Hari ini 19 Oktober 2010 jam 8.15 pagi, saya, dan tiga orang dari Media Prime Works, Fasil, Rozi dan Ali telah berkumpul di KLIA. Kami akan membuat pengambaran bagi sebuah program khas di Kemboja yang akan ditanyangkan pada hari pertama Raya Haji jam 5.00 petang. Program akan mengisahkan penduduk Islam Kemboja di dalam menyambut qurban.
Setelah membuat pengesahan kemasukkan, jam 9.00 pagi, kami pergi ke pintu G10, ia adalah pintu penerbangan yang tidak perlu menaiki transit ringan. Kapal kami hari ini ialah MH 754
Saya membelek tiket saya, tempat duduk saya kala ini ialah 18 C. Kapal yang sepatutnya berlepas jam 9.30 pagi tertunda hingga jam 10 kerana seorang penumpang menarik diri bagi penerbangan ini.
Perjalanan ke Kemboja mengambil masa satu jam setengah. Jam 11.28 waktu Malaysia, “Tret-Tret, greeek…” tayar kapal mula dibuka dan kami mula mendarat jam 11.32 pagi.
Lapangan terbang di Pnom Penh ini tidaklah besar, barang kali sebesar lapangan terbang Penang, selepas pemeriksaan pasport, turun satu tangga dan terus sampai tempat mengambil beg dan pintu keluar.
Ketika ini, Cambodia telah menaik taraf sistem imigresen mereka. Mereka telah menggunakan kamera bagi mengambil gambar setiap pelancong yang masuk.
Terdapat papan tanda di setiap kaunter imigresen, “Kami meminta maaf kerana telah menggunakan sistem baru”
Saya telah ditunggu oleh Ariffin dan Hakim Haji Ali.Tukaran wang di sini kala ini ialah Rm 1.00 bersamaan dengan 1200 Real.
Beliau terus membawa kami ke hotel berdekatan dengan masjid Bengkok atau dikenali juga sebagai masjid Dubai.
En. Ali, jurukamera Prime Studio Works yang telah banyak merantau di dalam program Jejak Rasul. Sampai sahaja di hotel, beliau terus membuka begnya yang dipenuhi dengan berbagai peralatan.
Kami duduk di Anisa Guest House, sebuah hotel yang dimiliki oleh orang Islam di tengah bandar Pnom Penh ini. Tapi yang menariknya, dalam hotel ini hanya ada 6 bilik sahaja. Jadi, selalulah penuh….
Kami diajak makan tengah hari di Tasnem Restoran di tepi masjid Bengkok ini. Jam di sini lewat sejam berbanding Malaysia. Ia seperti jam Thailand. Tapi waktu solat sama macam Malaysia. Jika di Malaysia, Zohor jam 1.05 tengah hari, maka zohor di sini jam 12.05 tengah hari.
Apa yang menarik ialah ketika kami dihidangkan dengan air kopi. Kopi Saigon ini dihidangkan dengan dua tingkat.
Tingkat pertama di atas akan diletakkan serbuk kopi dan air panas. Ada lelubang di bawah bekas di atas
Air panas ini, akan turun perlahan-lahan bersama campuran kopi ke cawan bahagian bawah.
Ia menambahkan lagi kesebatian kopi dan menambahkan lagi keenakkannya
Ia juga dicampur dengan susu pekat manis.
Begitulah salah pengenalan kami setibanya kami di Cambodia ini.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Anisa Guest House Pnom Penh Cambodia
11 Zulkaedah 1431/ 19 Oktober 2010 jam 10.10 malam (waktu Cambodia)
1 comment:
Wah, banyak pengalaman tu. Nanti masa nak sembelih lembu, bagi Cik Rozi rasa pengalaman tu pulak ustaz. Salam untuk semua ya...salam dari kejauhan.
(shadiya, TV3)
Post a Comment