Friday, October 8, 2010

Diari 245 - “Sejarah Islam Nusantara” ke UiTM Johor….”

6 Oktober 2010, selesai program di Pontian Johor, lebih kurang jam 11.30 pagi, saya terus bergerak menuju Segamat. Jam 2.00 petang ini, saya akan bersama pelajar UiTM Johor yang terletak di Segamat di dalam “Seminar Personal Development”.

Saya agak mesra dengan UiTM Shah Alam kerana beberapa kali mengisi program di sini dengan Fakulti Perubatan di dalam “Seminar Fiqh Perubatan” mahu pun progam jati diri di dalam “Sejarah Islam Nusantara”.

Bagi UiTM Johor, ini adalah pertama kali di sini.

Keluar dari tol ke Segamat, saya melalui jalan-jalan berliku ke Gunung Ledang. Suasana kampung dan tidak banyak kenderaan amat mengujakan. Agaknya beginilah perjalanan Hang Tuah dan lagendanya meminang Puteri Gunung Ledang. Saya mengikut papan tanda menuju ke UiTM ini.

Masuk ke satu simpang, siapa sangka, tiba-tiba tersergam bangunan yang indah dan besar. Simbol institusi intelek di Johor, lembah ilmu yang menampung lebih 6000 pelajar Melayu dan Bumiputera, pewaris negara untuk masa hadapan.

Dari pintu pagar lagi, saya sudah diiring dengan motor pegawai keselamatan yang membawa saya ke rumah tetamu di sini.

Beberapa pensyarah dan pelajar telah menunggu dengan makan tengah hari yang telah dihidangkan di dalam rumah tamu.

Menjamah santapan yang disediakan, saya terus mencadangkan agar kami semua ke tempat program untuk membuat persediaan awal.

Saya diamanahkan untuk membawakan tajuk “Sejarah Islam Nusantara dan “Cinta Nabi” berobjektifkan jatidiri pelajar.

Memang, dari sejak awal, ceramah “Sejarah Islam Nusantara” ini di susun, saya bercita-cita menemui anak-anak muda untuk membentangkan modul ini. Dengan izin Allah, setakat ini, ia memberi respons yang sangat positif kepada pendengar dan juga pada saya yang menyampaikan.

Kalau ditanya pada saya “apakah yang paling mengembirakan bagi seorang penceramah?” maka jawapannya ialah :-

“Memberikan ceramah pada orang yang memang hendak dengar”

Itulah kelebihan jika orang sayangkan ilmu. Dan di mana-mana tempat orang yang mempunyai sifat demikian, maka saya akan rasa gembira menyampaikannya.

UiTM Johor antara tempat yang saya selesa untuk memberikan ceramah.

Pada sesi kedua, tajuk mengenai “Mencintai Nabi” ramai juga yang menitiskan air mata kerana rasa cinta dan sayang pada Nabi.

“Alhamdulillah” anak-anak muda boleh menitiskan air mata kerana Nabi. Pelikkan bunyinya, tapi itulah yang berlaku pada sesi ceramah petang ini.

Selesai program jam 6.30 petang, saya dikejutkan dengan satu kejutan.

Tiba-tiba wakil warga UiTM menyerahkan sumbangan mereka kepada Yayasan al-Ijabah.

“ustaz, ini sumbangan warga UiTM pada apa yang ustaz buat”

Terharu saya. Rupanya, ramai juga yang menjadi pembaca blog dari sini.

“Terima kasih dan InsyaAllah, semoga bertemu lagi” kata saya.

Semoga Allah terus memberikan kita kebaikan di dunia dan di akhirat, amin…

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

29 Syawal 1431/8 Oktober 2010 jam 4.30 petang

Pegawai keselamatan mengiringi saya ke rumah tamu

Tengah hari di rumah tamu

 

Perasmian majlis, selepas sesi pertama.

Minum petang dan solat asar sebelum sesi kedua

IMG_4144

Sesi kedua, “Cinta Nabi”

IMG_4138

Anak-anak muda yang boleh menitiskan air mata mengingati Nabi.

IMG_4150

Seperti biasa, selesai ceramah, saya akan mengajak semua yang ada untuk berselawat pada Nabi

IMG_4170

Sesi soal jawab

IMG_4177 

IMG_4183

Sumbangan warga UiTM Johor pada Yayasan al-Ijabah

IMG_4188

Gelagat adik mahasiswa/i di sini

IMG_4199

Bersama para pensyarah dan AJK Program

IMG_4202

IMG_4204

Terima kasih pada warga UiTM Johor….

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih, ustaz atas ceramah ustaz tempoh hari. memberikan saya kesedaran betapa lalainya saya sepanjang 21 tahun saya hidup di muka bumi ni. terima kasih yang tak terhingga.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...