7 September 2010 jam 12 tengah hari, saya agak terkejut di akhir Ramadhan ini apabila sahabat saya, ustaz Azmi, yang merupakan pengurus rumah HIV Darul Ukhwah Yayasan Ijabah, memberi tahu saya sesuatu melalui massage:-
“Salam syeikh, ada 4 orang budak Melayu Islam kat rumah yang dijaga oleh india kristian, 2 orang HIV 2 orang sihat, ibu bapa dah tak ada, pihak hospital suruh Darul Ukhwah ambil untuk selamatkan akidah mereka”
Setelah menerima massage ini, saya terus menghubungi ustaz Azmi,
“Syeikh, dapatkan maklumat dari sahabat di hospital, kita kena buat sesuatu tu” kata saya.
“Syeikh, budak tu dalam lingkungan umur 12 tahun” kata ustaz Azmi lagi.
“Iskh, nanti tolong dapatkan maklumat selanjutnya ye…” kata saya lagi.
Keesokkannya, 9 September 2010, saya mendapatkan maklumat terkini mengenainya, ustaz Azmi memberikan massage kepada saya:-
“Salam alik sheikh, pasal 4 orang budak kat rumah tu, pihak hospital suruh Darul Ukhwah runding dengan MAIS, minta MAIS bantu keluarkan dan duduk di Darul Ukhwah, pihak hospital tak boleh nak keluarkan, takut jadi issue”
Saya berfikir sejenak….
Memang betul, kalau dahulu kita mengeluarkan orang dari gereja kerana mereka orang dewasa dan di atas kehendak mereka, mereka boleh keluar.
Tapi ini budak bawah umur, kalau memang keluarga dia serahkan, prosesnya agak panjang.
Aduh, macam mana ye….
Kalau macam tu, lepas raya ini ada satu tugasan yang perlu dibuat bersama sahabat dari MAIS. Semoga ia dipermudahkan Allah.
Di kala tersebar di internet mengenai murtad, telah ada paderi Melayu dan sebagainya, kita memang perlu menjaga kesatuan muslim ini dengan sebaik mungkin.
Kita tidak boleh biarkan orang murtad dengan alasan terlalu mudah :-
“tidak ada orang Islam yang nak ambil tahu pasal kami….”
Apa yang kita nak jawab di hadapan Allah nanti ketika ditanya…
“Apa yang kau buat ketika ada muslim duduk di gereja, adakah masih mampu nyenyak tidur…”
“Adakah tidak mengendahkannya dan lebih terhibur duduk melepak bersama kawan membincangkan pasal kawin lagi…”
“Adakah asyik pasal make up atau tudung yang ada berbling sana dan sini…?”
Aduh…! apa nak jawab nanti….
Kita mungkin tak mampu dalam banyak hal, tapi paling kurang kita mampu untuk mendoakan kesejahteraan orang Islam di Malaysia ini khususnya orang yang tidak dipedulikan ketika ditimpa musibah.
Walaubagaimana pun, untuk membuat perkara ini semua, kita tidak mampu bersendirian, ia perlu gabungan dari semua pihak.
Jom siapa yang nak sama-sama, bukan kerana nama, tapi kerana Allah dan Rasul, biarlah apa halangan yang di hadapan, tapi dengan kerahmatan Allah, semoga niat yang baik terus dibantu.
Semoga Allah terus memelihara kita dan khususnya masyarat Islam di Malaysia dari perkara yang tidak baik dan semoga ia memberikan kita peluang untuk beramal menuju keredhaanNya.
“Ijabah, Ladang Amal Menuju KeredhaanNya”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Melaka
2 Syawal 1431/ 11 September 2010 jam 7.15 pagi
3 comments:
Assalamualaikum w.r.t.
Moga usaha Ustaz dapat bantuan dan pertolongan Allah. Terlalu banyak insiden seumpama ini yang mengguris perasaan dan hati. Tiap kali kita memperkata tidakan bagi menjaga kesucian agama Islam, kita terpaksa berkata secara 'apologetic', terpaksa meminta maaf dahulu, terpaksa menjaga sensitiviti penganut agama lain, sedangkan perasaan orang Islam amat jarang difikirkan. Saya doakan usaha Ustaz mendapat pimpinan dan bantuan dari Allah s.w.t.
Askm w.b .t
semoga segala usaha ustaz untuk membantu agama Allah dipermudahkan...
Saya doakan dari jauh...Sama-sama kita doakan semua pembaca kita & berusaha dengan cara kita mampu untuk meyelamatkan aqidah saudara-saudara kita.
Assalamualaikum
Saya sokong! Semoga ustaz terus gigih berusaha. Sy pun petugas perubatan, tapi di hospital lain. Sy sedia membantu jika diperlukan.
Post a Comment