi pinggan saya dan sekali sekala menambahkan sikit kicap pada pinggan saya.
Tiba-tiba, Rozi menyapa saya..
“Ustaz, kopi ustaz tu sedap tak?” tanyanya yang pada asalnya saya ingatkan dia bergurau.
Saya terus memberikan pada Rozi.
“Nah, try le rasa..” kata saya.
Rozi benar-benar mahu merasanya.
“Eh, itu kicaplah…” kata saya.
“ Oh ye ke..” kata Rozi. Saya tergelak kecil.
Saya mengambil kembali kicap ini.
Tidak lama kemudian, Ali pula menyapa saya…
“Ustaz, kopi tu sedap tak?” katanya.
“Nah, try le” jawab saya ringkas kerana menyangkanya beliau juga mahu bergurau dengan saya.
Dia mengambilnya dan benar-benar juga mahu meminumnya.
Saya dan Fasil kali ini tergelak besar..
“Eik, tu kicaplah….” Kata Fasil.
“Oh, ye ke? kata tadi ustaz minta kopi, tak sampai lagi ke?” kata Ali.
Kami semua tergelak besar.
Saya teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh sahabat saya mengenai seseorang yang bertemu dengan seorang mat Salleh.
Mat Salleh tu tanya orang ini dari mana dan dia katakan dari Malaysia.
Mat Salleh itu cukup gembira kerana dia juga pernah datang bercuti di Malaysia.
Mereka berbual hinggalah ke topik makanan di Malaysia.
Orang ini bertanya pada Mat Salleh tu,
“Awak dah try Nasik Lemak?” (dalam bahasa Inggeris)
“Yes, Nasi lemak is good but the salad is not good” kata Mat Salleh ini.
Orang ini agak hairan, rupanya, Mat Salleh ini telah makan Nasi Lemak dengan daun pisang sekali.
Berbalik pada kisah tadi, kalau saya tidak tegur, maka sudah tentu Rozi dan Ali telah terminum kicap yang seakan kopi ini.
Apa yang boleh kita pelajari? Itulah pandangan mata, kadang kala kita memang rasa ia benar-benar betul, tetapi tidak semua apa yang kita pandang itu semuanya betul.
Mendengar pandangan orang lain tidak salah, timbangkanlah pandangan orang di sekeliling kita. Di dalam Islam pun ada sistem syura (mesyuarat) terhadap sesuatu perkara.
Bak kata hikmah…
“Tidak akan menyesal orang yang membuat keputusan dengan syura dan istikharah”
Semoga apa yang diajarkan Allah dan Rasul dapat kita buat untuk mendapat kebaikan di dalam hidup kita.
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Anisa Guest House Pnom Penh Cambodia
11 Zulkaedah 1431/ 19 Oktober 2010 jam 10.30 malam (waktu Cambodia)
Gambar bawah, kicap yang disangka cawan
No comments:
Post a Comment