Khamis 14 Oktober 2010 jam 3.00 petang, hari ini adalah kali kedua saya berbincang dengan Ustaz Fasil dan Cik Rozi dari TV3 mengenai penggambaran kehidupan masyarakat Melayu Champ di Kemboja.
Bermulalah perjalanan semesta baru Universiti Kehidupan.
Rancangan ini akan ke udara pada hari raya Aidil Adha
Bagi tujuan itu, InsyaAllah, saya akan bertolak ke Kemboja dengan rombongan TV3 pada esok 19 Oktober 2010 jam 9.00 pagi. Saya akan kembali pada 27 Oktober 2010. Ini bermakna dalam hampir dua minggu kita tidak dapat bersama di dalam FB dan Blog.
Minta di doakan agar selamat pergi dan balik.
Seperti tahun-tahun lepas, saya akan menganjurkan korban di 3 negara iaitu Kemboja, Indonesia dan India. selain dari negara kita sendiri.
InsyaAllah, ke India, saya sendiri akan pimpin, ke Kemboja, akan dipimpin oleh kekanda saya ustaz Jazlan dan ke Indonesia, sahabat saya Ustaz Fairuz.
Bagi semua saudara saya yang ingin membuat korban bersama saya, bolehlah berhubung dengan PA saya, Alia 019 600 3643 atau talian pejabat 03- 5880 4586.
Satu bahagian di Malaysia ialah 350
Satu bahagian di Indonesia ialah RM 300
Satu ekor kambing di India RM 300
Dan satu bahagian di Kemboja ialah RM 250
Bahagian korban akan diagihkan kepada orang miskin dan susah yang kadang kala hanya setahun sekali sahaja merasa daging untuk di makan.
Apa yang menarik, di India, lembu tidak boleh disembelih, korban hanya dapat dibuat dengan kambing.
Semoga, urusan korban dapat diagihkan pada yang benar-benar memerlukan, dan bagi kita yang ingin bersama saya di dalam ibadah korban, bolehlah menghubungi nombor di atas.
Kelebihan orang berkorban ada dua, di dunia ialah Allah perlihara pembuat korban dari dibinasakan oleh musuh-musuhnya yang ingin menghancurkan kita (surah al-Kauthar).
Di akhirat, Allah akan jadikan korban ini sebagai tunggangan buat kita (Sabila al-Muhtadin jilid dua bab al-Adhiyyah)
Dan yang penting adalah, semoga ia menjadikan kita dikasihi Allah dengan keredhaannya.
“Sekilas, Mewarkan Peristiwa”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
10 Zukkaedah 1431/ 18 Oktober 2010 jam 3.40 petang
Perbincangan akhir dengan Ustaz Fasil dan Cik Rozi mengenai penggambaran kehidupan Muslim Kemboja
Kenangan korban di Kemboja yang saya sendiri bawa
Kaedah sembelih di kemboja ini lain sedikit, tapi asalkan syarat-syarat sembelihan itu sempurna, maka sahlah sembelihan ini.
Masyarakat setempat yang bersama-sama di dalam korban di Kemboja
Biasanya, saya akan anjurkan sekali kenduri untuk satu kampung, mereka akan beramai-ramai datang memasak bersama-sama
Wajah gembira anak-anak tempatan di Kemboja ini ketika program korban
Di ketika daging korban di tempat kita berlambak-lambak, ada orang yang hanya merasa memakan daging hanya setahun sekali sahaja.
Mari berkorban bersama saya….. insyaAllah sampai pada golongan yang benar-benar memerlukan…
1 comment:
salam ustaz
semoga aktiviti ini berjalan dengan sempurna dan dalam redhaNya...
Post a Comment