Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam di dalam ceramah multimedia “Sejarah Islam Nusantara”
Kali pertama pada 21 Ogos 2010 jam 11.00 pagi dan hari ini, 1 September2010 jam 8.30 pagi sekali lagi saya memenuhi undangan di sini.
Saya dijemput oleh fakulti kejuruteraan untuk menyampaikan ceramah multimedia di dewan kuliah tingkat enam di fakulti ini.
Ketika saya menjadi pensyarah jemputan di Moscow State Universiti Rusia tahun lepas, memang saya telah pun mengadakan ceramah ini untuk pelajar-pelajar Melayu di sana. Ia sebagai memperingatkan kembali sejarah kita dan membentuk jatidiri anak-anak muda Melayu Islam.
Setelah pulang dari Rusia, saya telah menyusun ceramah ini dalam bentuk multimedia yang lebih menarik dengan memasukkan beberapa visual pertemuan saya dengan beberapa tokoh nusantara berbangsa Rusia.
Ia memberikan kesedaran bagaimana orang lain menghargai apa yang ada pada kita sedangkan anak muda sekarang, melupainya.
Melihat kes zina, rogol dan pembuangan bayi di kalangan anak muda Melayu Islam yang semakin meningkat, hati ini rasa terpanggil untuk menyusun satu modul jatidiri untuk dikongsikan pada anak-anak muda ini.
Hasilnya, lahirlah beberapa modul jatidiri dan siri ini, saya namakan sebagai “Sejarah Islam Nusantara”.
Apa pun, setakat ini, selesai memberikan modul Sejarah Islam Nusantara, ramai yang memberikan maklum balas yang sangat positif. Paling kurang, mereka tahu bahawa, mereka perlu berusaha dengan lebih bersungguh membangunkan diri mereka.
Selesai di UiTM, saya bergegas ke Pontian Johor untuk majlis berbuka puasa bersama MARA Pontian. Di kesempatan ini juga, pegawai dari MARA sempat berbincang untuk menganjurkan program untuk anak muda di Pontian selepas raya.
Saya memang ingin bertemu anak-anak muda di Malaysia, berkongsikan modul ini terutama yang bermasalah, semoga, dengan izin Allah, ia dapat memberikan jatidiri pada anak muda yang terlena.
Sesungguhnya, di bahu mereka, terdapat tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara, agama, bangsa dan tanah air seperti orang terdahulu memeliharanya.
Asalkan sahaja ada kesedaran untuk itu, bukankah syaitan dan musuh Islam sukakan kita terlena? Jadi usaha mengejutkan yang terlena ini satu kewajipan yang mendesak kala ini. Semoga sedikit usaha ini dibantu Allah, amin….
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
23 Ramadhan 1431/ 2 September 2010 jam 2.00 pagi
Bersama pensyarah pada pada Sejarah Islam Nusantara kali pertama di UiTM.
Sejarah Islam Nusantara untuk kali kedua di UiTM in.
pengerusi memulakan majlis
Seperti biasa, selesai ceramah, saya akan membawa bersama-sama selawat atas junjungan Nabi SAW
Semoga, kita dapat mempasak kembali jatidiri kita sebagai muslim, amin…
No comments:
Post a Comment