Hari ini 4 September 2010 bersamaan dengan 25 Ramadhan. Program telah diatur untuk anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah di Maahad Sains al-Quran al-Amin. Ingin saya catatkan kenangan program yang diatur pada 25 Ramadhan ini.
Program bermula jam 3.45 pagi lagi dengan qiamullail
Para pelajar telah digerakkan jam 3.15 pagi lagi, dan inilah keadaannya sementara menunggu qiam dimulakan…
Ketibaan para ustaz yang bersama pagi ini
Yang paling mencabar bagi anak ini ialah ketika solat tasbih, walaubagaimana pun, bagus untuk dibiasakan
Sahur waktu pagi
Sahur bersama para guru di sini
Selepas solat subuh, kami berkuliah
25 Ramadhan pagi ini, warga Ijabah dan MASAA juga terus dibawa ke perpustakaan negeri Selangor untuk mengikuti program di sini
Di perpustakaan ini, majlis dimulakan dengan solat dhuha
Kuliah “Promise” pertama di sampaikan oleh ustaz Zamri Mari Mengaji.
Anak Ijabah memperdengarkan bacaan
Hadiah dari ustaz Zamri
Majlis berehat untuk 20 minit sebelum saya pula menyambung kuliah
Tajuk saya pagi ini lebih pada fardhu ain
“Barang siapa menghadiri majlis ilmu pada bulan Ramadhan, Allah akan tuliskan bagi setiap langkahnya ibadah setahun yang diterima” (Hadis dari Kitab Durratun Nasihin)
“Ijabah, ladang amal menuju keredhanNya”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Jumaat 1 Syawal 1431/10 Septemberi 2010 jam 11.30 pagi
No comments:
Post a Comment