Monday, October 4, 2010

al-Ijabah 74 – Majlis “Hi-Tea” Untuk Pembangunan Rumah HIV…

Jumaat 1 Oktober 2010, saya bersama dengan AJK Masjid Jamik Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya telah mengadakan mesyuarat akhir bahagian teknikal bagi majlis “Hi Tea” bagi membagunkan pusat dialysis di masjid ini dan juga bagi membangunkan rumah HIV Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah.

Program “Hi-Tea” ini akan berlangsung pada 9 Oktober 2010 bermula jam 2.00 petang.

Masih ada lagi meja yang kosong dan boleh dibeli.

Bagi sesiapa yang ingin bersama-sama di dalam usaha ini, bolehlah berurusan dengan pengurus Darul Ukhwah, ustaz Azmi di talian 012-345 6339.

Majlis ini akan dirasmikan sendiri oleh Pengerusi MAIS, Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa

Majlis akan diserikan dengan persembahan dari Nazri Johani (Raihan) dan ceramah multimedia yang akan disampaikan oleh saya sendiri.

Terima kasih pada semua yang berusaha menjayakan program ini.

Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah di dalam usaha membina rumah HIV muslim.

Kita masih memerlukan sebanyak RM 300 ribu di dalam usaha ini. Saya yakin, semuanya pasti dipermudahkan jika telah sampai izinNya.

“Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

25 Syawal 1431/ 4 Oktober 2010 jam 2.25 petang

IMG_2615

Mesyuarat bersama AJK tindakan majlis Hi-Tea pada 9 Oktober ini.

IMG_2616

Majlis ini juga bagi memantapkan lagi dana pusat Dialysis di masjid ini yang menjadi Fardhu Kifayah umat Islam

IMG_2619

Di sebelah saya, Haji Othman, pengerusi Pusat Dialysis Masjid Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya

IMG_2621

Masih ada meja yang kosong yang boleh didapati

IMG_2622

Majlis akan dirasmikan oleh Pengerusi MAIS dan diserikan dengan persembahan Nazri Johani (Raihan)

IMG_2430

Rumah HIV muslim Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah yang sedang disiapkan

IMG_2431

Ia akan dapat menempatkan 50 orang jika telah siap insyaAllah

IMG_2432

Ruangan dalam bagunan

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...