“Alhamdulillah…..”
Spontan keluar dari mulut saya ketika saya diberitahu bahawa MAIS mahu memberi dan menyerahkan van untuk kegunaan Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah.
Itulah antara keperluan mendesak Darul Ukhwah, keperluan sebuah kenderaan untuk membawa para pesakit HIV kita ke hospital.
Saya menghubungi pegawai dari MAIS.
“InyaAllah ustaz, kita akan buat majlis penyerahan pada 1 September jam 10 pagi” kata pegawai ini.
“1 September jam 10 pagi !……”
Tarikh tersebut saya akan berada di UiTM, bersama dengan para pensyarah dan mahasiswa/i dari fakulti kejuruteraan dalam program “Sejarah Islam Nusantara”.
“Tak apalah, kalau saya tak sempat, anak buah dan sahabat-sahabat saya akan ada”, kata saya kepada pegawai ini.
Tiba-tiba, saya menjadi sebak. Setahun umur Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di lalui dengan berbagai ujian dan getir, tak sangka, ia terus dipermudahkan oleh Allah.
Hakikat yang boleh saya kata, mengendalikan rumah HIV 10 kali lebih susah dari mengendalikan rumah anak yatim.
Alhamdulillah…. Sokongan dari MAIS, Majlis Aids dan sahabat-sahabat dari berbagai jabatan menjadikan segala usaha dapat disempurnakan dengan baik.
Pertengahan Ramadhan baru ini, saya ada program bersama JAKIM dan Majlis Aids. Majlis yang diadakan di Masjid Wilayah itu dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’Zaman Khan selaku Pengerusi Majlis Aids dan Prof. Adeeba selaku Pengerusi Yayasan Aids.
Saya duduk disebelah En. Bakhtiar, Pengarah Eksekutif Majlis Aids.
“Ustaz, sekarang ini, semakin ramai orang kena HIV. Di kalangan tentera laut pun ramai” kata En. Bakhtiar.
Bagi Prof. Adeeba pula, antara cabaran besar yang di hadapai oleh orang yang terlibat dengan pesakit HIV ini ialah penerimaan keluarga pesakit terhadap mereka.
Prof. Dr. Adeeba mempunyai berbagai peristiwa yang menyentuh hati antara keluarga dan pesakit.
Ketika van dari MAIS ini sampai, saya terus terfikir untuk membuat program yang kita namakan “kembali ke pangkuan”.
Kita akan bawa pesakit ini kembali kepada keluarganya dan walaupun mereka akan terus duduk dengan kita, paling kurang, ahli keluarga tidaklah membuang mereka.
Kadang kala, saya sedih melihat wajah-wajah mereka terutama pada ketika hampir hari raya ini. Ada yang tidak balik kerana keluarga sudah tidak mahu lagi pada mereka.
Percubaan menamatkan hidup dengan menelan pil sehingga “ over dos” pernah terjadi di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah satu ketika dahulu ketika seorang pesakit yang tidak diterima oleh keluarganya untuk pulang begitu sedih dan putus harapan walaupun tiket sudah berada di tangannya.
Walau apapun latar belakang mereka, mereka tetap ada hati dan perasaan. Peminggiran ahli keluarga kadang kala membuatkan mereka putus harapan dan tidak mahu lagi hidup.
Entahlah, kita hanya buat yang termampu, baki serahlah pada Allah.
Apa yang menjadikan kita bersyukur, sekurang-kurangnya, semenjak mengeluarkan mereka dari gereja setahun lalu, telah lima orang meninggal di bawah jagaan kita. Tidak mati di dalam pengawasan gereja.
Waktu sekarang ini, saya sedang memberikan tumpuan untuk membina rumah HIV di bawah Yayasan al-Ijabah ini. Rumah yang ada sekarang disewa di Petaling Jaya.
Ia telah sempurna sebanyak 30%. Bakinya bergantung pada kemampuan yang ada kerana setakat ini pembinaannya dibuat dan diusahakan sendiri bersama anak-anak murid terdekat. Kita memerlukan lagi RM 3o0 ribu untuk menyempurnakannya.
Semoga segala urusan ini di dalam bantuan Allah dan mendapat sokongan dari semua.
Terima kasih pada semua sahabat-sahabat yang bersama, sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Mudah-mudahan, ia menjadi jariah pada kita setelah kita tiada nanti, amin…
“al-Ijabah, Ladang Amal Kita”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
25 Ramadhan 1431/ 4 Septemberi 2010 jam 5.30 petang
Majlis penyerahan van dari MAIS pada 1 September 2010 jam 10 pagi
Saya tidak dapat bersama pagi ini kerana memenuhi undangan dari UiTM
Ustazah Hafizah dan Ustaz Anuar, orang kuat bahagian Riqab MAIS
Kenangan bersama van baru
Temuramah dari unit berita TV1
Salam perjuangan, terima kasih pada semua yang membahu perjuangan ini walau di mana anda berada….
3 comments:
Assalammualaikum
Sangat terharu bila saya membaca n3 ini. Moga segala usaha tuan sentiasa diberkati Allah.
drp..Mamaju.
Assalamu'alaikum w.b.t
Allahu yubarik fik ustaz, moga usaha dipermudahkan dan diredhai Allah
salam ustaz...semenjak kecil saya bercita2 utk membina rumah anak yatim...tetapi hanya dpt membantu saje..
Satu anugerah Allah telah berikan kpd uztaz dlm mempermudah segala urusan ustaz terhadap segala kebajikan yg hendak dilakukan..
Semuga semuanye berjalan lancar....aminnnn
saya mewakili rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kpd ustaz dan rakan2 yg lain...
:..We all luv u ustaz n also yr friends...
Post a Comment