Wednesday, September 29, 2010

al-Ijabah 73 – “Rumahku bernombor KD 782”

28 September 2010, jam 9.30 pagi, saya baru sahaja memulakan kuliah di Yayasan Restu apabila satu massage masuk ke dalam telifon saya.

Saya menjeling, pada telifon saya,

“Aik dari Azmi (pengurus di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah)” bisik hati saya kehairanan kerana beliau juga ada di dalam kuliah pagi ini bersama penghuni Darul Ukhwah yang lain.

Saya menjeling lagi ke telifon saya,

“Salam alaik sheikh, seorang penghuni Darul Ukhwah Mohd Nazim Abdullah meninggal dekat hospital Sungai Buloh jam 8.30 pagi tadi”

Selepas kuliah, saya menemui Ustaz Azmi berbincang untuk menguruskan jenazah.

Pihak Darul Ukhwah cuba berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham, tetapi tidak dapat, yang ada hanyalah keluarga angkat Allahyarham.

Selepas zuhur, saya dan beberapa sahabat dari Darul Ukhwah telah berada di hospital. Jenazah di mandikan dan dikafankan.

Apa yang agak mengharukan ialah, inilah kali pertama kami menguruskan jenazah tanpa ahli keluarganya.

Kamilah ayah, kamilah ibu dan kamilah adik beradik Allahyarham.

Saya memejamkan mata membayangkan bagaimana ketika kita lahir, kita disambut dengan riang oleh ahli keluarga, tetapi ketika mati, keseorangan tanpa orang yang dikasihi di sekeliling.

Ketika hari raya baru ini, hanya Allahyarham yang tidak balik beraya, kami tidak sempat berbual panjang mengenai sebabnya.

Setelah menyembahyangkan jenazah, Allahyarham di usung ke van jenazah. Kami menguruskan agar Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara.

Jenazah hanya diiringi oleh saudara seIslam dari Darul Ukhwah, sama ada penjaga mahupun beberapa sahabat-sahabat penghuni.

Pengurusan jenazah petang ini bernasib baik kerana kebiasaan sekarang, di Lembah Klang ini, waktu petangnya hujan. Tapi kala ini, di tanah perkuburan Islam Kota Damansara, matahari menyinar terang.

Urusan menggali liang lahad juga kini telah lebih mudah apabila jentera moden dapat membantu.

Jenazah dibawa turun ke lahad. Saya hanya membayangkan bagaimana setiap kita juga akan melalui saat yang sama, bila dan di mana tidak seorang pun antara kita yang mengetahui, yang boleh kita usahakan bagaimana keadaan kita mati, mati dalam keadaan mencari keredhaan Allah atau sebaliknya.

Allahyarham diiringkan menghadap ke kiblat, mukanya dibuka, di cecahkan hidungnya ke tanah. Kemudian lahad ditutup dengan papan dan tanah pertama dicangkul menutupi segalanya.

Hanya doa mengiringi Allahyarham, semoga bertemu nanti di dalam keadaan yang lebih baik.

Hari ini kita mendokan Allahyarham, semoga ketika kita dijemput Allah ada orang yang sudi mendoakan kita.

Walaupun perkenalan dengan Allahyarham tidak lama, saya berterima kasih kepada Allah yang telah mengizinkan penubuhan Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah.

Bagaimana jika jenazah tanpa keluarga seperti ini diurus oleh pihak bukan Islam.

Saya berterima kasih juga pada MAIS dan sahabat-sahabat dari MAIS yang bersama membantu sehingga tertubuhnya Darul Ukhwah ini.

Tidak lupa juga kepada seluruh sahabat yang membantu secara langsung mahupun tidak langusung, yang mendoakan dan yang memberi semangat, yang membantu dan yang bersama, semoga ia menjadi jariah kita.

Sesungguhnya, sebelum tahun 2009, tidak ada penempatan HIV muslim dewasa di Selangor sehingga ada di kalangan saudara kita ini yang tinggal di gereja. Penubuhan Darul Ukhwah dan Istana Budi pada hakikatnya adalah hasil usaha seluruh umat Islam khusus di Selangor yang prihatin dengan perkara ini.

Satu sahaja yang kita pohonkan, semoga Allah mengizinkan juga hati setiap yang bersama di dalam usaha ini, keikhlasan yang tulus, kerana ikhlas adalah milikNya dan Dia memberikan pada siapa yang dia kehendaki, dan mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan yang Allah kehendaki ini.

“Al-Ijabah, Ladang Amal Menuju KeredhaanNya”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Syawal 1431/28 Septemberi 2010 jam 11.45 malam

IMG_2434

Ustaz Azmi, urusan dokumentasi

IMG_2448

Persediaan kafan

IMG_2489

Bukankah satu hari nanti, kita juga akan dikafankan seperti ini?

IMG_2494

Apa persediaan kita?…..

IMG_2501

Bukankah kita juga nanti akan disolatkan bergini? Solatlah sebelum kita disolatkan…..

IMG_2505

Bukankah kita juga akan keseorangan ditinggalkan di tempat seperti ini?

IMG_2507

Kubur-kubur sebelah yang telah siap digali, untuk siapa? tidak seorang pun akan menjangkakan

IMG_2510

ketahuilah bahawa kematian itu benar, azab kubur itu benar, kebangkitan itu benar…..

IMG_2513

Tinggallah kita keseorangan walau sehebat mana kita….

IMG_2521

Jasad akan diiringkan ke arah kiblat, alangkah malunya di hadapan Allah jika ketika hidup kita tidak bersungguh menghadap kiblat…

IMG_2525

Harta dan saudara akan pulang, yang tinggal bersama adalah amalan kita

IMG_2529

Tanah pertama yang diturunkan

IMG_2542

Kita tidak pernah diajar untuk takutkan mati, tetapi kita disuruh bimbangkan kehidupan selepas mati

IMG_2547

Hanya doa yang dapat diiringi….

IMG_2546

Rumahku bernombor KD 782, rumah anda yang lain, pasti akan menyusul,

al-Fatihah untuk diri kita, ahli keluarga kita dan khusunya untuk Allahyarham….

7 comments:

azahnan said...

Alhamdulillah rezeki jenazah allahyarham diuruskan oleh seorang ustaz yg menubuhkan Darul Ukhwah ini. Tidak dpt juga dibayangkan oleh saya jika allahyarham meninggal di pusat gereja. Terima kasih Ya Allah kerana memberi ilham kpd ustaz Amin menubuhkan D/Ukhwah ini, walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yg dihadapi oleh ustaz di awal penubuhan rumah penghuni ini. Kepada mereka yang pernah memperlekehkan usaha ustaz harap fikirkan semula. Kpd MAIS/ JAKIM terima kasih kerana membantu usaha ustaz Amin. Jika ada lebihan rezeki walaupun sedikit akan saya sumbangkan kepada Yayasan AlIjabah Darul Ukhwah ini, Insyallah.

Anonymous said...

Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Anonymous said...

Ustaz,
Sungguh menginsafkan...syukran diatas ingatan.

ainhany said...

salam ustaz,

syukurlah, farzu kifayah yg telah sempurna dilaksanakan org yg masih hidup utk org yg dah meninggal.
Muga ALLAh mnganjari usaha ustaz dan diampunkan dosa2 aruah dan ditempatkan dikalngan mereka g soleh.INSYA ALLAH

sungguh mnginsafkan..
dimanakah rumah saya?

sufc said...

salam ustaz,bayar fidyah ke akuan yayasan al-ijabah rm28.00.terima kasih.

Cetusan said...

Alfatihah..

Feather Pen said...

Alhamdulillah dgn usaha Ustaz yg murni itu, semoga Allah SWT akan mendorongkan lbh ramai lagi orang mcm Ustaz.

Juga syukur jenazah allahyarham tlh disempurnakan dgn sebaik2nya mengikut cara islam.

Terima kasih kpd ustaz dan semua yg terlibat.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...