Tuesday, September 28, 2010

Universiti Kehidupan 167 – Phi Phi Don Island

Perjalanan air kami telah sampai ke destinasi terakhir iaitu Phi Phi Don Island. Sebenarnya, pulau ini lebih awal di kenali pengunjung dari pulau Phuket sendiri. Ini kerana ,sebenarnya, di sini lebih cantik dari di Phuket. Perjalanan laut dari pulau Phuket ke Pulau Phi Phi mengambil masa lebih kurang 90 minit.

Ketika kejadian Tsunami di Pulau ini pada 26 Disember 2010, serami700 orang telah terkorban

Pulau ini terbentuk dengan batu kapur. Di pulau ini terkenal dengan aktiviti menyelam dan snorkeling, tetapi sebenarnya, keadaan di bawah laut, jika hendak di bandingkan, pulau Tioman dan Sipadan jauh lebih cantik. Cuma pantai dan suasana, di atas,, memang di sini lebih cantik.

Kami singgah untuk makan tengah hari di sini.

Apa yang mengejutkan saya ialah, turun sahaja dari bot, saya terlihat orang memakai kopiah menaiki basikal.

Rupanya, penduduk asal pulau ini adalah Islam. Dan di sini, sebagai orang Islam, kita tidak mempunyai apa-apa masalah untuk makan.

Hanya peniaga dan pendatang dari luar sahaja kebanyakan orang bukan Islam.

Orang Islam di sini tidak boleh berbahasa Melayu. Hanya jika mereka pernah belajar di pondok-pondok Patani, barulah mereka boleh berbahasa Melayu.

“Wah, kalau belajar di Pondok, maknanya ustazlah ni...” saya mengusik penjual nasi di sini.

“Bolehlah……” jawabnya ringkas sambil tersenyum.

Perbezaan pulau Phi Phi Don ini dengan pulau-pulau lain sekitar sini ialah, di sini ada perkampungan, jadi ada orang tinggal, ada kedai-kedai dan ada restoran. Senang dan memudahkan untuk kita tinggal.

Di pulau-pulau lain, kebanyakkannya tidak ada perkampungan,hanya ada resort. Jadi, sudah tentu semua kemudahan terhad.

Beberapa jam di sini, kami mula bergerak untuk pulang, singgah di beberapa tempat untuk mandi di sekitar pulau Phi Phi Don ini. Tetapi waktu sekarang kurang sesuai, banyak obor-obor yang berbisa di sekitar pulau Phi Phi Don ini.

Di satu tempat, tiba-tiba sahaja semua yang mandi tergesa-gesa naik di atas bot, rupanya mereka semua lari dari obor-obor.

Memang, jika kita terkena dengan obor-obor, ia menjadikan kulit bisa dan panas seperti terbakar. Itulah kebesaran Allah yang menjadikan makhluknya berbagai bentuk dan keadaan.

Jangan sangka, obor-obor yang nampak kelihatan seperti lembut, manja dan lemah gemalai itu sebenarnya lemah dan tidak bermaya.

Manusia juga begitu, jangan sangka, orang yang kita lihat lemah lembut di hadapan kita itu sebenarnya sopan santun, kadang kala, ia lebih hebat memaki dan menghamun dari orang yang nampak kasar.

Sebab itu apa kata Allah:-

Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bertaqwa pada Allah.

Semoga kita terus meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

15 Syawal 1431/24 September 2010 jam 6.45 petang

IMG_2227

Penduduk asal pulau ini adalah Islam

IMG_2228

Kita tidak mempunyai masalah untuk mencari makanan halal di sini

IMG_2229

Penjual di pulau Phi Phi

IMG_2230

Sekitar pulau Phi Phi

IMG_2231

Suasana di sini lebih cantik dari di Phuket

IMG_2233

IMG_2234

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...