Friday, October 22, 2010

Jom Kongsi Pengalaman 59 – Inside Pnom Penh (1)

Kami mulai masuk ke dalam bandar Pnom Penh pada 19 Oktober 2010 jam 12.00 tengah hari waktu tempatan.

IMG_4579

“Ustaz, sini rasa macam panas sikit kan?” kata Fasil pada saya. Belum saya sempat mengulas apa-apa, terdapat papan suhu di tengah bandar ini. Kala ini, cuaca 32 darjah celcius. Tapi walaupun suhu tidak berapa tinggi, di bandar ini memang rasa berbahang. Udara tidak seperti tidak bergerak.

IMG_4586

Kala ini, Kemboja sedang musim hujan, banyak kawasan yang tenggelam kerana air naik.

IMG_4738

Kami singgah di tepi sungai Mekong. Saja berhenti dan ambil gambar. Kami terlihat seorang penjual makanan goreng. Kalau di hadapan Masjid Muhammmadi Kelantan seperti orang jual sotong bakar. Kami menghampirinya.IMG_4741

Rupanya, dia menjual beberapa serangga goreng seperti  lipas goreng, katak goreng dan ulat goreng

IMG_4755

Katak goreng, kalau perhatikan, saiz katak ini semuanya hampir sama, tidak ada yang terlebih besar ataupun terkecil. Barangkali, katak goreng ini dari jenis katak peliharaan.

IMG_4749

Pembeli yang begitu selera memborong serangga goreng.

IMG_4748

Ia ada bau, mmmm.. tak perlu tanya macam mana baunya :)

“Pengalaman Membentuk Kematangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Kampung Pas Negeri Kampung Cham, Cambodia.

12 Zulkaedah 1431/20 Oktober 2010 jam 8.00 malam

2 comments:

mr edz said...

selera orang sana...

Anonymous said...

Saya senyum sendirian sebab jelas kelihatan, Ustaz bergambar di hadapan serangga goreng dengan menahan nafas. Tak pe ustaz, mungkin pengalaman yg sukar dilupakan.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...