Saturday, September 11, 2010

Bicara Ilmu 22 – Tanyalah Ustaz “Hari Raya dan Sunnah”

8 September 2010, dalam jam 10 pagi, penerbit “Tanyalah Ustaz”, Kak Nora menghungi saya.

“Ustaz, esok ustaz ada kat mana? Tanya beliau.

“Kenapa kak, saya ada kat sini, lepas solat raya baru balik” jawab saya ringkas.

Rupanya, beliau meminta saya untuk ke udara di dalam program “Tanyalah Ustaz” untuk esoknya kerana, ustaz Roslan yang sepatutnya ke udara terpaksa pulang ke kampung kerana ayahanda beliau sakit.

Setelah berbincang ringkas, maka saya mencadangkan tajuk yang akan dibawa, “Hari Raya dan Sunnah”.

Sebenarnya, saya tidaklah membuat banyak persediaan untuk tajuk ini. Tetapi oleh kerana ia tajuk yang biasa dibawa, jadi tidak ada apa masalah untuk dikupas.

Kesempatan di sini, ingin saya kongsikan isi perbincangan.

Hari Raya Sunat kita gembirakan. Ia tertakluk kepada tiga perkara.

  1. sumber gembira
  2. cara gembira
  3. natijah gembira

Ia berdasarkan hadis

Dari Urwah bahawa dia memberitahu bahawa Aisyah memberitahunya bahawa ABu Bakar masuk ke (rumahnya) dan pada ketika itu (hari raya) dua orang jariahnya memukul gendang sambil menyanyi HR an-Nasai

Hari raya orang Islam

  1. ‘Aidul Fitri
  2. ‘Aidul Adha

Islam tidak melarang merayakan hari raya yang lain dengan tiga syarat.

  1. bukan perayaan keagamaan
  2. tidak membawa kepada syirik
  3. tidak menjadi lambang kepada kemungkaran

13 amalan hari raya

  1. takbir

Dari Ummi Atiyyah adalah kami diperintahkan keluar pada hari raya, perempuan tua, dan perempuan muda dan dia berkata, orang yang berhaidh juga mereka keluar di belakang orang ramai bertakbir sesama manusia HR Muslim

  1. mandi

i. seperti mandi hari hadath

ii. jika bertembung dengan hari jumaat maka dahulukan niat hari raya

  1. merapikan badan

i. hari Aidul Fitri sunat sebelum sembahyang

ii. hari Aidil Adha sunat selepas sembahyang

  1. memakai baju yang baik

i. yang terbaik dan tidak ada masalah mengenai warna

ii. hari jumaat adalah putih

  1. makan

ari Ali bin Abi Talib dia telah berkata, daripada sunnah bahawa kamu keluar kepada hari raya dengan keadaan berjalan dan kamu makan sesuatu sebelum kamu keluar

HR Tarmizi

  1. mengucapkan tahniah
  1. sembahyang sunat hari raya

Dari Kathir bin Abdullah dari ayahnya dari datuknya bahwa nabi S.A.W bertakbir pada hari raya pada rakaat yang pertama tujuh sembelum membaca fatihah dan yang kedua lima sebelum membaca al-fatihah HR Tarmizi

Dari Ibn Abbas bahawa nabi S.A.W keluar pada hari raya maka bagainda sembahyang dua rakaat tidak baginda sembahyang sebelumnya dan selepasnya HR an-Nasai

Surah yang sunat dibaca

Dari Nukman bin Baysir dia telah berkata, adalah nabi S.A.W membaca pada dua hari raya dan pada hari jumaat dengan surah ‘a’la dan surah ghasiah, HR Tarmizi

Dari Jabir dari Abdullah, aku bersama-sama Rasullullah bersembahyang pada hari raya maka baginda memulakan sembahyang sebelum khutbah dengan tanpa azan dan iqamat HR Muslim

Dari Abdullah bin as-Sa’ib, bahawa Nabi S.A.W sembahyang pada hari raya dan berkata, sesiapa yang suka untuk bersurai maka bersurailah dan sesiapa yang suka untuk bersama di dalam khutbah maka bersamalah HR an-Nasai

  1. berjalan pergi dan balik dengan jalan yang berbeza

Dari ABu Hurairah dia telah berkata, adalah Nabi S.A.W apabila keluar pada hari raya dengan satu jalan balik dengan jalan yang lain HR at-Tarmizi

  1. sedekah

Dari Abu Said bahawa Rasullullah S.A.W adalah keluar sembahyang hari raya dua rakaat kemudian berkhutbah maka menyuruh dengan bersedekah maka pada ketika itu yang paling ramai bersedekah adalah wanita HR an-Nasa’I

  1. zakat fitrah

Dari Ibn Umar R.A dia telah berkata, Rasullullah telah memfardhukan zakat fitrah satu gantang dari tamar atau satu gantang dari tepung

  1. ziarah

berziarah memang dituntut walaupun bukan pada hari raya

  1. anak yatim

di dalam kitab Durratun Nasihin (walaupun kedudukan hadis ini lemah tetapi boleh diamalkan di dalam bab fadhail amal) Rasullulah menggembirakan anak yatim pada hari raya

  1. puasa enam

Dari Abu Ayyub dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda, barang siapa yang puasa Ramadhan kemudian enam hari dari Syawal maka baginya pahala puasa setahun HR ad-Darimi

Semoga hari raya kita lebih bermakna dengan iman dan ketaatan.

“Ilmu Pelita Hati”

Al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Melaka

2 Syawal 1431/ 11 September 2010

IMG_0587

Kalau lihat muka macam mengantuk, maklumlah malam-malam akhir Ramadhan

IMG_0590

Saya menggantikan Ustaz Roslan yang tidak dapat ke udara kerana urusan keluarga

IMG_0599

IMG_0608

IMG_0613

Selamat hari raya semua, tanyalah ustaz tetap ke udara pada hari raya pada jam 7-8 pagi

2 comments:

Unknown said...

salam,
ustaz, saya seronok dapat mendengar ceramah pagi ustaz di tv9 sehari sebelum syawal. sgt menarik. bnyk ilmu2 baru yg diperoleh.
thanks

uzie said...

sedehnyaaa..saya terlepasss...uwaaaaa

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...