Friday, September 24, 2010

Universiti Kehidupan 166 – Yang Tersirat Dari Publisiti “Maya Bay”

17 September 2010, kami meneruskan lagi perjalanan dan kali ini kami singgah di “Viking Cave” atau “Pirate cave”yang terkenal dengan sarang burung.

Di sini dinamakan “Viking Cave” beratus tahun dulu,pernah menjadi pertempuran antara lanun dan kerajaan Siam dan lanun tersebut bersembunyi di dalam gua ini beberapa bulan dengan hanya memakan sarang burung” kata pemandu pelancong.

Tidak turun pun di sini, kami meneruskan perjalanan lagi. Kali ini kami singgah di “Maya Bay”. Maya Bay terkenal dengan aktiviti menyelam. Tetapi, batu-batu karang di sini sebenarnya tidaklah secantik pulau Tioman dan Sipadan.

Satu ketika dahulu, saya pernah terfikir mungkin cerita-cerita orang hanya untuk membanggakan Tioman dan Sipadan, tetapi memang sungguh. Batu karang di sini kebanyakkannya sudah mati.

Maya Bay mula terkenal selepas tahun 2000 selepas filem “The Beach” lakonan Leonardo DiCaprio dibuat di sini.

Tetapi, di dalam filem tersebut, penerbit telah mengubah bentuk asal pulau ini dengan ditanam banyak pokok kelapa dan mengubah beberapa bentuk asal pulau ini. Akhirnya, penerbit filem “Fox Production” telah berhadapan dengan saman dan ganti rugi.

Tsunami yang berlaku pada 26 Disemberi 2004 menjadikan pulau ini semakin cantik.

Saya bertanya dengan pemandu pelancong:-

“Sebelum tahun 2000, ramai tak orang mengunjungi pulau ini?”

“Tak ada pun, selepas filem “The Beach” keluar, baru ramai orang datang ke sini? Katanya.

Begitulah pentingnya promosi atau publisiti di dalam sesuatu perkara. Kita perlu perkenalkan kepada orang ramai untuk orang mengenalinya.

Jika kita ingin tahu, begitulah juga Islam. Ia perlu diperkenalkan kepada manusia agar manusia merasakan keindahannya. Bukan sahaja pada orang bukan Islam, tetapi pada orang Islam itu sendiri.

Hari ini, bukan sahaja orang bukan Islam yang memaki Islam, tetapi orang Islam sendiri pun memaki dan menghina Islam.

Ilmu mempromosikan Islam dipanggil sebagai ilmu dakwah. Jika Islam itu syumul sifatnya, maka dakwah juga perlu syumul. Jika Islam itu untuk semua bangsa dan tempat, begitu juga dakwah, perlu di sampaikan kepada semua bangsa dan tempat.

Allah telah berfirman bahawa, kelebihan umat Muhammad SAW sehingga menjadi umat yang yang istimewa kerana sifat suka berdakwahnya. Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa:-

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah

(Surah Ali Imran ayat 110).

Semoga kita termasuk di dalam sebaik-baik umat seperti yang dikisahkan di dalam al-Quran ini.

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Phi Phi Don Island.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

15 Syawal 1431/24 September 2010 jam 5.30 petang

IMG_2177

Viking Cave, di tengah pulau jernih kehijauan

IMG_2180

IMG_2202

Maya Beach hanya terkenal setelah filem “The Beach” tahun 2000

IMG_2207

Setelah keluarnya filem tersebut, tempat ini terus menjadi terkenal dan menjadi kunjungan pelancong

IMG_2208

Batu kapur yang membentuk seperti payung di pantai Maya

IMG_2218

Ketika lakonan dibuat, tempat ini ditanam dengan pokok kelapa

IMG_2220

Begitulah kekuatan promosi dan publisiti….

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...