Tuesday, September 21, 2010

Universiti Kehidupan 165 – Pemujaan Kemaluan….

Biasa dengar mengenai pemujaan?

Ya… selalu bukan….

Dalam tv dan akhbar dan kadang-kala menjadi perbualan di sekeliling kita.

Apa pemujaan yang biasa kita dengar?

Pemujaan pada roh, pada semangat padi, pada orang mati yang dianggap keramat, pada kubur dan sebagainya.

Kenapa manusia memuja?

Kerana ada rasa kagum atau terhutang budi.

Itulah yang saya pelajari ketika saya melintasi padang pasir Kavir -e-Lut di Iran, padang pasir yang mempunyai senario bintang yang sangat cantik lagi mengagumkan sehingga ada orang yang menyembah bintang, dan penyembah bintang ini masih lagi wujud sehingga sekarang di Iran.

Tapi pernahkah kita mendengar orang yang memuja kemaluan?

Ya mungkin pernah dan mungkin kita pernah melihat dokumentari mengenainya di Jepun, pemuja kemaluan berjalan dan berarak mengusung replika kemaluan.

16 September 2010, pagi ini, saya di ajak untuk melawat pulau sekitar Krabi. Mandi-manda memang seronok lebih-lebih lagi bagi anak-anak kecil yang teruja melihat laut sejuk kehijauan dengan pantai yang bersih lagi landai.

Kami balik semula ke chalet di Tonsai Beach pada jam 2 petang, waktu petang tidak ada program apa-apa.

Shahabudeen Jalil yang bersama di dalam rombongan kali ini mengajak saya untuk berkayak sekitar pulau ini. Katanya beliau begitu mahir di dalam berkayak dengan kemahiran menaikkan kembali kayak selepas terbalik.

Kami menyewa kayak di sini dengan bayaran RM 20 atau 200 bath dan boleh menggunakannya selagi terlarat.

Pusing beberapa pulau, kami singgah di satu pulau. Ramai juga yang berkayak sehingga ke sini, ada orang menjual jagung bakar dan air.

Di hujung pulau ada sebuah gua. Biasanya jika terdapat gua, pasti ada orang yang meletakkan patung dan memujanya. Saya menghampiri gua ini.

Di atas altar terdapat patung perempuan, yang lainnya hanyalah kayu-kayu tegak. Dari kejauhan, kayu ini seperti kayu biasa yang lurus dengan warna yang berbagai.

Setelah menghampiri gua ini, rupanya kayu ini diukir dengan kamaluan orang lelaki. Rupanya, disini adalah tempat memuja kemaluan.

“Isk, ada juga orang yang memuja kemaluan” saya membebel sendiri di hati.

Kita rasa pelik, tetapi itulah manusia dan pemikirannya. Allah sendiri suruh memerhatikan. Di dalam al-Quran Allah berfirman:-

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

(Surah al-Jathiyah ayat 23)

Saya memerhatikan sekitar gua kecil ini, penuh dengan replika kemaluan. Gadis-gadis Eropah yang datang ke sini dengan tergelak-gelak tanpa silu memegang-megang replika kemaluan dan mengambil gambar bersamanya. Ada yang memeluknya dan ada yang beraksi  dengan gaya yang tidak senonoh.

Di dalam Islam, kita disuruh mengagungkan Allah sebagai pencipta. Di suruh kita memujaNya walau di mana kita berada. Di suruh kita selalu mencari keredhaanNya di dalam amalan kita.

Jika kita tidak memuja Allah, kita akan memuja benda lain. Bermula dengan pemujaan dunia hingga pada perkara tidak senonoh seperti pemujaan syaitan dan nafsu.

Saya menghela nafas panjang, mempelajari sesuatu tentang diri manusia. Manusia tanpa hidayah akan menjadi zalim dan jahil sekalipun di dalam akalnya terdapat  ilmu yang banyak. Al-Quran sendiri mengakui bahawa:-

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh

Surah al-Ahzab ayat 72

Untuk menjadi manusia yang dapat membezakan yang baik dan buruk, kita perlukan hidayah dari Allah. Sebab itu, jangan jemu dan lalai dari berdoa untuk memohon hidayah.

Semoga kita terus bercita-cita dan berusaha ke arah hidayah Allah. Sedikit cita-cita dan usaha untuk menjadi baik pasti akan diperbaiki Allah, insyaAllah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

11 Syawal 1431/20 September 2010 jam 11.45 malam

IMG_2122

Penerangan mengenai tempat ini

IMG_2123

Pemujaan kemaluan

IMG_2125

IMG_2126

IMG_2127

IMG_2130

IMG_2131

IMG_2132

IMG_2133

IMG_2134

IMG_2135

Petang di Krabi

IMG_2136

Ini yang basah ni, sebab dua kali terlungkup kat air :)

8 comments:

Ka-Ching said...

errr....itu pon ade yg puja???

Rahmat said...

Minta Maaf Utz...saya kurang senang dgn foto foto kemaluan yg Utz paparkan kat sini...terutamanya kemaluan yg berwarna hitam itu..mungkinkah Utz akan paparkan pula selepas ini foto foto kemaluan/payudara wanita yg dipuja(jika ada)..saya sebagai lelaki agak termalu bila lihat foto foto ini di paparkan oleh seorg yg bergelar Utz..bukankah foto foto ini boleh dianggap sebagai bahan lucah..

semakin hari semakin kurang rasa hormat saya pada Utz.-utz yg seperti ini..bila ceramah bukan main lagi tapi pada hakikatnya..

saya berharap hal hal peribadi sebegini tidak lagi dipaparkan utk tontonan umum.

Aduh malunya saya…..selepas ini kalau saya lihat wajah Utz di kaca TV pasti terbayang kemaluan yg berwarna hitam tu..

Anonymous said...

Salam ust Amin
Minta ustaz delete sahaja gambar ygn tak sepatutnya ..

Anonymous said...

Kelakarnya..tergelak sy seorang di pejabat ni..

Anonymous said...

Salam Ustaz, cerita yang ustaz paparkan tu hanya lah untuk pengetahuan je...tapi malu juga tengok gambar tu... tolong delete ye!

Anonymous said...

Suruh jer la ustz delete gmbar tu dgn cara baik..tak perlulah nak pertikaikan hal2 lain pulak..respect others first so they will respect us..kalau x suka ustaz amin pun tak payahlah smpai nk mncaci beliau..ustaz pun manusia,ttap ada buat slah dan dosa..why not kita tegur secara b'hikmah????

Anonymous said...

biarkan jer gambar kemaluan tu,saya yg tak tahu mengenai benda ni skg dah tau..ustaz dah sertakan ayat Al quran yg menceritakan perkara ni jadik apa pulak nak malunya..lagipun dlm Islam kan memang ada pendidikan seks...malu biar bertempat beb..

Anonymous said...

biarkan jer gambar kemaluan tu,saya yg tak tahu mengenai benda ni skg dah tau..ustaz dah sertakan ayat Al quran yg menceritakan perkara ni jadik apa pulak nak malunya..lagipun dlm Islam kan memang ada pendidikan seks...malu biar bertempat beb..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...