15 September 2010, saya berada di Krabi, bersalaman mesra dengan sahabat saya, Ustaz Hussain.
Ustaz Hussain sudah dua tahun lebih tidak bertemu dengan saya, terus menguruskan perjalanan kami ke pulau-pulau sekitar Krabi.
Pagi ini, terlebih dahulu, kami di ajak untuk melawat sekitar Krabi, melihat masyarakat Islam sekitar Krabi ini.
Menurut Ustaz Hussain, di Krabi, 50 % dari penduduknya adalah Islam.
Saya di ajak ke Kampung Ustaz Hussain dahulu. Di sini saya melalui kawasan pertandingan burung.
Puluhan orang menyertai pertandingan ini.
Kadang-kadang, mereka berbual dengan topik yang memang kita tidak akan faham kerana kita bukan peminatnya.
Burung-burung di nilai dengan bunyinya. Ada perbezaan bunyi mengikut para juri walaupun kita mendengarnya sama.
Saya tersenyum sendiri.
Allah memang menciptakan manusia itu ada hobinya masing-masing. Kita tidak akan letih jika membuat sesuatu yang kita sukai.
Ramai orang yang menghabiskan masanya untuk perkara yang dia minat. Kadang kala kita menilainya dengan remeh tetapi mereka sangat menghargainya.
Minat boleh menyatukan manusia. Ia boleh mengumpulkan orang yang mempunyai kesamaan terhadap sesuatu perkara itu.
Islam sendiri tidak pernah menghalang hobi dan minat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Dan ramai juga para pendakwah yang berdakwah dengan mengikut minat orang ramai.
Sunan Kalijaga pernah mengumpulkan orang dan mengIslamkan orang dengan persembahan wayang kulit yang amat diminati oleh masyarakat Jawa ketika itu.
“Kalimah Soddo” (Kalimah Syahadah) antara tajuk wayang kulit yang dibawa.
Islam datang kepada masyarakat dengan berbagai cara. Dengan kesenian, pendidikan, gaya hidup dan sebagainya.
Matlamatnya adalah satu, iaitu untuk memperkenalkan Allah dan dan juga syariat Nabi saw agar semua manusia selamat di dunia dan di akhirat.
Sebab itu, jika kita mempunyai hobi dan minat, kita boleh jadikan ia sebagai medan untuk kita berdakwah.
Dakwah bukan milik orang alim semata-mata, dakwah milik semua kita kerana menyampaikan agama adalah tanggungjawab semua muslim.
Paling kurang, kita dapat berbahasa dengan rentak yang sama melalui minat kita.
Oleh itu, jadikan apa yang ada disekeliling kita jalan untuk kita berdakwah sesama manusia.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Tonsai Beach Krabi Thailand
7 Syawal 1431/16 September 2010 jam 11.00 malam
Pulau sekitar Krabi
Kuala Lumper, barang kali silap tulis atau cara orang sini menyebut
CIMB Thailand, tapi kad CIMB Malaysia tidak boleh digunakan di sini. Mungkin ada proses yang kena dibuat dulu
Pertandingan burung di Krabi
Langkah peserta, hobi boleh menyatukan orang….
1 comment:
asssalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya soalan iaitu
saya bercadang menyediakan anak-anak saya insuran kesihatan dan insuran tabungan jika saya tiada, tambahan pula suami saya telah meninggal dunia tahun lepas dan anak2 saya semuanya masih belajar. tetapi bila saya fikir lebih mendalam, saya rasa lebih baik saya gunakan wang peruntukan insuran itu untuk bersedekah setiap bulan kerana itu lebih membawa keredhaan dan perlindungan Allah. saya ada terbaca maklumat yang diberi oleh ustaz zahiruddin tentang bukan semua insuran dibolehkan dalam islam. saya ingin meminta komen dari ustaz...
Post a Comment