Khamis 2 September 2010 jam 7.00 petang, hari ini merupakan hari yang menggembirakan saya kerana, Alhamadulillah, mini kompleks anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di Puchong telah siap.
Di atas wakaf dan sumbangan hamba Allah yang ikhlas, maka, mini kompleks ini akan dapat di duduki selepas hari raya.
Hari ini, kami bersama-sama berbuka puasa di sini. InsyaAllah, selepas hari raya ini, pelajar muslimah dan pelajar muslimin rendah yang sebelum ini duduk di Subang Jaya akan dipindahkan ke sini.
Biasanya, ketika ada tempat yang lebih besar, bermakna, ia sebagai persediaan untuk mendapat amanah yang lebih besar. Barangkali, persediaan untuk kemasukan pelajar dan anak yatim pada tahun hadapan.
Semoga usaha ini terus mendapat bantuan ilahi, amin…
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
29 Ramadhan 1431/8 September 2010
Mini kompleks di Puchong
Selepas ini, kita akan menumpukan untuk pembinaan kompleks di atas tanah 2 ekar tidak jauh dari mini kompleks ini
Bubuk lambuk daging
Berbuka bersama warga Ijabah
No comments:
Post a Comment